Muhammad ibn Qasim

Muhammad ibn Qasim Al-Thaqafi (Arabic: محمد بن قاسم‎) (sekitar. 31 Disember 695–18 Julai 715). Dia dilahirkan di bandar Taif (kini Arab Saudi). Merupakan seorang jeneral Umaiyah Syria. (Meninggal dunia pada usia 19 tahun). Memulakan penaklukan wilayah Sindh dan Punjab sepanjang Sungai Indus (kini sebahagian Pakistan) bagi Khalifah Umayyad. Penaklukan Qasim pada Sindh dan Punjab meletakkan asas pemerintahan Islam di benua kecil India.

Kehidupan dan kerjaya sunting

Muhammad ibn Qasim merupakan ahli puak Thaqeef, yang masih tinggal di dan sekitar bandar Taif, bapa Muhammad bin Qasim adalah Qasim bin Yusuf yang meninggal ketika Muhammad bin Qasim masih muda, meninggalkan ibunya menguruskan pendidikannya. Gabenor Umayyad Al-Hajjaj Ibn Yusuf Al-Thaqafi, pak cik Muhammad bin Qasim sebelah bapa, merupakan orang penting yang mengajar Muhammad bin Qasim mengenai perperangan dan pentadbiran. Muhammad bin Qasim berkahwin dengan sepupunya Zubaidah, anak Hajjaj, sejurus sebelum berangkat ke Sindh. Seorang lagi pak cik sebelah bapanya adalah Muhammad bin Yusuf, gobenor Yemen. Dengan cadangan Hajjaj, Muhammad bin Qasim dijadikan gabenor Empayar Parsi, di mana dia berjaya mematahkan pemberontakan.

Dia juga ialah anak saudara kepada panglima Umaiyah yang terkenal iaitu Hajjaj ibn Yusuf At Thaqafi. Beliau dilantik sebagai gabenor India oleh Khalifah Al-Walid bin Abdul Malik atas cadangan Hajjaj kerana jasanya dalam menumpaskan pemberontakan raja-raja Hindu yang memusuhi Islam di India.

Minat Umayyad di Sindh sunting

 
Wilayah Islam di bawah pemerintahan Bani Umayyah.

Menurut Berzin, minat Khalifah Umaiyah di wilayah tersebut berlangsung dari keinginan mereka mengawal laluan perdagangan sepanjang lembah Sungai Indus ke pelabuhan laut Sindh, hubungan penting di Laluan Sutera silam.[1] Mereka sebelumnya gagal cubaan mengawal laluan tersebut, melalui Laluan Khyber, dari Turki-Shahi di Gandhara.[1] Tetapi dengan menakluk Sindh, jiran Gandhara di selatan, mereka berjaya membuka perbatasan kedua menentang Gandhara; pencapaian yang sebelum ini pernah dicubai.[1]

Menurut Wink, minat Khalifah Umaiyah di wilayah ini dicetuskan oleh operasi puak Meds dan yang lain.[2] Mids (puak Scythians yang tinggal di Sindh) telah melanun perdagangan Sassanid di masa lalu, dari muara Tigris ke persisiran Sri Lanka, menggunakan bawarij mereka dan kini mereka mampu memburu perkapalan orang-orang Arab dri pengkalan mereka di Kutch, Debal dan Kathiawar.[2] Ketika itu, Sindh merupakan perbatasan liar bagi wilayah al-Hind, didiami sebahagian besarnya oleh puak semi-nomad yang aktivitinya mengganggu kebanyakan perdagangan di lautan India Barat.[2] Sumber Muslim menegaskan bahawa aktiviti berterusan inilah bersama peningkatan kepentingan laluan perdagangan India oleh lanun Debal dan yang lain yang memaksa orang-orang Arab menakluk kawasan tersebut, agar dapat mengawal pelabuhan dan laluan laut di mana Sindh merupakan pusatnya, dan juga, laluan daratan.[3] Semasa Hajjaj menjadi gabenor, Mids dari Debal dalam satu serangan mereka menculik seorang perempuan Muslim yang mengembara dari Sri Lanka ke Arab, dengan itu memberikan casus belli kepada peningkatan kuasa Khalifah Umaiyah yang membolehkan mereka mendapat kedudukan awal di wilayah Makran, Balochistan dan Sindh.[2][4]

Juga disebut sebagi punca kempen ini adalah polisi memberikan perlindungan kepada Sassanid yang melarikan diri dari kemaraan Arab dan pemberontak orang Arab dari penyusunan semula pemerintahan Umaiyad.

