Mukhriz Mahathir

ahli politik Malaysia dari Kedah

Dato' Seri Utama Haji Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir (lahir 25 November 1964) ialah anak kelima mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dan Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali. Antara 2009 dan 2013, beliau menjadi Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia. Selepas Barisan Nasional menguasai Kedah pada pilihan raya umum Malaysia 2013, beliau dilantik menjadi Menteri Besar Kedah ke-11 pada 6 Mei 2013.[2]  Pada 3 Februari 2016, beliau mengumumkan perletakan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah.[3] Selepas Pakatan Harapan menguasai Kedah pada pilihan raya umum Malaysia 2018, beliau dilantik menjadi Menteri Besar Kedah ke-13 pada 11 Mei 2018 sehingga peletakan jawatan beliau pada 17 Mei 2020.


Mukhriz Mahathir

SJMK (Kel); DMK, SPMK (Kdh); DGSM (Mel); DHMS (Kdh); DIMP (Phg); DSNS (NS); SSS, JP (Kdh); AP; ADUN
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Jerlun, Kedah
Dalam jawatan
9 Mei 2018 – 19 Oktober 2022
Didahului oleh Othman Aziz
Digantikan oleh Abdul Ghani Ahmad
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – 5 Mei 2013
Didahului oleh Abdul Rahman Ariffin
Digantikan oleh Othman Aziz
Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah
untuk Jitra
Dalam jawatan
9 Mei 2018 – 12 Ogos 2023
Didahului oleh Aminuddin Omar
Digantikan oleh Haim Hilman Abdullah
Presiden
Parti Pejuang Tanah Air
Memegang jawatan
8 Julai 2021
PengerusiMahathir Mohamad
TimbalanMarzuki Yahya
Didahului olehPenyandang sulung
Menteri Besar Kedah
Dalam jawatan
11 Mei 2018 – 17 Mei 2020
SultanSultan Sallehuddin
Didahului oleh Ahmad Bashah Md Hanipah
Digantikan oleh Muhamad Sanusi Md Nor
Dalam jawatan
6 Mei 2013 – 3 Februari 2016
SultanSultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
Didahului oleh Azizan Abdul Razak
Digantikan oleh Ahmad Bashah Md Hanipah
Timbalan Presiden
Parti Pribumi Bersatu Malaysia
Dalam jawatan
3 November 2016 – 28 Mei 2020
PengerusiMahathir Mohamad
PresidenTan Sri Muhyiddin Yassin
Naib PresidenAb Rashid Ab Rahman
Abdul Rashid Asari
Hamidah Osman (2016-2017)
Digantikan olehAhmad Faizal Azumu
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia
Dalam jawatan
10 April 2009 – 3 April 2013
Perdana MenteriMohd Najib bin Abdul Razak
Didahului oleh Liew Vui Keong
Digantikan oleh Hamim Samuri
Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah
untuk N4 Ayer Hitam
Dalam jawatan
5 Mac 2013 – 9 Mei 2018
Didahului olehAbd. Ghani Ahmad
Digantikan olehAzhar Ibrahim
EXCO Pemuda UMNO
Dalam jawatan
2004–2008
Butiran peribadi
LahirMukhriz bin Mahathir
(1964-11-25) 25 November 1964 (umur 59)
Alor Setar, Kedah, Malaysia
KewarganegaraanMalaysia
KerakyatanMelayu
Parti politik Barisan Nasional
UMNO
(sehingga 2016)
PH-PPBM (2016 - 2020)
Parti Pejuang Tanah Air (2020–kini)
PasanganTo' Puan Seri Utama[1] Norzieta Zakaria (k. 1993)
Anak-anak4 (Meera Alyanna binti Mukhriz)
Ibu bapaMahathir Mohamad (Bapa)
Siti Hasmah Mohamad Ali (Ibu)
SaudaraMarina (Kakak)
Mirzan (Abang)
Melinda (Kakak)
Mokhzani (Abang)
Maizura (Adik)
Mazhar (Adik)
KediamanBukit Tunku, Kuala Lumpur
PekerjaanDewan Rakyat
ProfesionAhli perniagaan
AnugerahSenarai
Laman web rasmiMukhriz Fan Club

Kerjaya politik

Pada tahun 2004, beliau telah menang besar selepas mendapat undian tertinggi untuk salah satu jawatan tertinggi UMNO[4][5] dan seterusnya telah mendapat jawatan tersebut. Beliau juga dilihat sebagai seorang calon yang berpotensi untuk menjadi Naib Presiden Bahagian Pemuda UMNO. Tetapi, beliau menarik diri daripada pencalonan.[6] Abang beliau, Mokhzani juga seorang yang bergiat aktif dalam UMNO.

