Muhyidin Abdul Rashid

ahli politik Malaysia

Haji Muhyidin bin Abdul Rashid ialah seorang ahli politik Parti Islam Se-Malaysia dari negeri Terengganu, Malaysia. Beliau merupakan bekas Ahli Parlimen Hulu Terengganu[1] selama satu penggal bermula tahun 1999 hingga 2004. Sejak 2018, beliau dilantik menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Haji

Muhyidin Abdul Rashid
محي الدين عبدالرشيد

AMT (Terengganu)
Setiausaha Politik
kepada Menteri Besar Terengganu
Dalam jawatan
2018–2023
Menteri BesarAhmad Samsuri Mokhtar
Digantikan olehMohd Soud Said
Yang Dipertua PAS Kawasan Hulu Terengganu
Memegang jawatan
28 September 2013
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Hulu Terengganu
Dalam jawatan
1999–2004
Didahului olehMustafa Muda
Digantikan olehTengku Putera Tengku Awang
Majoriti1,049
Butiran peribadi
LahirMuhyidin bin Abdul Rashid
(1961-03-23) 23 Mac 1961 (umur 63)
Terengganu Kuala Berang, Hulu Terengganu
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
Pasanganp
Anak-anak3
PekerjaanAhli politik

Penglibatan dalam pilihan raya sunting

Kerusi Yang Ditandingi oleh Muhyidin Abdul Rashid
Tahun Kawasan Individu Undi Lawan Undi Peratusan Mengundi Majoriti
2018 Parlimen Hulu Terengganu Muhyidin Abdul Rashid (PAS) 28,057 Datuk Razali Idris (PH-PPBM) 3,364 2868
Dato' Rosol Wahid (BN-UMNO) 30,925
2013 DUN Kuala Berang, Terengganu Muhyidin Abdul Rashid (PAS) 6,468 Tengku Putera Tengku Awang (BN-UMNO) 6,917 89.30% 449
2008 DUN Kuala Berang, Terengganu Muhyidin Abdul Rashid (PAS) 4,852 Mohd Zawawi Ismail (BN-UMNO) 6,444 88.01% 1,592
2004 Parlimen Hulu Terengganu Muhyidin Abdul Rashid (PAS) 16,055 Tengku Putera Tengku Awang (BN-UMNO) 23,815 89.62% 7,760
1999 Parlimen Hulu Terengganu Muhyidin Abdul Rashid (PAS) 17,790 Othman Daud (BN-UMNO) 13,679 82.35% 4,111
1995 DUN Kuala Berang, Terengganu Muhyidin Abdul Rashid (PAS) 3,405 Ibrahim Yusof (BN-UMNO) 4,301 83.15% 896

Isu-isu sunting

Bantahan Pembinaan Hotel Depan Masjid sunting

Muhyidin Abdul Rashid telah membuat laporan kepada Biro Pengaduan Awam (BPA) berhubung bantahan atas cadangan pembinaan hotel tujuh tingkat dan satu blok bangunan rumah kedai tiga tingkat berhadapan Masjid Sultan Mahmud, Kuala Berang. Aduan itu turut berkait dengan dua institusi yang mempunyai autoriti kepada pembinaan terbabit iaitu Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT) dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (MAIDAM). Apabila siap kelak, difahamkan jarak antara bangunan hotel dan masjid cuma kira-kira 30 kaki sahaja. Pembinaan ini seolah-olah telah menafikan hak parkir jemaah. Namun yang dipertua MDHT Osman A Bakar enggan memberi komen mengenai projek kontroversi itu. Projek itu turut mencetuskan perdebatan di media sosial apabila laman Selamatkan Masjid Kuala Berang diwujudkan di Facebook. Antaranya, mereka bimbang ia mencetuskan masalah sosial.[2][3]

UMNO Gadai Tanah Rezab Melayu sunting

Selepas UMNO mengambil alih kerajaan Negeri Terengganu pada tahun 2004, UMNO telah menukar milik satu bidang tanah di hadapan pejabat pos Kuala Berang daripada tanah rezab melayu kepada tanah (FreeHold) bebas milik diberikan kepada syarikat milik cina penyokong MCA. Beliau amat kecewa dengan sikap orang UMNO yang sanggup menggadaikan aset tanah di daerah Hulu Terengganu kepada orang bukan islam. Beliau dimaklumkan tanah lokasi tersebut telah diserahkan untuk membina bangunan bagi sebuah syarikat perniagaan, Zon Ria Malaysia Sendirian Berhad yang kini telah mendirikan bangunan rumah kedai tiga tingkat sebanyak 17 lot. Beliau berharap agar perkara ini dikaji dan mengambil tindakan yang sewajarnya jika terdapat penyalah gunaan kuasa[4][5]

Anugerah dan penghormatan sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Maklumat calon Parlimen Hulu Terengganu
  2. ^ Bantah Bina Hotel Depan Masjid
  3. ^ https://www.projekmm.com/news/berita/2017/01/19/hilang-mercu-tanda-islam-projek-hotel-di-depan-masjid-dibantah/1296015
  4. ^ https://buletinonline.net/v7/index.php/tanah-rizab-mercu-tanda-kuala-berang-bertukar-milik/
  5. ^ https://buletinonline.net/v7/index.php/57407/
  6. ^ "HEBAHAN ISTIADAT PENGURNIAAN GELARAN DAN BINTANG-BINTANG DARJAH KEBESARAN NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE–61 HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN TERENGGANU". Pejabat Setiausaha Negeri Terengganu (Khidmat Pengurusan). 19 Jun 2023. Dicapai pada 20 Jun 2023.