Utan Aji

(Dilencongkan dari Mukim Utan Aji)

Mukim Utan Aji merupakan pecahan kawasan pentadbiran bagi negeri Perlis.

Mukim Utan Aji
  Mukim Utan Aji
Negara Malaysia
Negeri Perlis
Kerajaan
 • Pihak berkuasa tempatanMajlis Perbandaran Kangar
Keluasan
 • Jumlah27.16 km2 (10.49 batu persegi)
Penduduk
 (2010)
17,906 orang
 • Kepadatan659.2/km2 (1,707/batu persegi)

Perlis dibahagikan kepada beberapa buah mukim dan setiap mukim dibahagikan kepada beberapa buah kampung dan pekan.[1]

Pentadbiran sunting

Mukim Utan Aji merupakan salah sebuah mukim yang terdapat dalam negeri Perlis dan terletak di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kangar. Mukim Utan Aji mempunyai keluasan 27.16 kilometer persegi.[2]

Geografi sunting

Mukim Utan Aji terletak di bahagian selatan negeri Perlis bersempadan dengan mukim Kechor, Sena, Jejawi, Arau, Sanglang, Kayang dan Seriab.[2]

Demografi sunting

Jumlah penduduk di mukim Utan Aji ialah 17,906 orang[3] menurut Bancian Malaysia 2010 dengan kepadatan penduduk 659 orang perkilometer persegi dan dikategorikan sebagai taburan penduduk padat[4]. Majoriti penduduk berbangsa Melayu iaitu 78.8% dari jumlah penduduk[3][4]. Terdapat sebanyak 4,629 isi rumah dengan 5,075 tempat kediaman.[3]

Jumlah penduduk mengikut kaum (2010)
Kategori Kaum Bilangan
Warganegara Malaysia Melayu 14,091
Bumiputera lain 16
Cina 2,802
India 207
Lain-lain 480
Bukan warganegara - 310
Jumlah penduduk mengikut kumpulan umur (2010)
Kumpulan umur Bilangan
70 tahun ke atas 856
60-69 tahun 1,203
50-59 tahun 2,270
40-49 tahun 2,505
30-39 tahun 1,953
20-29 tahun 2,677
10-19 tahun 3,449
0-9 tahun 2,993
Jumlah penduduk mengikut jantina (2010)
Jantina Bilangan
Lelaki 8,845
Perempuan 9,061

Rujukan sunting

  1. ^ http://www.mygeoportal.gov.my/sites/default/files/dokumen_upi/KOD%20DAN%20NAMA%20SEMPADAN%20PENTADBIRAN%20TANAH_PERLIS.pdf
  2. ^ a b https://mygos.mygeoportal.gov.my/upi/
  3. ^ a b c https://www.mycensus.gov.my/index.php/ms/produk-banci/penerbitan/banci-2010/682-taburan-penduduk-mengikut-kawasan-pihak-berkuasa-tempatan-dan-mukim-2010
  4. ^ a b "Citypopulation - Utan Aji, Malaysia". citypopulation.de (dalam bahasa Inggeris).