Martabak

(Dilencongkan dari Murtabak)
Foodlogo.svg  Kandungan rencana ini berkait dengan makanan.
Penjual martabak di Malaysia
Murtabak Raja dari Kelantan.
Martabak telur

Martabak[1] atau murtabak (Jawi: مرتابق, pinjaman Bahasa Arab: مطبق‎, translit. mutthabaq, lit. 'terlipat') ialah sejenis makanan berlauk terdiri daripada roti berupa roti canai yang ber­lapis dengan inti daging cincang, telur, rempah, bawang dan sebagainya. Ia dijual di rantau Asia Tenggara termasuk Malaysia,[2] Indonesia, Singapura, Brunei, dan Thailand, dan juga di Semenanjung Arab termasuk Arab Saudi dan Yaman. Salah satu akal adalah ia mungkin datang daripada pendatang Muslim India dari Tamil Nadu yang bertempat di Asia Tenggara dan Semenanjung Arab.[3]

Nama dan bahan yang digunakan berbeza mengikut tempat, namun ia tetap menjadi makanan jalanan terkenal se-Nusantara, terutama sekali di Johor, Singapura, dan Indonesia.

Jenis serantauSunting

IntiSunting

Martabak jenis berlauk secara asasnya terdiri daripada tiga lapisan segi empat sama dengan inti daging lembu atau daging ayam.[4][5] Di Yaman, martabak adakalanya juga mengandungi daging kambing. Martabak yang berintikan telur (yakni, martabak telur) ada didapati di Palembang, ia lazimnya mempunyai tekstur gurih apabila dimakan.[6]

Ada juga jenis martabak yang berintikan sayur - resipi yang berintikan banyak kentang yakni "martabak kentang"[7] lazim ada di Kota Jambi, Palembang dan Lampung di mana ia diperisakan dengan telur, rempah ratus dan daun bawang.[7][8]

Di Malaysia, inti dagingnya (baik lembu, ayam atau kadangkala juga kambing) sering diperisakan dengan dengan bawang putih, bawang merah dan telur. Di Kelantan, terdapat hidangan martabak istimewa yang tebal dan mempunyai banyak inti yang dikenali sebagai Murtabak Raja,[9] hidangan ini menjadi pernah jadi masyhur kerana digemaran kerabat diraja Kelantan ketika 1950-an, tetapi kini martabak dijual kepada khalayak umum. Di Singapura pula, martabak sayur dan martabak berinti ayam dan lain-lain wujud dan boleh didapati di restoran Muslim India di Little India dan Arab Street.[10][11]

Di Indonesia, martabak dibezakan antara yang jenis berlauk atau "savori" dengan yang jenis manis - "martabak manis" lebih diberi nama apam balik di Malaysia.[3]

CicahanSunting

Martabak lazim dihidang dengan pelbagai jenis cicahan:

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ "martabak", Pusat Rujukan Persuratan Melayu, dicapai 22 Mei 2019.
  2. ^ Martabak Raja makin popular, Utusan Malaysia, 10/11/2008
  3. ^ a b Lonely Planet Food (2012). The World's Best Street Food: Where to Find it & How to Make it. Lonely Planet. m.s. 108. ISBN 9781743216644.
  4. ^ Murtabak Pak Don
  5. ^ (Inggeris) Alina Simon, "`Royal' murtabak for everyone to enjoy", New Straits Times, 26 September 2007.
  6. ^ Jacob-Ashkenazi, Jeanne; Ashkenazi PhD, Michael (2014). The World Cookbook: The Greatest Recipes from Around the Globe (ed. Revised). ABC-CLIO. m/s. 831. ISBN 978-1-6106-9469-8.
  7. ^ a b Hasan, Chef Azian (11 October 2016). Recipes When You’re Broke. PTS Publishing House Sdn. Bhd. ISBN 9789674119089.
  8. ^ a b c Musa, Norman. Malaysian Food: a collection of my favourite recipes and the inspiration behind them. Ning Limited. ISBN 978-0-9563-7723-4.
  9. ^ Murtabak Raja makin popular
  10. ^ "Singapore: Gokul Vegetarian Restaurant". Veganism.
  11. ^ Mark Wiens. "Singapore Zam Zam – Delicious Murtabak Since 1908".
  12. ^ Rowley, David (2011). Erections in the Far East. Pneuma Springs Publishing. m/s. 20. ISBN 978-1907-72831-0.