Abdullah Abdul Kadir Munshi

Penulis, penterjemah dan guru
(Dilencongkan dari Munsyi Abdullah)

Abdullah Abdul Kadir Munshi atau lebih dikenali sebagai Abdullah Munshi (1796-1854) ialah seorang penulis kelahiran Melaka.


Abdullah Abdul Kadir
عبد الله عبد بن القادر
Sehalaman dari Hikayat Abdullah edisi pertama bertulisan Jawi dari Perpustakaan Nasional Singapura, ditulis antara 1840 dan 1843 serta dicetak tahun 1849.
Sehalaman dari Hikayat Abdullah edisi pertama bertulisan Jawi dari Perpustakaan Nasional Singapura, ditulis antara 1840 dan 1843 serta dicetak tahun 1849.
LahirAbdullah bin Abdul Kadir
1796[1]
Melaka, Melaka Belanda
Died1854 (berumur 57–58)[1]
Jeddah, Empayar Uthmaniyah
PekerjaanPenulis, penterjemah dan guru
TempohAbad ke-19
GenreBukan cereka
SubjekSejarah Tanah Melayu

Beliau disegani sebagai antara pelopor dalam bidang persuratan bahasa Melayu secara amnya[2] khususnya dalam penerapan kewartawanan dalam penulisan bahasa Melayu semasa lalu mengubah pendekatan penulisan dalam bahasa Melayu secara ketara; hal ini menyumbang kepada jolokan sebagai Bapa Sastera Melayu Moden.[3] Beliau diberikan gelaran "Munshi" atas kebijaksanaannya ini, gelaran bahasa Parsi ini bermaksud "pendidik" atau "guru".

J.T. Thomson, seseorang yang telah hidup sezaman dengan Abdullah telah menggambarkan beliau: “Menurut fisiognomi, beliau adalah seorang orang Tamil daripada selatan Hindustan: badannya sedikit membongkok, kurus, bertenaga, berkulit perang, mukanya bujur, hidung tinggi dan sebelah mata menjuling ke luar sedikit. Beliau menggayakan pakaian biasa yang dipakai orang Tamil Melaka. Seluar Acheh, sarong bercorak kotak, baju cetak, kopiah empat segi dan sandal. Beliau mempunyai semangat dan kebanggaan orang Arab, ketabahan dan kehalusan orang Hindu – namun, beliau hanya orang Melayu dari segi bahasa dan simpatinya terhadap negara.[4]

Beliau meninggal dunia di Mekah semasa dalam perjalanan mengerjakan haji pada 1854.

Awal hayat sunting

Munshi Abdullah lahir pada Ogos 1796 di Kampung Pali (kini dikenali sebagai Kampung Ketek) di Bandaraya Melaka, beliau seorang berketurunan kacukan Jawi Peranakan hasil perkahwinan Tamil[5] dan Hadhrami Yaman melalui seorang datuk.[6] Ayahnya sendiri seorang pengajar bahasa kepada para pegawai jajahan Barat yang ada di Nusantara.

Beliau anak bongsu lima adik beradik. Keempat-empat abangnya meninggal dunia semasa kecil,[7] dan beliau dijaga seberapa orang tua angkat mengikut adat setempat untuk menjaga daya lali badannya. Butiran hidup ini ada diterangkan dalam autobiografi beliau berjudul Hikayat Abdullah.

Kerjaya penulisan sunting

Beliau mengikuti jejak ayahnya sebagai seorang guru bahasa Melayu kepada askar-askar India dalam garison Melaka. Beliau kemudiannya beralih mengajar bahasa Melayu kepada para peniaga British dan Amerika Syarikat yang mengunjungi.

Beliau juga menjadi petugas di Negeri-Negeri Selat. Beliau menjadi jurutulis dan penyalin bagi Sir Stamford Raffles, kemudian menjadi penterjemah kitab Injil dan teks lain untuk London Missionary Society pada tahun 1815.  Beliau juga telah bekerja dengan American Board of Missions.[1] Beliau mula mendalami bidang penulisan atas galakan seorang mubaligh yang mengupahnya, Alfred North,[8] berikutan pembacaan catatan pelayarannya merantau ke pantai timur Tanah Melayu.[1] Beliau merupakan penyunting terbitan bahasa Melayu berbentuk majalah pertama iaitu Bustan Arifin yang terbit dari tahun 1821 hingga 1822.[9][10]

Akhir hayat sunting

Abdullah bertolak dari Singapura dalam suatu pelayaran ke Mekah pada tahun 1854 untuk mengerjakan ibadah haji di sana.[11] Dalam pelayaran inilah beliau menulis catatan pengalamannya sepanjang perjalanan dengan judul Kisah pelayaran sampai ke Mekah. Beliau meninggal dunia akibat kolera tidak lama selepas memulakan ibadat hajinya antara 8 dan 18 Mei 1854 pada usia 59 tahun.

