Muktamar Tahunan PAS

persidangan tahunan parti politik di Malaysia

Muktamar Tahunan PAS merupakan sebuah perhimpunan besar secara tahunan yang dianjurkan oleh Parti Islam Se-Malaysia untuk merumus keputusan parti dan mendengar arahan dan amanat kepimpinan. Ia adalah medium bagi Presiden PAS untuk mentarjih perjalanan gerakan Islam ini melalui Ucapan Dasar Presiden. Ia juga bertujuan untuk memberi ruang kepada perwakilan menilai keupayaan Pimpinan PAS Pusat yang telah mereka lantik dalam Pemilihan Parti.

Pengerusi Tetap bagi Muktamar Tahunan PAS bagi penggal 2015-2017 ialah Tuan Haji Hussin Ismail.

Kekerapan sunting

Menurut Perlembagaan PAS Pindaan 2011, Muktamar Tahunan PAS hendaklah diadakan sekali dalam setahun, seboleh-bolehnya pada bulan April, atau pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh Presiden atau dengan permintaan bersurat daripada sekurang-kurangnya lapan orang Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat atau daripada sekurang-kurangnya satu pertiga daripada bilangan ahli-ahli Muktamar selain daripada Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Sejarah sunting

Terdapat tiga perhimpunan ke arah menubuhkan PAS:

  1. Persidangan Alim Ulamak kali Pertama - 21-23 Februari 1950 di  Kelab Melayu Muar, Bandar Maharani, Johor. Persidangan ini dianjurkan oleh Bahagian Agama UMNO, dan dihadiri oleh 46 orang wakil. Resolusi Persidangan ini membawa kepada penubuhan Persatuan Ulama Se-Tanah Melayu yang diketuai oleh Haji Ahmad Fuad Hassan sebagai Yang Dipertua.
  2. Persidangan Alim Ulamak kali Kedua / Kongres Alim Ulamak Se-Malaya, 23 Ogos 1951 di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Resolusi Kongres ini memutuskan dua perkara, iaitu meneruskan langkah penubuhan Badan Tertinggi Agama Islam peringkat kebangsaan, dan menubuhkan sebuah persatuan alim-ulama yang bebas (tidak terikat dengan UMNO) dengan nama Persatuan Ulama-ulama Se-Tanah Melayu (PAS). Kongres meluluskan supaya ditubuhkan jawatankuasa penaja dan membuat draf cadangan undang-undang tubuh persatuan.
  3. Persidangan Alim Ulamak kali Ketiga / Persidangan Persatuan Ulamak Malaya, 24 November 1951 di Bagan Tuan Kecil, Butterworth. Persidangan ini dihadiri oleh 200 orang wakil termasuk pemerhati dan termasuk juga 20 orang mewakili kaum Ibu. Resolusi Kongres ini telah menukarkan nama Persatuan Ulamak Se-Tanah Melayu kepada Persatuan Islam Se-Tanah Melayu dan meluluskan Undang-Undang Tubuh Persatuan Islam Se-Tanah Melayu 1951

Senarai Mesyuarat Agung/Muktamar Tahunan PAS sunting

Mesyuarat Agung Tahunan sunting

Sebelum tahun 1977, Muktamar Tahunan PAS dikenali sebagai Mesyuarat Agung Tahunan. Ia dibuat secara tahunan kecuali pada Muktamar ke-15 dan ke-16 yang diadakan serentak kerana masalah dan isu yang berlaku pada masa tersebut.

  • Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Keempat
  • Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Kelima
  • Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Keenam
    • 24-25 Ogos 1957 di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur
  • Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Ketujuh
    • 25-27 Disember 1958 di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur.
  • Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Kelapan
    • 26-28 Disember 1959 di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur.
  • Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Kesembilan
    • 11-13 Februari 1961 di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur
  • Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali ke-10
    • 5 dan 6 Januari 1962 di Bangunan Persatuan Guru-guru Melayu Kedah, Sungai Korok, Alor Setar, Kedah.
  • Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Ke-11
    • 31 Disember 1962 - 2 Januari 1963 di Dewan Kesatuan Syarikat Guru-guru Melayu Melaka, No 78B, Jalan Munsyi Abdullah (New Come Road), Bandar Melaka.
  • Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali ke-12
    • 22-23 Ogos 1964 di Bangunan Persatuan Guru-guru Melayu Selangor, Jalan Raja Muda, Kuala Lumpur
  • Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali ke-13
    • 20-21 April 1965 di Dewan Zulkiflee Mohammad, Bangunan PAS Kelantan, Jalan Dato’ Pati, Kota Bahru, Kelantan
  • Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali ke-14
    • 12-14 Ogos 1966 di Bangunan YMHA, Jalan Stesen, Taiping, Perak
  • Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali ke-15 & Ke-16
    • 19-22 April 1968 di Dewan Syarikat Pegawai-pegawai Kerajaan Perlis (Dewan PAS Cawangan Kayang), Kangar, Perlis.
  • Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali ke-17
    • 18-20 Jun 1971 di Dewan Seminar, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur
  • Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali ke-18
    • 28-29 Julai 1972 di Dewan Seminar, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur
  • Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali ke-19
    • 21-23 September 1973 di Dewan Seminar, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur
  • Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Ke-20
    • 13-15 Jun 1974 di Dewan Seminar, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur
  • Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Ke-21
    • 29-30 Julai 1975 di Dewan Seminar, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur
  • Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Ke-22
    • 5-6 Ogos 1976 di Dewan Seminar, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur

Muktamar Tahunan sunting

Selepas tahun 1977, Mesyuarat Agung Tahunan PAS dikenali sebagai Muktamar Tahunan.

  • Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-23
    • 23-25 Julai 1977 di Dewan Seminar, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur
  • Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-24
    • 25-27 November 1978 di Dewan Seminar, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur
  • Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-25
    • 7-9 September 1979 di Dewan Seminar, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur
  • Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-26
    • 26-28 September 1980 di Dewan Seminar, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur
  • Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-27
    • 17-19 April 1981 di Dewan Seminar, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur
  • Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-28
    • 23 Oktober 1982 di Dewan Seminar, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur
  • Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-29
    • 30 April dan 1 Mei 1983 di Dewan Seminar, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur
  • Muktamar Tahunan PAS Kali ke-30
    • 13-15 April 1984 di Dewan Persatuan India Kedah (KIA), Alor Setar, Kedah,
  • Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-31 **
    • 14 dan 15 April 1985 di Dewan Seminar, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur
  • Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-32
    • 26-28 September 1986 di Masjid Rusila, Marang, Terengganu.
  • Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-33 **
    • 11-12 April 1987 Markaz Tarbiyyah PAS Pusat, Taman Melewar, Batu Caves, Selangor
  • Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-34
    • 8-9 April 1988 di Markaz Tarbiyyah PAS Pusat, Taman Melewar, Batu Caves, Selangor.
  • Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-35 **
    • 1-2 April 1989 di Markaz Tarbiyyah PAS Pusat, Taman Melewar, Batu Caves, Selangor
  • Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-36