Beliau secara berterusan bercakap bagi pihak bapanya mengenai isu perbalahan antara bapanya dan Abdullah Ahmad Badawi.[7][8] Pada 2006, beliau telah menang majoriti lima undi di dalam pemilihan UMNO Bahagian Kubang Pasu. Beliau mempertahankan bapanya yang telah kalah di dalam pemilihan tersebut dengan mengatakan bahawa terdapat konspirasi yang mahu menjatuhkan bapanya.[9]

Namun begitu, dalam pilihan raya umum 2008, beliau bertanding untuk kerusi Parlimen Jerlun (P005).[10][11] Sebelum ini, beliau telah menawarkan diri untuk bertanding kerusi Parlimen Langkawi, tetapi keinginannya telah dibantah oleh 85 daripada 91 cawangan UMNO di Langkawi.[12] Tetapi kemudian, banyak pemimpin di Langkawi menyokongnya. Berbeza pula dengan UMNO bahagian Jerlun yang mengalu-alukan beliau untuk bertanding kerusi Parlimen dan mereka berjanji untuk memberi sokongan penuh dalam pilihan raya akan datang.[13]

Pilihan raya Malaysia 2008

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, beliau bertanding dengan menggunakan tiket Barisan Nasional. Beliau telah bertanding untuk kawasan parlimen Jerlun, Kedah. Beliau telah memenangi pertandingan tersebut dengan mendapat undi sebanyak 19,424. Calon lawan beliau ialah Idris Bin Ahmad daripada parti PAS dengan undian sebanyak 17,219. Peratus pengundi yang keluar ialah 99.8% manakala undi rosak sebanyak 599.

Menteri Besar Kedah (2013–2016)

Pada pilihan raya 2013, Mukhriz melepaskan kerusinya di parlimen persekutuan untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam. Langkah itu diambil dengan tujuan untuk menjadi Menteri Besar Kedah jika Barisan Nasional boleh mengalahkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Azizan Abdul Razak. Mukhriz memenangi kerusi Ayer Hitam mengalahkan Parti Islam Se-Malaysia (PAS), sekaligus merampas semula kerajaan negeri Barisan Nasional, dan Mukhriz mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar pada 6 Mei, sehari selepas pilihan raya, di hadapan bapanya.[14] Pada 3 Februari 2016, beliau mengumumkan meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar selepas majoriti ADUN BN mengisytiharkan mereka hilang kepercayaan terhadap kepimpinan beliau.

Kembali sebagai Menteri Besar Kedah (2018–2020)

Pada pilihan raya 2018, Mukhriz bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra. Mukhriz memenangi kerusi Jitra mengalahkan Barisan Nasional (BN) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS), sekaligus membentuk kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH), dan Mukhriz mengangkat sumpah sebagai mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Kedah ke-13 di Istana Anak Bukit. Ini kali kedua Mukhriz mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah dengan yang pertama ketika bersama Barisan Nasional (BN) selepas parti itu merampas penguasaan negeri daripada PAS melalui Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).[15]

Pada 17 Mei 2020, beliau telah mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Menteri Besar Kedah kerana kehilangan sokongan majoriti daripada ADUN.[16]

Pelucutan keahlian BERSATU

Pada hari Khamis 28 Mei 2020, Mukhriz bersama empat orang ahli BERSATU yang lain telah digugurkan keahlian masing-masing kerana keengganan duduk di bangku kerajaan malah duduk di bangku pembangkang ketika persidangan Dewan Rakyat pada 18 Mei.[17][18]

Kerjaya perniagaan dan kehidupan peribadi

Beliau pergi ke Universiti Sophia, Tokyo pada tahun 1982, di mana beliau menerima ijazah sarjana muda dalam pengurusan perniagaan. Beliau kemudiannya menerima ijazah sarjana muda dalam pemasaran selepas menamatkan pengajian di Universiti Boston pada tahun 1987.[19][20]

Beliau banyak mengadakan hubungan perniagaan yang besar seperti Opcom Holdings,[21][22] Kosmo Tech[23] atau lebih dikenali sebagai Persatuan Francais Malaysia.[24] Selain itu, beliau juga berketurunan India Muslim dan pengarah eksekutif dalam Perdana Peace Global Foundation.[25]

Mukhriz berkahwin dengan Datin Paduka Norzieta Zakaria pada 14 November 1993,[26] dan mempunyai empat anak. Beliau kini berkhidmat sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah syarikat vaksin kanser Malaysia, Bioven.[27]

Pada 27 Ogos 2020, Mukhriz mengesahkan anaknya, Meera Alyanna binti Mukhriz ditahan oleh polis di sebuah pub kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Beliau berkata, Meera Alyanna bagaimanapun sudah membayar kompaun RM1,000 atas kesalahan tersebut.[28] Pada 28 Ogos, Meera Alyanna memohon maaf.[29]