Ada juga sejarawan yang berhujah beliau sendiri diamati tidak sempat tiba di Mekah bahkan meninggal di Jeddah bulan Oktober 1854.[12][13]

Karya sunting

Kerjaya beliau dalam bidang penulisan bermula apabila seorang mubaligh bernama Alfred North,[14] menggalakkan beliau untuk menulis sebuah autobiografi, selepas membaca kisah pelayaran Abdullah di sepanjang pantai timur Tanah Melayu.[1]  Antara karya-karya penting milik beliau adalah Hikayat Abdullah (autobiografi), Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan (kisah perjalanan beliau ke Kelantan untuk kerajaan) dan Kisah Pelayaran Abdullah ke Mekah (sebuah naratif ziarah beliau ke Mekah 1854). Karya beliau telah menjadi inspirasi kepada generasi penulis pada masa hadapan dan menjadi titik permulaan peringkat awal peralihan daripada  kusasteraan Melayu klasik kepada Melayu moden.[15]

Hikayat Abdullah merupakan karya sastera utama Munshi Abdullah. Ia telah siap pada tahun 1843[1]  dan seterusnya diterbitkan pada tahun 1849,[16]  menjadikan karya tersebut salah satu teks sastera Melayu pertama yang diterbitkan secara komersial. Kepengarangan Abdullah terserlah di dalam teks ini dan kandungannya disampaikan dalam bahasa Melayu kontemporari yang ringkas. Tidak seperti karya-karya sastera Melayu klasik biasa yang mengandungi cerita-cerita fantasi dan legenda, karya milik Abdullah adalah realistik.[17]  Buku tersebut kekal sebagai sebuah rujukan yang boleh dipercayai dan mempunyai maklumat yang tepat mengenai sejarah awal Melayu sehingga ke hari ini.

Penulisan sunting

 
Hikayat Abdullah dalam tulisan jawi

Nahu bahasa Melayu sunting

Abdullah Munshi telah menghasilkan karya pertamanya pada tahun 1830 bertajuk Syair Singapura Terbakar. Beliau bukan sekadar memperlihatkan perkembangan bahasa Melayu tersebut melalui karya kesusasteraan, malahan beliau juga menyedari betapa pentingnya buku nahu bahasa tersebut.

Baginya, nahu sesebuah bahasa bukanlah dapat menyelesaikan seratus peratus masalah bahasa. Hal ini lebih nyata lagi apabila nahu sesuatu bahasa dikaji oleh orang asing yang bahasa ibundanya bukan bahasa Melayu dan tujuan membuat kajian tersebut bukanlah berdasarkan kajian ilmiah melainkan kerana kepentingan tertentu.

Beliau melihat bahawa nahu bahasa Melayu yang ditulis oleh orang asing itu hanyalah merupakan pengubahsuaian nahu bahasa mereka sendiri yang cuba dipaksakan ke dalam bahasa Melayu.

Hikayat-hikayat dikarang sunting

Dalam riwayat penceritaan diri beliau, Hikayat Abdullah, beliau berjaya memberi gambaran yang jelas mengenai pandangan orang Melayu terhadap kedatangan British ke Tanah Melayu. Beliau dilihat ramai pengkaji sebagai pengkarya pertama yang lari daripada corak penulisan tradisional sastera Melayu yang lebih berpaksikan cerita-cerita rakyat dan legenda, tetapi sebaliknya menerapkan huraian sejarah yang tepat mirip kerja kewartawanan yang ada pada hari ini.

Banyak antara karya beliau yang cuba diketengahkan mengandungi unsur pengkritikan terhadap pemimpin Melayu, etika penggunaan bahasa dan budaya.[18] Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan paling utama antara karya pengulasan ini dengan adanya tulisan memberi nasihat terbuka kepada para raja Melayu. Dalam hikayat ini, beliau membuat perbandingan diperhati antara sistem raja Melayu dengan sistem jajahan British;[19] beliau turut menulis hujahan bahawa sistem kerajaan terbawa mengekang pembangunan masyarakat yang utama dalam kalangan orang Melayu kerana sifat Sultan yang diperhatikan berperwatakan mementingkan diri daripada rakyat kebanyakan atau jelata yang dilayan sejauh bagaikan haiwan. Maka, Abdullah berpendapat ketindasan yang dilakukan ke atas rakyat ini tidak dapat dibendung melainkan dengan pendidikan sebaiknya diberikan kepada masyarakat Melayu. Hal ini mendatangkan kecaman terhadap beliau yang barangkali ditokok-tambah meskipun dakwaan beliau bukan dibuat secara tidak berasas.

