Hulu Semenyih

(Dilencongkan dari Mukim Ulu Semenyih)

Mukim Hulu Semenyih atau Ulu Semenyih merupakan pecahan kawasan pentadbiran bagi negeri Selangor.

Mukim Ulu Semenyih
Geografi
StatusMukim
Asal namaN/A
Negara Malaysia
Negeri Selangor
DaerahDaerah Ulu Langat
MukimMukim Ulu Semenyih
KeluasanN/A

Lokasi sunting

Mukim Hulu Semenyih terletak dalam daerah Hulu Langat, negeri Selangor, negara Malaysia. Hulu Semenyih berbelahan dengan mukim Semenyih, malahan dikatakan sebagai Semenyih sahaja. Jadi Semenyih itu terbahagi kepada dua mukim yang agak besar.

Tunjuk jalan sunting

Untuk ke Hulu Semenyih, dari Kuala Lumpur anda mestilah menuju ke arah Seremban di selatan. di Semenyih, anda mestilah belok ke kiri menuju arah ke arah air terjun Sungai Tekala. da papan tanda di sana.

Mukim Hulu Semenyih ini terdiri daripada 4 kampung utama iaitu Kampung Pasir Baru, Kampung Sungai Pening dan Kampung Orang Asli Donglai .

Sebelum 2 November 1952, mukim Semenyih mempunyai perkampungan setinggan orang Cina yang dinamakan Kachau atau Kampung Kachau. Tetapi apabila mereka bersimpati dan menunjukkan sokongan kepada pengganas komunis, kampung ini telah dibakar. Semua setinggan dan penduduk Cina yang tinggal di tepi hutan telah dikumpul dan dipindahkan ke Kampung Baru Semenyih, Sungai Chua dan ke Keluang di Johor.

Keistimewaan sunting

Muka bumi kawasan ini sebahagiannya tanah tinggi yang berbukit-bukit.

Hulu Sungai Semenyih telah diempang pada tahun 1984 untuk dijadikan Empangan Semenyih. Empangan Semenyih bukanlah empangan janakuasa hidro elektrik .Tetapi empangan ini semata-mata untuk empangan bekalan air bagi menampung permintaan bekalan air Lembah Kelang, Kuala Lumpur, Putrajaya dan daerah Hulu Langat.

Terdapat dua buah air terjun di Hulu Semenyih iaitu air terjun Sungai Tekala dan Sungai Batangsi. Kolam air panas juga terdapat di sini. Ramai pengunjung mandi di sini . Bilangan pengunjung pada hari Sabtu dan Ahad meningkat kepada 5000 orang .

Kawasan ini masih mengekalkan hutan rimba yang tebal iaitu [Hutan Simpan]] Sungai Lalang dan Sungai Tekala. Hutan simpan ini berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan . Beberapa kali hutan simpan ini diceroboh oleh syarikat pembalakan.

Beberapa bekas lombong bijih timah telah dijadikan kolam ikan , kolam rekreasi dan tapak perkhemahan. Contohnya ialah Seri Bayu Resort, Sukida Resort dan lombong ikan Pak Amin.

Sebuah bekas lombong di Kampung Pasir dijadikan Kem Setia Ikhlas untuk Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Sebuah bekas lombong telah dikambus semula dan didirikan kawasan perumahan Taman Ria. Sebuah lagi kawasan lombong ialah Taman Seri Haneco.

Ladang-ladang getah yang tidak lagi produktif, tidak lagi menguntungkan telah djadikan kawasan perkuburan mega mewah untuk orang Cina dan yang berugama Kristian. Kubur ini diuruskan oleh sebuah syarikat swasta, Nirwana Sdn Bhd.

Ladang burung Ostrich yang dinamakan Ostrich Wonderland telah mula beroperasi sejak tahun 2000 lagi. Ladang ini semakin luas dan berkembang maju. Ramai penduduk tempatan bekerja dengan ladang ostrich ini.

Ladang Dominion sunting

Ladang Dominion di Semenyih dimiliki oleh Asiatic Development Berhad. Asiatic dimiliki oleh Genting Berhad. Luas Ladang Dominion ialah 176.54 hektar terletak di mukim Hulu Semenyih , daerah Hulu Langat , Selangor Darul Ehsan.

Baru-baru ini dikatakan kerajaan Malaysia membeli Ladang Dominion dengan harga RM52.7 juta untuk keperluan pembangunan penduduk Lembah Kelang.

Sebelum ini Menteri Wilayah Persekutuan berkata akan membina penjara baru dan kubur untuk penduduk Lembah Kelang di Semenyih. Di sinikah agaknya.