    • 25-27 Mei 1990 di Markaz Tarbiyyah PAS Pusat, Taman Melewar, Batu Caves, Selangor
  • Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-37 **
    • 31 Mei - 2 Jun 1991 di Markaz Tarbiyyah PAS Pusat, Taman Melewar, Batu Caves, Selangor
  • Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-38
    • 14-16 Ogos 1992 di Balai Islam, Kota Bharu, Kelantan.
  • Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-39 **
    • 11-13 Jun 1993 di Markaz Tarbiyyah PAS Pusat, Taman Melewar, Batu Caves, Selangor
  • Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-40
    • 10-12 Jun 1994 di Masjid Rusila, Marang, Terengganu
  • Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-41
    • 25-27 Ogos 1995 di Markaz Tarbiyyah PAS Pusat, Taman Melewar, Batu Caves, Selangor
  • Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-42
    • 14-16 Jun 1996 di Markaz Tarbiyyah PAS Pusat, Taman Melewar, Batu Caves, Selangor
  • Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-43
    • 30 Mei - 1 Jun 1997 di Markaz Tarbiyyah PAS Pusat, Taman Melewar, Batu Caves, Selangor
  • Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-44
    • 15-17 Mei 1998 di Markaz Tarbiyyah PAS Pusat, Taman Melewar, Batu Caves, Selangor
  • Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-45
    • 28-30 Mei 1999 di Markaz Tarbiyyah PAS Pusat, Taman Melewar, Batu Caves, Selangor
  • Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-46
    • 2-4 Jun 2000 di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, Terengganu.
  • Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-47 **
    • 1-3 Jun 2001 di Markaz Tarbiyyah PAS Pusat, Taman Melewar, Batu Caves, Selangor.
  • Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-48
    • 31 Mei - 2 Jun 2002 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan, Pengkalan Chepa, Kelantan.
  • Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-49 **
    • 12 September 2003 di Markaz Tarbiyyah PAS Pusat, Taman Melewar, Batu Caves, Selangor
  • Muktamar Tahunan PAS Kali Ke 50
    • 27-30 Ogos 2004 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan, Pengkalan Chepa, Kelantan.
  • Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-51 **
    • 3-5 Jun 2005 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan, Pengkalan Chepa, Kelantan.
  • Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-52
    • 7-9 Jun 2006 di Dewan Dato' Fadzil Noor, Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, Alor Setar, Kedah.
  • Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-53 **
    • 1-3 Jun 2007 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan, Pengkalan Chepa, Kelantan.
  • Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-54
  • Muktamar Tahunan PAS Kali ke-55 **
  • Muktamar Tahunan PAS kali ke-56
    • 11-13 Jun 2010 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan, Pengkalan Chepa, Kelantan.
  • Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-57 **
    • 3-5 Jun 2011 di Markaz Tarbiyyah PAS Pusat, Taman Melewar, Batu Caves, Selangor.
  • Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-58
    • 16-18 Nov 2012 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan, Pengkalan Chepa, Kelantan.
  • Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-59 **
    • 22-24 Nov 2013 di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor.
  • Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-60
    • 16-20 September 2014 di Parit Haji Salleh Ros, Parit Raja, Batu Pahat, Johor.
  • Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-61 **
    • 4-6 Jun 2015 di Stadium Tertutup Kuala Selangor, Selangor.
  • Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-62
    • 31 Mei - 3 Jun 2016 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan, Pengkalan Chepa, Kelantan.
  • Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-63
    • 30 Jun - 1 Mei 2017 di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, Alor Setar, Kedah
  • Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-64
    • 15-16 September 2018 di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu
  • Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-65 **
    • 22-23 Jun 2019 di Stadium Tertutup SUKPA, Indera Mahkota, Kuantan, Pahang
  • Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-66
    • 13 September 2020 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan, Pengkalan Chepa, Kelantan.
  • Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-67 **
    • 6-7 November 2021 di Duyong Marina & Resort, Kuala Terengganu, Terengganu
  • Muktamar Tahunan PAS Kali ke-68
    • 31 Ogos - 4 September 2022 di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, Alor Setar, Kedah
  • Muktamar Tahunan PAS Kali ke-69 **
    • 20 - 22 Oktober 2023 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam, Selangor[1]