Peninggalan sunting

Beliau antara tokoh tempatan diperingati semasa keraian dwiabad Singapura moden dengan terdirinya patung-patung arca di tepian Sungai Singapura tahun 2019 selain Tan Tock Seng, Naraina Pillai dan Sang Nila Utama.[20]

Tempat-tempat dinamakan sempena beliau

Senarai karya sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f Hoiberg, Dale H., penyunting (2010). "Abdullah bin Abdul Kadir". Encyclopædia Britannica. I: A-ak Bayes (ed. 15th). Chicago, Illinois: Encyclopædia Britannica Inc. m/s. 23. ISBN 978-1-59339-837-8.
  2. ^ James N. Sneddon (2003). The Indonesian language: its history and role in modern society. Australia: University of New South Wales Press. m/s. 71. ISBN 978-0-86840-598-8.
  3. ^ World and Its Peoples: Malaysia, Philippines, Singapore, and Brunei. New York: Marshall Cavendish Corporation. 2008. m/s. 1218.
  4. ^ bin Abdul Kadir, Abdullah (1986). The Autobiography of Abdullah bin Abdul Kadir (1797-1854). Translated by Hill, A.H. Singapore: Oxford University Press. p. 5. ISBN 978-0195826265
  5. ^ Ainslie Thomas Embree (1988). Encyclopedia of Asian History. Macmillan Publishers. m/s. 6. ISBN 978-0-684-18619-1.
  6. ^ Emily Hahn (2007). Raffles of Singapore – A Biography. READ BOOKS. m/s. 124. ISBN 978-1-4067-4810-9.
  7. ^ The Autobiography of Munshi Abdullah
  8. ^ "Alfred North | American missionary". Encyclopedia Britannica (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 Oktober 2019.
  9. ^ Hadijah Rahmat; Azhar Ibrahim Alwee; Juffri Supa’at; Muhammad Andi Mohammed Zulkepli; Mukhlis Abu Bakar; Mohd Raman Daud; Sa’eda Buang, penyunting (2015). Yang Terukir: Bahasa dan Persuratan Melayu: Sempena 50 Tahun Kemerdekaan Singapura (PDF). Stamford Court: Majlis Bahasa Melayu Singapura & Bizmedia Publishing. m/s. 74. ISBN 978-981-09-6483-2. OCLC 915156596.
  10. ^ Ahmat Adam (1994). "Persuratkhabaran di Nusantara: Satu Sejarah Permulaannya". Jurnal Komunikasi. Universiti Kebangsaan Malaysia. 10: 1–13. ISSN 0128-1496.
  11. ^ Ché-Ross, Raimy (2000). "Munshi Abdullah's Voyage to Mecca: a preliminary introduction and annotated translation". Indonesia and the Malay World. 28 (81): 182.
  12. ^ A. Wahab Ali (2004). Tradisi Pembentukan Sastera Melayu Moden. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. m/s. 82. ISBN 978-983-2620-32-7.
  13. ^ Khair Abdul Salam; Zulkifli Khair (2007). Cerita-cerita motivasi untuk ibadah haji dan umrah. Pts publications. m/s. 86. ISBN 978-983-3372-46-1. Unknown parameter |last-author-amp= ignored (bantuan)
  14. ^ "Alfred North | American missionary". Encyclopedia Britannica. Retrieved 7 October 2019
  15. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan :0 tidak disediakan
  16. ^ L. F. Brakel; M. Balfas; M. Taib Bin Osman; J. Gonda; B. Rangkuti; B. Lumbera; H. Kahler (1997). Literaturen (Asian Studies). Brill Academic Publishers. p. 143 & 144. ISBN 978-90-04-04331-2
  17. ^ Keat Gin Ooi (2004). Southeast Asia: a historical encyclopedia, from Angkor Wat to East Timor. Santa Barbara: ABC-CLIO. p. 116. ISBN 978-1-57607-770-2
  18. ^ Exhibitions.nlb.gov.sg (n.d.). AKSARA-The Passage of Malay Scripts. [dalam talian] Dipetik daripada: http://exhibitions.nlb.gov.sg/aksara/4/gallery-4-p1.html Diarkibkan 2009-01-23 di Wayback Machine [Dicapai pada: 15 Jun 2013].
  19. ^ Siti 68-517-5 (2010). Malay Literature of the 19th Century. Institut Terjemahan Negara Malaysia. m/s. 116.
  20. ^ "4 arca baru hiasi tepian Sungai S'pura bagi memperingati tokoh-tokoh pembangunan negara". Berita Mediacorp. 1 April 2019. Dicapai pada 11 Ogos 2020.
  21. ^ "Menelisik Karya Munshi Abdullah". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-09. Dicapai pada 2011-10-24.