Keputusan pilihan raya

Dewan Undangan Negeri Kedah[30][31][32]
Tahun Perlembagaan Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2013 N04 Ayer Hitam, P005 Jerlun. Mukhriz Mahathir (UMNO) 14,083 54.55% Abdul Ghani Ahmad (PAS) 11,637 45.07% 26,200 2,446 88.61%
2018 N06 Jitra, P006 Kubang Pasu. Mukhriz Mahathir (PPBM) 18,852 55.03% Aminuddin Omar (UMNO) 8,003 23.36% 34,252 10,849 83.00%
Zulhazmi Othman (PAS) 7,064 20.62%
Parlimen Malaysia[30][31]
Tahun Perlembagaan Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2008 P005 Jerlun, Kedah. Mukhriz Mahathir (UMNO) 19,424 53.01% Idris Ahmad (PAS) 17,219 46.99% 37,242 2,205 81.83%
2018 Mukhriz Mahathir (PPBM) 18,695 42.55% Othman Aziz (UMNO) 12,413 28.25% 44,822 5,866 82.80%
Abdul Ghani Ahmad (PAS) 12,829 29.20%

Keluarga

Mukhriz telah berkahwin dan dikurniakan empat orang cahaya mata. Beliau juga menjawat jawatan Pengerusi bagi Bioven, sebuah badan pertubuhan vaksin bagi kanser.

Anugerah

Rujukan

  1. ^ Gelaran Tok Puan bagi isteri penerima SPMK (Kedah)
  2. ^ Mukhriz Mulakan Tugas Sebagai Menteri Besar Kedah BERNAMA. 7 Mei 2013.
  3. ^ Mukhriz umum letak jawatan
  4. ^ PHOTO GALLERY[pautan mati kekal]
  5. ^ "Pilihanraya UMNO". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-06-22. Dicapai pada 2018-05-21.
  6. ^ "Sabah: the battleground for the Umno Deputy Presidency (part 2)". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-12-11. Dicapai pada 2018-05-21.
  7. ^ "Baptism of fire for Mukhriz?". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-13. Dicapai pada 2018-05-21.
  8. ^ Remarks unfair, unwarranted: Umno Youth
  9. ^ "Mukhriz shocked; claims move well-planned". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-26. Dicapai pada 2018-05-21.
  10. ^ "Mukhriz ke Parlimen Jerlun". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-07. Dicapai pada 2018-05-21.
  11. ^ Kedah: Mukhriz to fight Jerlun, Badruddin stays in Jerai
  12. ^ Mukhriz ‘the right man to contest in Langkawi’
  13. ^ "Mukhriz, Selamat Datang ke Jerlun!". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-03-12. Dicapai pada 2008-03-12.
  14. ^ Mukhriz angkat sumpah sebagai MB Kedah
  15. ^ [1]
  16. ^ "Kronologi kemelut politik Kedah". BH Online. 17 Mei 2020. Dicapai pada 18 Mei 2020.
  17. ^ "Dr Mahathir, Muhkriz dan tiga yang lain digugur keahlian Bersatu". Astro Awani. 28 Mei 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Mei 2020. Dicapai pada 28 Mei 2020.
  18. ^ Mohd Nasaruddin Parzi (28 Mei 2020). "BERSATU gugurkan keahlian Tun M, empat yang lain". BH Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Mei 2020. Dicapai pada 28 Mei 2020.
  19. ^ "Yab Dato' Seri Paduka Hj Mukhriz Bin Tun Mahathir".
  20. ^ "Mukhriz Hanya Mampu Bertahan 3 Tahun Sebagai MB Kedah - MYNEWSHUB". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-02-15.
  21. ^ "30-09-2004: Opcom mensasarkan kapasiti 2D". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-28. Dicapai pada 2018-05-21.
  22. ^ "Infrasuktur jalur lebar oleh Opcom". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-29. Dicapai pada 2018-05-21.
  23. ^ "Board of directors". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-03-10. Dicapai pada 2018-05-21.
  24. ^ Openings for franchise companies
  25. ^ "Mukhriz: Masa yang panjang untuk mengamankan selatan Thai". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-05-21. Dicapai pada 2021-10-03.
  26. ^ Ibu Mertua Mukhriz Meninggal Dunia
  27. ^ Board of Directors Diarkibkan 7 Januari 2008 di Wayback Machine
  28. ^ Mukhriz sahkan anak, menantu ditahan di pub langgar PKPP
  29. ^ Anak Mukhriz minta maaf langgar SOP PKP
  30. ^ a b "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 10 May 2013. Angka peratusan berdasarkan jumlah pemilih, tidak termasuk undi tidak rasmi.
  31. ^ a b "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Keputusan hanya boleh didapati dari pilihan raya 2004.
  32. ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 24 March 2017.

Pautan luar