Mulan (filem 1998)

(Dilencongkan dari Mulan)

Mulan ialah sebuah filem animasi dihasilkan oleh Walt Disney Feature Animation, dan ditayangkan oleh Walt Disney Pictures pada 5 Jun 1998. Filem ini diasaskan pada lagenda Cina Hua Mulan.[1]Filem ini diarahkan oleh Tony Bancroft dan Barry Cook, dengan ceritanya dikarang oleh Robert D. San Souci di kalangan yang lain.[2] Filem ini dipuji kerana memiliki visual yang menarik dan menggambarkan seorang wanita yang berdikari dan berkaliber, dan menerima AS$300 juta selepas pecah panggung seluruh dunia.

Mulan
PengarahTony Bancroft
Barry Cook
PenulisRobert D. San Souci
Rita Hsiao
Chris Sanders
Philip LaZebnik
Dihasilkan olehPam Coats
Robert S. Garber
Kendra Halland
DibintangiMing-Na Wen
Lea Salonga
Eddie Murphy
Diedarkan olehBuena Vista Pictures
Tarikh tayangan
5 Jun 1998
Masa tayangan
88 minit
BahasaInggeris
Mandarin
BajetUS$ 70.000.000

Mulan merupakan salah satu daripada beberapa watak wanita Disney yang bukan seorang puteri atau seorang wanita yang sangat cantik sebaliknya merupakan watak wanita yang kuat dan tegas. Semua watak digambar berdasarkan seni Cina. Kehadiran kawan-kawan binatang Mulan juga membawa sesuatu yang baru bagi penonton kerana biasanya binatang dijadikan tokoh yang jahat.

Dunia Mulan akan muncul di permainan Kingdom Hearts II dengan nama "Land of the Dragons". Susulan filem ini, Mulan II, dikeluarkan melalui DVD pada tahun 2005.

Sinopsis sunting

Templat:Spoiler Cerita bermula dengan sebuah dinasti di Republik Rakyat China yang diserang oleh bangsa Hun, menjadikan maharaja mewartakan kerahan tentera wajib. Setiap keluarga perlu menghantar seorang lelaki, termasuk keluarga Fa. Satu-satunya ahli lelaki keluarga Fa adalah ayah pada Mulan yang, walaupun merupakan veteran perang, telah lanjut usia. Selain masalah itu, Mulan juga menghadapi masalah kerana ia bukanlah gadis yang berdandan sungguhpun masyarakat menjangkakannya sedemikian.

Mulan yang tidak mahu ayahnya pergi berperang menyamar menjadi pemuda dan menggantikan ayahnya. Melihat hal itu, para leluhur keluarga Fa menghantar Mushu, seekor naga kecil untuk membantu Mulan. Mulan dan teman-temannya kemudian dihantar berperang di bawah komando Shang dan, setelah melalui berbagai masalah, berjaya menghalang musuh. Malangnya, identiti asli Mulan terbongkar.

Pasukan musuh yang bangkit kembali akhirnya menyerang istana serta hampir membunuh maharaja namun Mulan bersama rakan-rakan sepasukannya berjaya menyelamatkan maharaja serta warisan wangsa itu. Templat:Endspoiler

Watak sunting

 
Dari kanan ke kiri: Khan; Fa Mulan; Mushu; Cri-Kee
  • Fa Mulan ialah protagonis wanita, berasaskan Hua Mulan. Dia menyamarkan dirinya sebagai seorang lelaki dan memasuki Tentera Diraja China untuk menggantikan bapanya. Disebalik dari dihukum kerana melakukan demikian, dia akhirnya menjadi seorang serikandi perang.
  • Mushu ialah seekor naga dan salah seorang mambang penjaga keluarga Fa, telah terdahulunya diturun pangkat selepas tersalah memimpin salah seorang nenek moyang keluarga Fa. Dia ditempatkan kembali sebagai seorang penjaga selepas berjaya menolong Mulan dalam percubaannya dalam tentera.
  • Kapten Li Shan ialah anak lelaki Jeneral Li dan pegawai yang mengetuai latihan tentera baru Diraja.
  • Shan Yu ialah watak jahat dan ketua tentera Hun yang ingin menakluk Empayar China.
  • Yao ialah seorang ahli Tentera Diraja yang pendek tetapi tegas yang berkawan dengan Mulan.
  • Ling ialah seorang ahli Tentera Diraja yang tinggi lampai yang berkawan dengan Mulan.
  • Chien-Po ialah seorang ahli Tentera Diraja yang gemuk dan baik hati yang berkawan dengan Mulan.
  • Chi-Fu ialah ahli konsul dan penasihat Maharaja yang juga penasihat Li Shang yang enggan membenarkan kumpulan tentera tersebut menyertai peperangan menentang puak Hun.
  • Fa Zhou ialah bapa Mulan dan bekas askar yang terkenal.
  • Nenek Fa ialah nenek Mulan, yang menggalakkan Mulan mencari suami.
  • Maharaja China ialah objektif penculikan puak Hun dan memuji Mulan selepas menyelamatkan baginda dan Empayar China.
  • Moyang Pertama Fa ialah pengerusi moyang keluarga Fa.
  • Fa Li ialah ibu Mulan.
  • Jeneral Li ialah bapa Li Shang yang terbunuh dalam peperangan menentang tentera Hun.
  • Pencari Jodoh / Tukang Risik ialah yang cuba mencarikan suami Mulan pada permulaan filem.
  • Khan ialah kuda Mulan
  • Cri-Kee ialah seekor cengkerik yang diberikan ke Mulan sebagai suatu tangkal.

Pelakon suara sunting

Watak Pelakon suara
Inggeris   Malaysia  
Fa Mulan Ming-Na (percakapan)
Lea Salonga (nyanyian)
Dina Nadzir
Mushu Eddie Murphy ?
Kapten Li Shang B.D. Wong (percakapan)
Donny Osmond (nyanyian)
?
Shan Yu Miguel Ferrer ?
Yao Harvey Fierstein ?
Ling Gedde Watanabe (percakapan)
Matthew Wilder (nyanyian)
?
Chien-Po Jerry Tondo ?
Chi-Fu James Hong ?
Fa Zhou Soon-Tek Oh ?
Nenek Fa June Foray (percakapan)
Marni Nixon (nyanyian)
?
Maharaja China Pat Morita ?
Moyang Pertama Fa George Takei ?
Fa Li Freda Foh Shen ?
Jeneral Li James Shigeta ?
Pencari Jodoh Miriam Margolyes ?
Khan Frank Welker ?
Cri-Kee ?

Muzik sunting

Dua lagu utama dalam filemMulanialah "True To Your Heart" (dilantunkan oleh 98 Degrees dan Stevie Wonder) dan "Reflection" (Lea Salonga; versi pop oleh Christina Aguilera).

Rujukan sunting

  1. ^ J. Lau. "Ode to Mulan". Dicapai pada 2007-08-11.
  2. ^ "Mulan Disney VHS Release". The Walt Disney Company. Dicapai pada 2007-09-08.

Pautan luar sunting