Lenggeng

(Dilencongkan dari Mukim Lenggeng)

Mukim Lenggeng terletak dalam daerah Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Lenggeng merupakan bahagian Negeri Sembilan yang bersempadan dengan Beranang, negeri Selangor. Jadi sebahagian kampung di Selangor terletak juga di Negeri Sembilan. Ini berikutan sempadan negeri yang tidak begitu jelas, tidak ada sungai sempadan yang jelas untuk memisahkan Selangor dengan Negeri Sembilan.

Mukim Lenggeng
Geografi
StatusMukim
Asal namaN/A
Negara Malaysia
Negeri Negeri Sembilan
DaerahDaerah Seremban
MukimMukim Lenggeng
KeluasanN/A
Lenggeng

Antara kampung yang terbahagi 2 di atas sempadan kedua-kedua negeri ialah:

Cara ke sana sunting

  • Untuk ke sana, dari Seremban selepas Pekan Mantin dan Balai Polis Mantin ada papan tanda ke Lenggeng ikut kanan dan jalan terus hingga sampai di persimpangan hadapan Sek. Keb. Sg. Machang jika ambil kanan lalu Kg Rawa dan Pekan Lenggeng.Jika ambil kiri lalu Kg Sg Machang Hilir, simpang ikut kanan lalu Kg Jelebu, Kg Tengah terus ke Pekan Lenggeng.
  • Dari Semenyih, anda belok kiri ke Broga dan terus ke Pekan Lenggeng.
  • Jika ikut jalan dari Kuala Lumpur, Kajang, Semenyih ke Seremban, sampai Pekan Beranang, Selangor ada simpang, ikut kiri kemudian ikut kanan lalu Kg. Sg Jai, simpang ikut kiri melalui Kg. Jelebu dan Kg Tengah simpang ambil kanan terus ke Pekan Lenggeng.
  • Dari pekan Pantai kira-kira 3Km terdapat simpang ke kiri untuk ke Lenggeng
  • Jika dari plaza tol nilai, lampu isyarat pertama ikut kiri, lampu isyarat kedua dan ketiga ikut kanan ikut susur ke kiri selepas Stesen Komuter terus kanan lalu Kg Gebok lampu isyarat ambil kanan sebelum Pekan Mantin, ikut kiri sehingga hadapan Sek. Keb. Sg. Machang ikut kanan, Kg Rawa terus ke Pekan Lenggeng.
  • Walau bagaimana pun akibat perubahan iklim ekonomi negara dan negara , sekarang terdapat banyak laluan baru untuk ke sana, Jika anda datang dari lebuhraya LEKAS, boleh juga datang ke Lenggeng melalui jalan pekan Mantin ataupun melalui Jalan Bukit Sompo.
  • Terbaharu, jika datang dari Beranang, boleh juga ke sana mengikut jalan Bandar Tasik Senangin ( dulu dikenali sebagai Bandar Akademia).

Budaya sunting

Penduduk Lenggeng terdiri daripada orang Melayu sebagai kaum majoriti dari generasi kedua dan ketiga dari penghijrahan orang-orang Minang Sumatra khususnya dari Luak Agam (satu kawasan bermula di Bukittinggi hingga ke Lubuk Sikaping). Orang-orang Minangkabau dari Luak Agam ini menempati daerah-daerah baru di Negeri Sembilan dan Selangor seperti Jelebu, Lenggeng, dan Port Dickson di Negeri Sembilan, dan Semenyih, Ulu Langat, Tanjung Karang, Ulu Selangor sehingga ke Tanjung Malim. Banyak orang ternama seperti Pak Sako, Dato' Aishah Ghani, Datuk Rais Yatim adalah keturunan Luak Agam. Kaum Cina merupakan minoriti yang agak besar di Lenggeng, yang berasal dari daerah perlombongan di Broga dan Semenyih. Orang India sebagai minortiti ramai terdapat di estet-estet bekas kepunyaan penjajah British.

Kebanyakan masyarakat Melayu di Lenggeng mengamalkan budaya warisan nenek moyang mereka iaitu budaya Minangkabau, Indonesia.

Kampung dalam mukim Lenggeng sunting

Setiap kampung mempunyai ketua adat masing-masing yang di panggil 'Tua Waris' atau 'Datuk Empat'. Terdapat juga suku orang Minangkabau yang bertumpu ke luak-luak di Negeri Sembilan sebelum mereka menetap di Kampung Lenggeng ini. Bagi menjamin kebajikan mereka di luak Sungai Ujong maka tiap-tiap suku diberi 'Tua Waris' bagi menjadi wakil mereka dalam urusan adat dan pentadbiran di Balai Undang Luak.

Sejarah Lenggeng sunting

Sebuah kapal terbang British atau Jepun pernah terhempas di hutan Lenggeng berhampiran dengan kilang kayu balak Lenggeng. Sehingga kini, dikatakan kapal terbang tersebut masih berada di sana, jauh di dalam hutan di atas bukit.

Pada zaman Jepun, tentera Jepun telah membunuh lebih 100 penduduk Lenggeng keturunan Cina berhampiran dengan kilang kayu balak di Lenggeng. Mereka bekerja sebagai pekerja kilang kayu balak, penebang kayu balak dan anak beranak yang tinggal di situ. Dalam satu parit dalam dekat jalan, mereka dibariskan oleh tentera Jepun dan ditembak mati.[perlu rujukan]

Salah seorang peniaga pasar malam yang masih hidup bernama Yaw Kong Sang (85 tahun) yang tinggal di Kampung Baru Semenyih menceritakan peristiwa tersebut dan masih menyimpan 8 keping surat kematian saudara maranya. Beliau pernah menuntut pampasan dari kerajaan Jeun di atas kekejaman tentera Jepun pada tahun 1941. [perlu rujukan]

Sehingga kini tuntutan tersebut belum berjaya dengan alasan kerajaan Jepun memberi 'pampasan' dalam bentuk kapal kepada kerajaan Malaysia. [perlu rujukan] Yaw Kong Sang bersedia menunjukkan lokasi kapal terbang itu terhempas.

Pautan luar sunting