Mesyuarat Agung Khas sunting

  • Mesyuarat Agung Khas PAS 1951
    • 24 November 1951 di Kelab Melayu Bagan, Butterworth
    • Diadakan bagi meminda perlembagaan bagi membolehkan seorang ahli PAS menjadi ahli kepada parti siasah yang lain
  • Mesyuarat Agung Khas PAS 1953
    • 26 September 1953 di Pejabat Agung PAS, Madrasah Al-Masriyyah, Tanah Liat, Bukit Mertajam
    • Diadakan bagi membuat ketetapan terhadap pendirian PAS sama ada menyokong Perhimpunan Kebangsaan[2] atau Persidangan Kebangsaan[3] dalam menuntut kemerdekaan.
  • Mesyuarat Agung Khas PAS 1957
    • 2 Mei 1957 di Dewan Masyarakat, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur
    • Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan pendirian PAS terhadap Penyata Reid 1957 yang menyentuh soal kerakyatan negara Tanah Melayu.
  • Mesyuarat Agung Khas PAS 1961
    • 15 Oktober 1961 di Hotel Majestic, Kuala Lumpur.
    • Mesyuarat ini membincangkan kedudukan Melayu Raya berikutan cadangan penubuhan Malaysia yang dicadangkan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman.
  • Mesyuarat Agung Khas PAS 1962 (Mesyuarat gagal akibat kekurangan korum)
    • 22 April 1962 di Dewan Masyarakat Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur
    • Membincangkan pindaan Perlembagaan PAS bagi penstrukturan semula organisasi PAS
  • Mesyuarat Agung Khas PAS 1972
    • 21 Disember 1972 di Dewan Seminar, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur
    • Mesyuarat ini diadakan bagi memutuskan persetujuan membentuk kerajaan campuran PAS-Perikatan di tiga buah negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah,
  • Mesyuarat Agung Khas PAS 1977
    • 25 Disember 1977 di Dewan Seminar, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur
    • membincangkan pemecatan PAS daripada Barisan Nasional
  • Mesyuarat Agung Khas PAS 1980
    • 2 Mac 1980 di Dewan Seminar, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur
    • Mesyuarat ini diadakan bagi memberi tekanan terhadap Kerajaan BN ekoran kezaliman yang berterusan dilakukan ke atas rakyat dan penahanan ISA ke atas pimpinan PAS dalam Demonstrasi Padi 1980
  • Mesyuarat Agung Khas PAS 1983
    • 29 April 1983 di Dewan Seminar, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur
    • untuk meminda Perlembagaan PAS bagi menubuhkan Majlis Syura Ulama
  • Muktamar Khas PAS 1992
    • 8 November 1992 di Markaz Tarbiyyah PAS Pusat, Taman Melewar, Batu Caves, Selangor
    • Membincangkan pindaan Perlembagaan PAS bagi menukar nama Yang DiPertua PAS Pusat kepada Presiden PAS, penyelarasan kawasan dan keahlian
  • Muktamar Khas PAS 2000
    • 2 Jun 2000 di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, Terengganu
    • Meminda Perlembagaan PAS bagi menambah ahli jawatankuasa dan mewujudkan Jawatankuasa Ulama peringkat kawasan

Muktamar Tahunan PAS 2020 sunting

Muktamar Tahunan PAS kali ke-66 diadakan selama sehari iaitu pada 13 September 2020 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK). Ia berlaku dalam keadaan yang luar daripada kebiasaan. Muktamar Tahunan PAS 2020 ini diadakan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang sedang dikuatkuasakan oleh kerajaan Malaysia. Ini juga merupakan muktamar pertama yang merangkumi perwakilan dalam talian.

Seramai 1,046 perwakilan mengikuti muktamar hari ini termasuk yang berada di 15 stesen di Pejabat Perhubungan PAS di negeri-negeri secara dalam talian. Perwakilan yang berada di lokasi muktamar adalah seramai 229 orang, termasuk saf pimpinan seramai 61 orang, perwakilan mewakili Dewan-Dewan pula seramai 60 dan mewakili kawasan seramai 95 orang, manakala 696 orang mengikuti muktamar secara dalam talian[4]. Ia juga berlaku tanpa pemerhati luar, tanpa jajaran gerai jual beli dan pameran[5].

Rujukan sunting

  1. ^ ADNAN, AHMAD FADHLULLAH (2023-10-19). "Muktamar Pas 2023 bahas usul kepentingan rakyat". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2023-10-22.
  2. ^ Perhimpunan Kebangsaan (National Convention) diadakan oleh Tunku Abdul Rahman, dan dihadiri oleh UMNO, MCA, PMS, PAS, Persetiaan Melayu Kelantan (PMK), Parti Buruh Se-Malaya (PMLP) dan Pertubuhan Pembayar Sewa Selangor (SRCA). Ia berlaku pada 23 Ogos 1953.
  3. ^ Persidangan Kebangsaan (National Conference) ditubuhkan awal 1953 oleh Dato' Onn Jaafar (Parti Kemerdekaan Malaya), dan turut dianggotai oleh pertubuhan seperti Kongres India Malaya, Persatuan Ceylonese Malaya, Kerjasama Kesatuan Sekerja Malaya (MTUC). Ia juga dihadiri oleh 16 orang kenamaan dari pelbagai kaum termasuk tujuh orang Menteri Besar seperti Datuk Nik Ahmad Kamil (Menteri Besar Kelantan), Dato' Panglima Bukit Gantang (Menteri Besar Perak). Ia telah mengadakan beberapa kali persidangan sebelum PAS menyertainya pada April 1953
  4. ^ "696 perwakilan ikuti muktamar atas talian". Harakahdaily. 13 September 2020.
  5. ^ Dr Riduan Mohamad Nor (13 September 2020). "Muktamar paling luar biasa di musim pandemik". Harakahdaily.