Mukim Berakas 'B'

mukim di Daerah Brunei dan Muara, Brunei

Mukim Berakas 'B' ialah sebuah mukim di Daerah Brunei dan Muara, Brunei. Mukim ini mempunyai penduduk seramai 40,710 orang pada tahun 2016.[1] Ia diketuai oleh seorang penghulu dan pada masa ini sedang dijawat oleh Pengiran Ali bin Pengiran Maon sejak tahun 2014;[2][3] beliau juga merupakan Ahli Majlis Mesyuarat Negara iaitu wakil bagi Zon 1 Daerah Brunei dan Muara.[4]

Mukim Berakas 'B'
NegaraBrunei
DaerahBrunei dan Muara
Penduduk
 (2016)[1]
 • Jumlah40,710
Zon waktuUTC+8 (BNT)
Poskod
BCxx15

Kampung sunting

Kampung-kampung berpenduduk di bawah Mukim Berakas 'B' adalah seperti berikut:[1]

Senarai kampung di Mukim Berakas 'B'
Kampung Penduduk (2016)
Kampung Madang 1,231
Kampung Manggis 4,229
Perumahan Negara Lambak Kanan Kawasan 1 4,919
Perumahan Negara Lambak Kanan Kawasan 2 5,339
Perumahan Negara Lambak Kanan Kawasan 3 2,878
Perumahan Negara Lambak Kanan Kawasan 4 4,823
Perumahan Negara Lambak Kanan Kawasan 5 1,874
Kampung Salambigar 1,884
Kampung Sungai Akar 5,467
Kampung Sungai Hanching 2,987
Kampung Sungai Orok 1,025
Kampung Sungai Tilong 4,054
Jumlah 40,710

Sejak tahun 2007, beberapa kampung di Mukim Berakas 'B' juga menjadi sebahagian kawasan bandaran ibu negara Bandar Seri Begawan.[5] Kampung-kampung tersebut merangkumi Kampung Madang, Kampung Manggis dan Kampung Sungai Akar.[5]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c "Laporan Akhir Kemaskini Banci Penduduk dan Perumahan 2016" (PDF). www.deps.gov.bn. Jabatan Perangkaan. Disember 2018. Dicapai pada 21 Jun 2021.
  2. ^ "Profil Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara". www.majlis-mesyuarat.gov.bn. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-02. Dicapai pada 2 Julai 2018.
  3. ^ Hj Rosli, Syazwani (14 September 2017). "Brunei-Muara Mukim penghulus, village heads gain more info on Vision 2035". Borneo Bulletin Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-24. Dicapai pada 2 Julai 2018.
  4. ^ Haji Abas, Nooratini; Hussin, Marlinawaty (1 Mac 2017). "Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara angkat sumpah". Pelita Brunei. Dicapai pada 2 Julai 2018.
  5. ^ a b "BANDAR SERI BEGAWAN MUNICIPAL BOARD (BOUNDARIES OF MUNICIPAL BOARD AREA) DECLARATION, 2008" (PDF). www.agc.gov.bn (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Ogos 2018.