Mukim Sengkurong

mukim di Daerah Brunei dan Muara, Brunei

Mukim Sengkurong ialah sebuah mukim di Daerah Brunei dan Muara, Brunei. Mukim ini mempunyai penduduk seramai 31,493 orang pada tahun 2016.[1]

Mukim Sengkurong
NegaraBrunei
DaerahBrunei dan Muara
Penduduk
 (2016)[1]
 • Jumlah31,493
Zon waktuUTC+8 (BNT)
Poskod
BGxx21, BGxx22

KampungSunting

Kampung-kampung berpenduduk di bawah Mukim Sengkurong adalah seperti berikut:[1]

Senarai kampung di Mukim Sengkurong
Kampung Penduduk (2016)
Kampung Jerudong 3,856
Kampung Katimahar 873
Kampung Kulapis 1,766
Kampung Lugu 2,082
Kampung Mulaut 5,846
Kampung Pasai 2,204
Kampung Peninjau 3,418
Kampung Selayun 1,875
Kampung Sengkurong 'A' 2,617
Kampung Sengkurong 'B' 2,386
Kampung Tagap 1,452
Kampung Tanjong Nangka 3,118
Jumlah 31,493

InfrastrukturSunting

Perumahan awamSunting

Terdapat sebuah kawasan perumahan awam di Mukim Sengkurong iaitu STKRJ Kampung Lugu, iaitu salah sebuah kawasan perumahan di bawah Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati.

MasjidSunting

Masjid-masjid di Mukim Sengkurong ialah:

  • Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Kampung Jerudong
  • Masjid Paduka Seri Begawan Sultan Omar Ali Saifuddien, Kampung Katimahar
  • Masjid Pehin Khatib Abdullah, Kampung Kulapis
  • Masjid Pengiran Muda Abdul Mateen, Kampung Mulaut
  • Masjid Sultan Sharif Ali, Kampung Sengkurong

RujukanSunting

  1. ^ a b c "Laporan Akhir Kemaskini Banci Penduduk dan Perumahan 2016" (PDF). www.deps.gov.bn. Jabatan Perangkaan. Disember 2018. Dicapai pada 21 Jun 2021.