Muhd Kamil Ibrahim

Dr. Muhd Kamil Ibrahim ialah seorang penulis dan ahli akademik dari Malaysia. Beliau pernah menjadi profesor perakaunan di beberapa buah universiti di Malaysia dan Arab Saudi. Beliau juga merupakan seorang penyelidik yang aktif. Artikel beliau yang melebihi 500 judul telah diterbitkan di jurnal dan media masa[1]. Salah satu daripada hasil penulisan umum beliau berjudul Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman telah menjadi fenomena dan pernah menduduki carta jualan buku paling laris[2].

Latar belakangSunting

Muhd Kamil dilahirkan di Kampung Bintang, Besut, Terengganu pada 19 Mei 1964[3]. Beliau mempunyai pengalaman pendidikan bermula diploma dan sarjana muda di UiTM, sarjana dari Universiti Dundee, dan memperoleh ijazah kedoktoran PhD daripada Universiti Wales[1].

Beliau sudah berkeluarga, beristerikan Raudzah 'Roza' Roslan yang turut merupakan seorang penulis dan mempunyai empat cahaya mata.

KerjayaSunting

Beliau yang merupakan profesor perakaunan di UniKL Business School, pernah berkhidmat lebih dari 24 tahun di UiTM dan tiga tahun di Universiti Taibah, Madinah, Arab Saudi.

PenulisanSunting

  1. Travelog dakwah: meniti hari esok: PTS Islamika, 2009.
  2. Travelog haji: mengubah sempadan iman: PTS Islamika Sdn. Bhd., 2009. [4]
  3. Corporate social responsibility disclosure in Malaysia / Mustaffa Mohamed Zain, Rashidah Mohammad, Muhd Kamil Ibrahim.: UPENA , 2006.
  4. Value relevance of accounting numbers in Malaysia :UPENA, 2005.
  5. Ibrahim Shah menyingkap pengurusan universiti / Muhd Kamil Ibrahim, Nasurdin Mohammed: Utusan Publications & Distributions 2004.
  6. Financial reporting in Malaysia : Some empirical evidence / Muhd. Kamil Ibrahim, Khairul Anuar Kamaruddin, Mustafa Mohamed Zain: Utusan Publications & Distributors, 2004.
  7. Motivasi minda pelajar: Darul Nu'man, 1997.
  8. Rahsia pelajar cemerlang / Muhd. Kamil Ibrahim; Nasrudin Mohammed : JA Communication , 1996.
  9. Gelagat pengurus korporat: Gaya Media, 1996.
  10. Rahsia pelajar cemerlang: JA Communication
  11. Karya Terakhir: Galeri Ilmu, 2022

RujukanSunting

  1. ^ a b Nazrinda A. Samah (Dec 13, 2019). "Program Bicara Karya Bersama Penulis Prolifik Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim". UTM Library. Dicapai pada 12 Jun 2022.
  2. ^ Nurul Zafirah Zakaria dan Firuz Akhtar Lubis (2021). "Abstrak jurnal Tazkirah al-Nafs seorang pengembara ahli akademik dalam Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman karya Muhd Kamil Ibrahim". ARISE. Dicapai pada 12 Jun 2022.
  3. ^ "Muhd Kamil Ibrahim". Goodreads. Dicapai pada 12 Jun 2022.
  4. ^ Travelog haji: mengubah sempadan iman Pages displayed by permission of PTS Islamika . Copyright By Muhd. Kamil Ibrahim