Paris merupakan sebuah Mukim yang terletak di Daerah Kinabatangan.

Paris
Tapak Tamu Kampung Paris 3
Tapak Tamu Kampung Paris 3
Negara Malaysia
Negeri Sabah
BahagianSandakan
DaerahKinabatangan
Pentadbiran
 • BadanMajlis Daerah Kinabatangan
 • DUNYang Berhormat Datuk Jafry Ariffin (BN-UMNO) (Sukau)
Penduduk
 (2010)
 • Jumlah5,000
Zon waktuMST
Kawasan KejirananSegama dan Batu Puteh

Sejarah sunting

Menurut sumber tempatan, asal usul Paris bermula pada tahun 1976. Pada asalnya, kawasan ini merupakan kawasan Hutan Simpan Kelas 1 iaitu Hutan Simpan Koyah dan Hutan Simpan CJS Sundang yang terdapat di Daerah Kinabatangan. Dalam tahun tersebut, seramai 10 orang penduduk tempatan yang diketuai oleh Tuan Haji Tujoh (Ibrahim) Bin Silabi telah membentuk satu Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKK) bagi membuat permohonan kepada Kerajaan Negeri Sabah mengenai pembukaan kawasan penempatan baru untuk penduduk tempatan di kawasan tersebut. Berpandukan BUKU MERAH KAMPUNG NEGERI SABAH pada waktu itu, Jawatankuasa ini telah memulakan mesyuarat kali Pertama pada 23 April 1977.

Dengan keluasan sebanyak 3,000 ekar (fasa 1) dan populasi penduduk hanya seramai 145 orang , JKK telah mendapat kebenaran dan kelulusan daripada pemerintah Kerajaan Negeri Sabah pada waktu itu untuk membuka penempatan baru yang dikenali sebagai Kampung Paris. Kampung Paris secara rasminya telah dibuka pada 15hb Jun 1977 dan telah dirasmikan oleh Penolong Pegawai Daerah Merangkap Pegawai Daerah pada masa itu iaitu Encik Mohd. Zinin, dengan kerjasama Pegawai Pembangunan Masyarakat N29 Sukau, En. Sairin Moyang. Nama Kampung Paris adalah merupakan ilham daripada isteri Pengerusi JKK yang juga selaku pengasas kampung pada masa itu iaitu Puan Hajah Itamah Bt Otoh. PARIS kemudiannya telah diterjemahkan melalui singkatan daripada :-

  • P - Perkampungan
  • A - Anak
  • R - Rakyat
  • I - Islam
  • S - Sabah

Ianya membawa maksud bahawa Kampung ini didiami seramai 95% penduduk beragama Islam dan selebihnya adalah daripada agama lain. Pada masa kini, pembangunan Kg. Paris telah melalui fasa ke-3 dan Paris telah diiktiraf menjadi 1 mukim dengan pertambahan 6 buah kampung menjadi 7 buah kampung kesemuanya termasuk Kampung Paris 1. Sumber: fail JKK Kampung Paris 1977 - En. Shariff Mislin Sh. Bakir (SU JKK Pertama Kg. Paris 1)

Geografi sunting

Mukim Paris terletak hanya 30 km dari Bandar Lahad Datu berbanding Pekan Kota Kinabatangan.

  • Sungai
  1. Sungai Koyah
  2. Sungai Pin
  3. Sungai Tekala
  4. Sungai Tenagang

Demografi sunting

Dari segi demografi majoriti penduduk di Mukim Paris adalah Muslim yang terdiri daripada Suku Kaum Orang Sungai dan Bugis namun terdapat juga minoriti kaum lain seperti Kenyah, iaitu salah satu yang berasal dari Sarawak yang berhijrah ke Sabah.

Penempatan sunting

  • Senarai Kampung
  1. Kampung Koyah A
  2. Kampung Koyah B
  3. Kampung Koyah Bersatu
  4. Kampung Paris 1
  5. Kampung Paris 2
  6. Kampung Paris 3
  7. Kampung Sri Tekala