Tanjung Piandang

(Dilencongkan dari Mukim Tanjong Piandang)

Tanjung Piandang merupakan sebuah mukim yang terletak di bahagian utara negeri Perak, Malaysia. Tanjung Piandang termasuk di dalam pentadbiran daerah Kerian dan merupakan salah satu mukim di daerah Kerian, Kawasan yang menarik di Tanjung Piandang ialah Pantai Ban Pecah.

Mukim Tanjong Piandang
Geografi
StatusMukim
Asal namaN/A
Negara Malaysia
Negeri Perak
DaerahDaerah Kerian
MukimMukim Tanjong Piandang
KeluasanN/A

Riadah sunting

Ban Pecah adalah satu kawasan riadah pantai berbatu untuk kegiatan memancing di kerian, ia juga cukup terkenal dengan makanan lautnya antaranya makanan yang menarik di kerian ialah 'kari sembilang merah', Ban Pecah juga sering dikunjungi oleh pelancong dari negeri Kedah,Pulau Pinang,Perlis malah ada pelancong dari Kuala Lumpur yang datang ke Ban Pecah ini untuk memancing ikan sembilang merah yang hanya terdapat di daerah Kerian sahaja. Terdapat banyak lagi spesies ikan yang menjadi buruan kaki pancing di Ban Pecah antaranya Kerapu, Siakap, Siakap Merah, Pari, Jenahak dan banyak lagi.

Senarai kampung sunting

Mukim Tanjung Piandang mempunyai 8 buah Kampung dan ditadbir oleh 7 Ketua Kampung.

Jelapang padi sunting

Mukim Tanjung Piandang merupakan salah satu mukim di daerah Kerian yang merupakan "Jelapang Padi Negeri Perak" kerana bentuk muka buminya yang rata menjadi pertanian utama penduduk mengusahakan sawah yang merupakan jelapang padi terbesar di negeri Perak ini. Walaupun Tanjung Piandang tidak terkenal dengan sektor pelancongan namun ekonomi masyarakat setempat tertumpu kepada sektor pertanian kerana ia merupakan pendapatan utama penduduk Tanjung Piandang selain sektor perikanan.

Bentuk muka bumi sunting

Bentuk muka bumi Tanjung Piandang adalah tanah rata atau pamah kurang dari 5 meter dari paras laut. Kawasan tanah pamah ini ditebus guna dengan membuat petempatan baru dan membuka banyak tanah untuk dijadiakn sawah padi serta tanaman kelapa sawit. Sistem perparitan adalah menggunakan teknologi terkini yang diberi perhatian oleh Menteri Pertanian beberapa tahun yang lepas dengan peruntukkan sebanyak RM3 Juta.

Penduduk sunting

Peratusan penduduk di mukim Tanjung Piandang ialah kaum Melayu dengan peratusan sebanyak 55%, manakala kaum Cina sebanyak 35% dan kaum terkecil iaitu kaum India dengan 8% peratus manakala 2% lagi adalah lain-lain. Penduduk kaum Melayu di Tanjung Piandang kebanyakannya tinggal di kawasan kampung dan di pekan Tanjung Piandang. Kaum Cina pula tinggal di kawasan pedalaman nelayan ataupun dipanggil "Bagan Cina" dan di pekan Tanjung Piandang manakala kaum India pula tinggal di petempatan Cina dan juga Melayu. Etnik lain hanyalah untuk bekerja sahaja.

Pendidikan sunting

Berikut merupakan senarai sekolah di Tanjung Piandang:

Sekolah rendah sunting

Sekolah menengah sunting

Masjid di Tanjung Piandang sunting

  1. Masjid Al-Huda Sungai Kota, Bagan Tiang
  2. Masjid Jamek
  3. Masjid Al-Amin Sungai Burung
  4. Masjid Al-Hidayah Parit
  5. Masjid Al-Taqwa Sungai Megat Aris
  6. Masjid Parit Haji Wahab
  7. Masjid Parit Tok Hin
  8. Masjid Sungai Labu Atas

Pentadbiran sunting

Mukim Tanjung Piandang ditadbir oleh seorang Penghulu iaitu [[]Penghulu Mukim Tanjung Piandan]g, En Mohammad bin Eslah dengan 8 buah kampung yang ditadbir oleh Ketua Kampung masing-masing.

Rujukan sunting