Mawali; pemeluk baru bukan-Arab; yang biasanya bersekutu dengan penentang politik Hajjaj dan dengan itu sering dipaksa menyertai Jihad di perbatasan - seperti di Kabul, Sindh dan Transoxania.[5] Melalui penaklukan, Khalifah Umaiyah bertujuan melindungi kepentingan lautnya, dan juga menghapuskan perlindungan bagi ketua pemberontak termasuk sokongan ketenteraan puak Sindhi kepada negeri sisa Sassanid; sama seperti ketika beberapa pertempuran utama semasa penaklukan Persia - seperti Salasal dan Pertempuran al-Qādisiyyah dan akhirnya semasa Pertempuran Rasil. Kemaraan sebenar ke wilayah tersebut telah kehilangan minat sebagai polisi Arab sejak zaman Khalifah Ar-Rasyidin Umar Al-Khattab, yang setelah mendengar laporan bahawa ia tidak sesuai didiami dan tanag gersang melarang pengambaraan ekspedisi lanjut ke daerah tersebut.

Kempen sunting

Jasa sunting

Kematian sunting

Beliau berkhidmat sepanjang pemerintahan Al-Walid bin Abdul Malik dan di zaman pemerintahan Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik sehingga kematian Hajjaj pada tahun 714 dan salah seorang penyokong Hajjaj dalam menentang pelantikan Sulaiman bin Abdul Malik sebagai Khalifah.Beliau telah dipenjarakan oleh Sulaiman sejurus kematian Hajjaj ibn Yusuf bersama-sama Qutaibah ibn Muslim dan Musa ibn Nusair, gabenor Afrika. Mereka bertiga kemudiannya dijatuhkan hukuman mati atas tuduhan berkhianat terhadap negara dan khalifah.

Nota kaki sunting

  1. ^ a b c Alexander Berzin, "Part I: The Umayyad Caliphate (661 - 750 CE), The First Muslim Incursion into the Indian Subcontinent", The Historical Interaction between the Buddhist and Islamic Cultures before the Mongol Empire Last accessed September 11, 2007
  2. ^ a b c d Wink (2002), pg.164
  3. ^ Wink (2002), 51-52
  4. ^ Nicholas F. Gier, FROM MONGOLS TO MUGHALS: RELIGIOUS VIOLENCE IN INDIA 9TH-18TH CENTURIES, Presented at the Pacific Northwest Regional Meeting American Academy of Religion, Gonzaga University, May, 2006 [1]
  5. ^ Wink (2004) pg 201-205

Rujukan sunting

  • Nicholas F. Gier, FROM MONGOLS TO MUGHALS: RELIGIOUS VIOLENCE IN INDIA 9TH-18TH CENTURIES, Presented at the Pacific Northwest Regional Meeting American Academy of Religion, Gonzaga University, May, 2006 [2]
  • Stanley Lane-Poole, Medieval India under Mohammedan Rule, 712-1764, G.P. Putnam's Sons. New York, 1970
  • Schimmel, Annemarie Schimmel, Religionen - Islam in the Indian Subcontinent, Brill Academic Publishers, Jan 1, 1980, ISBN 90-04-06117-7
  • Appleby, R Scott & Martin E Marty, Fundamentalisms Comprehended, University of Chicago Press, May 1, 2004, ISBN 0-226-50888-9
  • Wink, Andre, Al-Hind, the Making of the Indo-Islamic World, Brill Academic Publishers, August 1, 2002, ISBN 0-391-04173-8
  • Wink, Andre, Al-Hind, the Making of the Indo-Islamic World, Brill Academic Publishers, 2004, ISBN 90-04-09249-8
  • Maclean, Derryl N. Religion and Society in Arab Sind, Brill Academic Publishers, 1989 ISBN 90-04-08551-3

Pautan luar sunting