Munafik 3

Filem seram Malaysia arahan Syamsul Yusof

Munafik 3 merupakan filem seram Malaysia akan datang arahan dan lakonlayar oleh Syamsul Yusof terbitan Skop Productions Sdn. Bhd.. Ia merupakan kesinambungan daripada Munafik (2016) dan Munafik 2 (2018) serta filem ketiga dalam trilogi Munafik. Biarpun pada mulanya dijadualkan untuk tayangan pada 2020, penerbitan yang dijangka bagaimanapun tidak akan berlaku.

Munafik 3
PengarahSyamsul Yusof
Lakon layarSyamsul Yusof
Dihasilkan oleh
Dibintangi
Disunting olehSyamsul Yusof
Syarikat
penerbitan
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Pelakon sunting

Penerbitan sunting

Pada 4 September 2018, perancangan untuk siri ketiga filem Munafik telah diumumkan oleh Syamsul mahu menjadikan Munafik sebagai sebuah francais media.[1][2] Menurut beliau: "Skrip untuk nas­khah ketiga Munafik belum siap sepenuhnya. Namun, saya sudah ada bayangan jalan cerita yang sentiasa berlegar-legar di fikiran. Rancangan untuk menghasilkan Munafik dalam bentuk trilogi sudah ada sejak pembikinan naskhah pertama pada 2016 lagi,”.[3] Beliau mengesahkan bahawa Munafik 3 menjalani penggambaran pada 2019.[4] Bagaimanapun, barisan pelakon yang bakal terlibat akan diumumkan kelak.[5]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Raja Nurfatimah Mawar Mohamed (31 Ogos 2018). "Lakar sejarah, Syamsul rancang sambungan Munafik 2". Berita Harian. Dicapai pada 2 September 2018.
  2. ^ Dennis Chua (1 September 2018). "#Showbiz: Munafik 3 is on the way, says Syamsul Yusof". New Straits Times. Dicapai pada 3 September 2018.
  3. ^ Ifqdar Rahman (4 September 2018). "Raih RM21.6 juta, Munafik 2 bakal disambung". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-06. Dicapai pada 4 September 2018.
  4. ^ Melanie Chalil (4 September 2018). "Syamsul Yusof confirms Munafik 3 filming to start 2019". The Malay Mail. Dicapai pada 12 September 2018.
  5. ^ "Kafe Ahad: Nantikan Munafik 3 - Syamsul Yusof". Harian Metro. 4 September 2018. Dicapai pada 12 September 2018.