Muzium

(Dilencongkan dari Museum)

Muzium (disebut [mu.zi.um]; Jawi: موزيوم Mal., Sin.) atau museum ([mu.sé.um] Ind.) merujuk kepada bangunan tempat menyimpan khazanah sejarah purba atau yang lalu. Muzium penting sebagai tempat kita merujuk sekiranya kita ingin mengetahui tentang sejarah lampau.

Sisi hadapan Rijksmuseum di Amsterdam menempatkan barangan lama sejarah Belanda.
Muzium Christian Gotthard Hirsch di Jerman.

Sejarah sunting

Peristilahan sunting

Kedua-dua perkataan "muzium" (pinjaman bahasa Inggeris: museum) dan "museum" (pinjaman Bahasa Belanda) berakar daripada istilah bahasa Yunani Μουσεῖον (mouseion) yang sebenarnya merujuk kepada nama suatu kuil dibina di Iskandariah untuk tujuan pemujaan sembilan dewi puteri Zeus yang melambangkan ilmu dan kesenian yang diberi gelaran Mousai.[1][2] Kitab Vortaro memberi takrifan terawal kata serapan ini sebagai tempat koempoelan barang-barang koeno dan barang barang [sic] jang aneh-aneh.[3]

Di Malaysia, bangunan ini adakalanya turut diberi jolokan "sekolah gambar" kerana banyaknya gambar yang ditampilkan dan dipamerkan untuk tujuan mendidik para pelawat yang datang.

Pembangunan sunting

Bangunan lain yang diketahui berhubungan dengan sejarah museum adalah suatu bahagian kompleks perpustakaan yang dibangun khusus untuk seni dan sains, terutamanya bidang-bidang falsafah dan kajian, yang terletak di Alexandria oleh Ptolemaios I pada tahun 280 SM.[4] Ia turut memaparkan kehebatan kerajaan Firaun, piramid dan Sphinx di pelabuhan Iskandariah, Mesir lalu boleh dianggap merupakan bangunan pertama berperanan sebaagi muzium yang wujud di dunia.

Muzium dikaitkan dengan kegiatan:

Jenis sunting

Muzium memiliki beragam jenis, dari institusi yang besar dan mencakup banyak kategori, hingga institusi kecil yang memusatkan diri kepada subjek tertentu, lokasi, atau seseorang. Selain itu terdapat muzium universal yang koleksinya merepresentasikan dunia dan biasanya koleksinya di antaranya seni, ilmu pengetahuan, sejarah dan sejarah alam. Jenis dan mutu muzium tercermin dalam koleksinya. Sebuah muzium biasanya memiliki koleksi inti yang merupakan benda terpenting di bidangnya. Kategori muzium-muzium tersebut di antaranya:

Muzium arkeologi sunting

Muzium arkeologi merupakan muzium yang khususkan tujuan mempamerkan artifak arkeologi. Muzium arkeologi banyak yang bersifat muzium terbuka (open air museum).

Muzium seni sunting

 
Muzium Seni Li Chi Mao di Melaka, Malaysia.

Muzium seni atau galeri seni merupakan sebuah ruangan mengkusus kepada pemameran benda seni visual seperti antaranya lukisan, gambar, dan patung. Beberapa contoh lainnya adalah seni tembikar, seni logam dan perabot.

Contoh dari muzium seni ini di Eropah adalah merbach-Cabinet di Basel, yang awalnya merupakan koleksi pribadi yang dijual kepada pemerintah kota Basel pada tahun 1661, dan menjadi muzium untuk umum sejak tahun 1671. Saat ini, muzium ini bernama Kunstmuseum Basel.[5]

Muzium yang mengkhususkan diri sebagai muzium seni, merupakan suatu hal yang baru. Salah satu yang pertama adalah Hermitage Museum di Saint Petersburg yang dibangun pada tahun 1764.

Muzium biografi sunting

Muzium Biografi merupakan muzium yang didedikasikan kepada benda yang terkait dengan kehidupan seseorang atau sekelompok orang, dan terkadang memajang benda-benda yang mereka koleksi. Beberapa muzium terletak di dalam rumah atau tapak yang terkait dengan orang yang bersangkutan pada saat dia hidup.

Nusantara juga mempunyai tempat sedemikian: Malaysia misalnya ada Pustaka Peringatan P. Ramlee di Kuala Lumpur, Indonesia pula ada Rumah Buya Hamka di Tasik Maninjau, Sumatera Barat.

Muzium anak-anak sunting

 
Muzium anak Buell di Pueblo, Colorado merupakan muzium anak peringkat ke-2 di Amerika serikat oleh Child Magazine.[6]

[4][2]

Muzium anak merupakan institusi yang menyediakan benda pameran dan program acara untuk menstimulasi pengalaman informal anak-anak. Muzium jenis sebegini biasanya memiliki benda yang dirancang untuk dimainkan oleh anak-anak berbanding dengan muzium tradisional yang memiliki peraturan untuk tidak menyentuh benda pameran. Muzium anak kebanyakan merupakan organisasi nirlaba dan dikelola oleh sukarelawan atau oleh staf profesional dalam jumlah yang kecil.[7] Contoh dari muzium anak ini adalah Muzium Anak Kolong Tangga yang terletak di Yogyakarta. Pada muzium ini terdapat beberapa mainan anak tradisional.

