Musala al-Qibli (Arab: المصلى القِبْلي, bahasa Inggeris: Qibli Chapel) atau Jamik al-Qibli (Arab: الجامع القِبْلي) atau Masjid al-Qibli (Arab: المسجد القبلي) ialah salah satu bangunan utama yang terdapat dalam kompleks Masjid al-Aqsa bahagian selatan dengan ciri khas kubah timahnya yang berwarna kelabu. Musala al-Qibli juga sering dipanggil sebagai Masjid al-Aqsa itu sendiri, walaupun Masjid al-Aqsa juga merujuk kepada keseluruhan kompleks yang di dalamnya terdapat beberapa bangunan penting; seperti Musala al-Qibli itu sendiri, Kubah Al-Sakhrah, Musala Al-Marwani, Kubah Al-Mikraj, Kubah Al-Silsilah, Kubah Al-Nabi, dan bangunan-bangunan lainnya.

Musala al-Qibli
المصلى القِبْلي
Info asas
LokasiMasjid al-Aqsa, Baitulmaqdis Palestine
Koordinat geografi31°46′35″N 35°14′8″E / 31.77639°N 35.23556°E / 31.77639; 35.23556
AgamaIslam
DaerahKota Lama Baitulmaqdis
NegaraIsrael
PemimpinKementerian Wakaf Jordan
Penerangan seni bina
Jenis seni binaMasjid
Gaya seni binaSeni bina awal Islam, Mamluk
Arah muka bangunanUtara
Pecah tanah pada685 (pembinaan pertama)
1033 (pembinaan kedua)
Disiapkan pada705 (pembinaan pertama)
1035 (pembinaan kedua)
Spesifikasi
Arah bahagian hadapan bangunanUtara
Kapasiti5.000[1]
Panjang83 meter (272.3 kaki)
Lebar56 meter (183.7 kaki)
Bil. kubah1
Bil. menara masjid4
Tinggi menara masjid37 meter (121.4 kaki)
Bahan binaanBatu kapur (tembok luar, menara, mukaan), stalaktit (menara), timah (kubah), marmar putih (tiang dalam)

Musala al-Qibli kali pertama dibangun pada zaman Umar Al-Khattab, meskipun beberapa pendapat menyatakan bahawa masjid ini dibangun pada zaman Khilafah Umaiyah. Setelah gempa bumi tahun 746, masjid ini hancur seluruhnya dan dibangun semula oleh khalifah Abbasiyah Al-Mansur pada tahun 754, dan dikembangkan lagi oleh penggantinya Al-Mahdi pada tahun 780. Gempa berikutnya menghancurkan sebahagian besar Musala al-Qibli pada tahun 1033, tetapi dua tahun kemudian khalifah Fatimiyyah Ali al-Zahir membangun semula masjid ini yang masih tetap berdiri hingga kini.

Dalam pelbagai pembaikan berkala yang dilakukan, pelbagai dinasti khalifah Islam telah melakukan penambahan terhadap Masjid al-Aqsa dan kawasan sekitarnya, antara lain pada bahagian kubah, fasad, mimbar, menara, dan dalaman bangunan termasuklah Musala al-Qibli. Ketika Tentera Salib menakluki Baitulmaqdis pada tahun 1099, mereka menggunakan masjid ini sebagai istana dan Kubah Al-Sakhrah sebagai gereja, tetapi fungsi masjid dikembalikan semula setelah Salahuddin mengambil alih kepemimpinan kota itu. Pengubahsuaian, pembaikaj, dan penambahan lebih lanjut dilakukan pada abad-abad kemudian oleh para pemerintah Ayubiyah, Mamluk, Uthmaniyah, Majlis Tinggi Islam era Palestin Bermandat, dan Jordan.

Pembakaran Masjid al-Qibli pada 21 Ogos 1969 telah mendorong berdirinya Pertubuhan Persidangan Islam yang saat ini beranggotakan 57 negara. Pembakaran tersebut juga menyebabkan mimbar purba Salahuddin Al-Ayyubi terbakar habis. Dinasti Bani Hasyim pemerintah Kerajaan Jordan telah menggantinya dengan mimbar baru yang dihasilkan di Jordan[2], meskipun ada pula yang menyatakan bahawa mimbar buatan Jepara digunakan di masjid ini.[3][4]

Rujukan sunting

  1. ^ "Al-Aqsa Mosque, Jerusalem". Atlas Travel and Tourist Agency. Dicapai pada 2008-06-29.
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan INT tidak disediakan
  3. ^ "Indonesia Harus Bawa Isu Al-Aqsa di Forum OKI" (dalam bahasa Bahasa Indonesia). Okezone. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ "Tangan Terampil Dari Jepara Pengukir Mimbar Masjidil Aqsa". Jateng Daily. 1 Mei 2019.

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting