Murder By Moonlight

Murder By Moonlight: A Getaway To Die For ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2022 arahan bersama Mien.Ly, Khairil M. Bahar, Gavin Yap dan Tony Pietra Arjuna dengan cerita asal oleh Mien.Ly dan Bani Hamid dan skrip oleh Honey Ahmad, Hadi M. Nor, Keeta Brennan dan Ashraf Modee Zain. Dibintangi oleh Sara Ali, Wan Hanafi Su, Riz Amin, Radhi Khalid, Ruzana Ibrahim, Sharifah Amani dan Thanuja Ananthan, siri ini diterbitkan di bawah jenama Astro Originals dan memulakan tayangan perdana di Astro Citra bermula 1 Ogos 2022 sehingga 19 September 2022.[1][2][3]

Murder By Moonlight
Genre
Berdasarkan daripada
Cerita asal oleh Mien.Ly dan Bani Hamid
Pencipta
  • Mien.Ly
  • Mohd Rabani Abd Hamid
Ditulis oleh
  • Honey Ahmad
  • Hadi M. Nor
  • Keeta Brennan
  • Ashraf Modee Zain
Pengarah
  • Mien.Ly
  • Khairil M. Bahar
  • Gavin Yap
  • Tony Pietra Arjuna
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Murder By Moonlight"
Lagu penutup"Murder By Moonlight"
PenggubahAshwin Gobinath
Negara asalMalaysia
Bahasa
Bilangan episod8
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Raja Jastina Raja Arshad
  • Michael Chen
Penerbit
  • Jaan Kit Chung
  • Mien.Ly
  • Mohd Rabani Abdul Hamid
Penyunting
  • Soo Mun Thye
  • Sharon Chong
LokasiPort Dickson, Negeri Sembilan
SinematografiHafiz Rashid
Tempoh siaran45 minit
Syarikat penerbitan
Penyiaran
Saluran asalAstro Citra
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital Plus
Siaran asal1 Ogos 2022 (2022-08-01) – 19 September 2022 (2022-09-19)

Premis sunting

Kisah bermula apabila seorang novelis jenayah dan misteri ditemui mati di sebuah peranginan di pulau terpencil. Seorang pengurus hotel, Ameera bertindak sebagai detektif 'wannabe' dan telah mengesyaki antara 12 tetamu hotel. Akibat terperangkap di pulau, semua orang yang ada di situ tidak boleh ke mana-mana, mahupun keluar dari pulau tersebut. Mereka bukan hanya bimbang kehabisan bekalan makanan tetapi mereka mungkin terperangkap bersama dengan pembunuh yang dicari.

Pelakon sunting

Pelakon Utama sunting

Pelakon Undangan sunting

Episod sunting

No.TajukDiarahkan olehTarikh penyiaran asal
1"We Plan, God Laughs"Mien.Ly1 Ogos 2022 (2022-08-01)
Malam sebelum PKP pertama, hotel memutuskan untuk mengadakan parti untuk tetamu yang ada. Keesokan harinya, Tuan Osman ditemui mati dalam keadaan yang mencurigakan.
2"A Den of Thieves"Mien.Ly8 Ogos 2022 (2022-08-08)
Bella dan Julia tiba di hotel dengan identiti palsu. Pada masa yang sama, Ameera mula menyiasat kematian Tuan Osman. Di samping itu, Jit Sangeetha dan Datuk Karnain juga sangat mencurigakan.
3"Revenge, The Best Medicine"Gavin Yap15 Ogos 2022 (2022-08-15)[7]
Sangeetha mempunyai motif tetapi tidak ingat apa yang berlaku pada malam Tuan Osman meninggal. Ameera pula sedang mendalami penyiasatannya sendiri. Dia percaya Tuan Osman pasti dibunuh!.
4"Never Trust a Grinning Tiger"Gavin Yap22 Ogos 2022 (2022-08-22)
Ben dan Mindy pergi ke dalam hutan untuk mencari penunggu ditemani oleh Dato Karnain dan Datin Saloma. Manakala, Ameera rasa dia tahu siapa sebenarnya pembunuh, tetapi seorang tetamu lain dijumpai mati!.
5"The 5%"Tony Pietra Arjuna29 Ogos 2022 (2022-08-29)
Ameera berasa bersalah kerana menuduh Sangeetha. Semua tetamu yang tinggal mula merasa resah dan keadaan menjadi lebih teruk apabila diketahui bahawa Ameera sebenarnya adalah anak luar nikah Tuan Osman!.
6"Truth is a Bitter Pill"Tony Pietra Arjuna5 September 2022 (2022-09-05)
Tanpa sebarang pilihan lagi, Ameera menggunakan taktik mahligai minda untuk memikirkan identiti pembunuh Tuan Osman. Pada masa yang sama, semua orang menilai semula situasi mereka.
7"A Castle Built on Lies"Khairil M. Bahar12 September 2022 (2022-09-12)
Jit memberitahu Ameera tentang sesuatu kesilapan dari masa silamnya. Ben dan Mindy pula menunjukkan satu video yang melibatkan Datin Saloma sedang melakukan sesuatu yang mencurigakan.
8"Who's the Murderer?"Khairil M. Bahar19 September 2022 (2022-09-19)[8]
Misteri pembunuhan sudah selesai apabila polis tiba namun Ameera merasa masih curiga. Ameera kemudiannya kembali kepada bukti dan menjumpai sesuatu yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

Penerbitan sunting

Murder By Moonlight menampilkan genre Witty Murder Mystery "Whodunnit",[9] yang mana ia dipersembahkan dengan kisah penyiasatan dengan elemen komedi dan lebih menarik iaitu detektif ‘wannabe’ dan dilakonkan oleh watak wanita.[2][10]

Penggambaran dijalankan selama 44 hari di Hotel Lexus Hibiscus, Port Dickson, Negeri Sembilan dan setiap dua episod diarahkan oleh empat pengarah berbeza.[2]

Siaran sunting

Episod pengenalan Murder By Moonlight bersiaran serentak di Astro Citra dan Astro Ria bermula 1 Ogos 2022 jam 9 malam. Episod seterusnya bersiaran di Astro Citra pada minggu berikut.[2][11][12]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f g h i j k l m "Drama Murder By Moonlight". My Infotaip. 28 Julai 2022. Dicapai pada 29 Julai 2022.
  2. ^ a b c d Budiey (29 Julai 2022). "Astro Originals Persembahkan Murder By Moonlight, Kisah Detektif Wannabe". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 29 Julai 2022.
  3. ^ Syafiqah Jalal (26 Julai 2022). "Tampilkan Pelakon Hebat Sharifah Amani, Wan Hanafi Su - Murder By Moonlight Bawa Kisah Penyiasatan Dengan Detektif 'Wannabe'!". Astro Gempak. Dicapai pada 29 Julai 2022.
  4. ^ Syafil Syazwan Jefri (27 Julai 2022). "'Pelakon pun berhak pilih pengarah' - Sara Ali". Harian Metro. Dicapai pada 29 Julai 2022.
  5. ^ a b "SYOK Interviu: Drama Murder by Moonlight (Sharifah Amani & Thanuja Ananthan)". SYOK. 5 Ogos 2022. Dicapai pada 7 Ogos 2022.
  6. ^ Syafil Syazwan Jefri (26 Julai 2022). "Sharifah Amani tempuhi fasa bahagia". Harian Metro. Dicapai pada 29 Julai 2022.
  7. ^ Syafiqah Jalal (16 Ogos 2022). ""Finally Ada Series Worth To Watch!"- Ramai Samakan Murder By Moonlight Dengan Filem Hollywood". Astro Gempak. Dicapai pada 12 September 2022.
  8. ^ Syafiqah Jalal (19 September 2022). "Murder By Moonlight Episod Akhir: Kes Pembunuhan Dah Selesai Tapi Ameera Jumpa Petunjuk Lain Pada Bahan Bukti?". Astro Gempak. Dicapai pada 23 September 2022.
  9. ^ Nur Emira Saizali (10 Ogos 2022). "Bukan kisah penyiasatan klise, angkat wanita jadi hero". Kosmo!. Dicapai pada 10 Ogos 2022.
  10. ^ Fariza Saidin (29 Julai 2022). "Pelakon drama Murder By Moonlight pening kepala? Dah kenapa pulak? 1 drama, 4 pengarah!". Kita Reporters. Dicapai pada 2 Ogos 2022.
  11. ^ Shazwan Zulkifli (27 Julai 2022). "This New Malaysian Mystery Series Sets a New Standard For Local Entertainment". Rojak Daily. Dicapai pada 29 Ogos 2022.
  12. ^ "ASTRO ORIGINALS TAMPILKAN 'MURDER BY MOONLIGHT', SEORANG DETEKTIF 'WANNABE' & 12 SUSPEK TERPERANGKAP DI SEBUAH PULAU". Farhana Jafri. 28 Julai 2022. Dicapai pada 18 Oktober 2022.