Haji Muhammad Yasin merupakan seorang ulamak nusantara yang berasal dari Kedah. Beliau banyak mengarang kitab-kitab keugamaan dan memiliki ramai anak murid. Anak murid terakhirnya termasuk Tuan Guru Abdur Razzaq yang berasal dari Daik, Kepulauan Riau, dan meninggal di Mempawah, 1978 ketika berusia 100 tahun. Haji Muhammad Yasin pernah belajar di Mekah dan menyara hidup dengan menyalin pelbagai kitab Melayu/Jawi, terbanyak adalah kitab Siyarus Salikin, karya Syeikh AbdusShamad al-Falimbani.

Beliau telah dihantar oleh gurunya, Syeikh Ali bin Faqih al-Fathani ke Kalimantan Barat di mana beliau di sara oleh Sultan Pontianak yang memerintah ketika itu, iaitu Sultan Syarif Yusuf bin Syarif Abdul Hamid al-Qadri (1873 M - 1895 M) untuk mengajar istana dan masyarakat Pontianak. Bagaimanapun selepas beberapa bulan, beliau berpindah ke kampung Kuala Secapah, di muara sungai Mempawah, ketika zaman pemerintahan Gusti Ibrahim yang bergelar Ibrahim Shafiuddin (sekitar 1872 M - 1887 M).

Di sana beliau mengajar hal keugamaan selain mengalakkan kesenian seperti Hadhrah dan berzanji.

Rujukan / Bacaan lebih lengkap sunting