Muzium universal sunting

Muzium universal atau dikenal pula dalam bahasa Inggris sebagai Museu encyclopedic, merupakan muzium yang umum kita jumpai. Biasanya merupakan institusi besar, yang bersifat nasional, dan memberikan informasi kepada pengunjung mengenai berbagai variasi dari tema lokal dan dunia. Muzium ini penting karena meningkatkan rasa keingin-tahuan terhadap dunia.[8]

Contoh muzium universal adalah British Muzium di London, Inggris.

Muzium etnologi sunting

Muzium etnologi merupakan muzium yang mempelajari, mengumpulkan, merawat, dan memamerkan artefak dan objek yang berhubungan dengan etnologi dan antropologi. Muzium seperti ini biasanya dibangun di negara yang memiliki kelompok etnis atau etnis minoritas yang berjumlah banyak.

Muzium rumah bersejarah sunting

Muzium rumah bersejarah, atau yang lebih dikenal dengan rumah bersejarah merupakan yang terbanyak jumlahnya di dunia dari kategori muzium sejarah. Muzium ini biasanya beroprasi dengan dana yang terbatas dan staff yang sedikit. Kebanyakan dikelola oleh relawan dan sering kali tidak memenuhi syarat untuk menjadi muzium profesional.

Muzium sejarah sunting

 
Muzium Sejarah Alam di Putrajaya, Malaysia.

Muzium sejarah mencakup pengetahuan sejarah dan kaitannya dengan masa kini dan masa depan. Beberapa di antara muzium tersebut memiliki benda koleksi yang sangat beragam, mulai dari dokumen, artefak dalam berbagai bentuk, benda sejarah yang terkait dengan even kesejarahan tersebut.

Ada beberapa macam muzium sejarah, di antaranya, rumah bersejarah yang merupakan bangunan yang memiliki nilai sejarah atau arsitektural yang tinggi. Kedua: laman bersejarah yang menjadi muzium, seperti Pulau Robben. Ketiga adalah muzium ruang terbuka atau disebut juga dengan nama open air museum. Pada muzium ini, para masyarakat yang berada di dalamnya berusaha untuk membuat ulang kehidupan pada suatu waktu dengan sebaik mungkin, termasuk di antaranya bangunan dan bahasa.

Muzium maritim sunting

Muzium maritim merupakan muzium yang mengkhususkan diri kepada peresentasi sejarah, budaya atau arkeologi maritim. Mereka menceritakan kaitan antara masyarakat dengan kehidupan yang berkaitan dengan air atau maritim. Muzium bertema maritim menjadi media alternatif pendidikan non-formal yang berfungsi untuk merekonstruksi pola pikir maritim dan wawasan Nusantara. Selain itu, muzium sebagai alat pendidikan zaman modern akan senantiasa menyesuaikan dengan perkembangan dunia modern itu sendiri[9].

Terdapat beberapa jenis muzium maritim, di antaranya:

  • Muzium arkeologi maritim yang menceritakan mengenai kaitan arkeologi dengan maritim. Muzium ini biasanya memajang dan mengawetkan kapal karam dan artefak yang terkait dengan lingkungannya.
  • Muzium sejarah maritim, merupakan muzium yang mengedukasi masyarakat mengenai sejarah maritim di suatu komunitas atau masyarakat. Contoh dari muzium ini adalah Muzium Maritim San Francisco dan Mystic Seaport.
  • Muzium militer maritim. Contoh dari muzium ini adalah Museum Nasional Angkatan Laut Amerika Serikat. Contoh lainnya adalah Muzium Laut, Udara dan Luar Angkasa Intrepid.
  • Muzium maritim di Indonesia ada 4, yaitu: Muzium Kapal Selam Senopati di Surabaya, Museum Kapal Samudraraksa di Magelang, Jawa Tengah, Muzium Bahari Yogyakarta Diarkibkan 2017-10-06 di Wayback Machine, dan Muzium Bahari Jakarta.

Muzium tentera (atau museum militer) dan perang sunting

 
Muzium Perang Kanada

Muzium militer merupakan muzium yang mengkhususkan diri terhadap sejarah militer. Benda yang biasa dipamerkan pada muzium ini contohnya adalah senjata, seragam militer, dan bahkan kendaraan perang.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Findlen, Paula (Jun 1989). "The Museum: its classical etymology and renaissance genealogy". Journal of the History of Collections. 1 (1): 59–78. doi:10.1093/jhc/1.1.59. Dicapai pada 5 April 2008. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)CS1 maint: date and year (link)
  2. ^ M. Philippa, F. Debrabandere, A. Quak, T. Schoonheim & N. van der Sijs, penyunting (2009). "museum". Etymologisch Woordenboek van het Nederlands. Amsterdam – melalui EtymologieBank.CS1 maint: multiple names: editors list (link)
  3. ^ Kwik Khing Djoen (1923). "museum". Kitab Vortaro: Segala Perkatahan-Perkatahan Asing Jang Soeda Oemoem Di Goena Ken Di Dalem Soerat-Soerat Kabar Melayoe. Batavia: Sin Po. m/s. 218.
  4. ^ "Ptolemy I Soter, The First King of Ancient Egypt's Ptolemaic Dynasty". Tour Egypt. Dicapai pada 5 April 2008.
  5. ^ H.C. Ackermann, The Basle Cabinets of Art and Curiosities in the sixteenth and seventeenth centuries, in: O. Impey & A. MacGregor (edd.), The Origins of Museums: The cabinet of curiosities in sixteenth- and seventeenth-century Europe, 2nd edition, London: House of Stratus 2001, pp. 81-90, quoted in Marta C. Lourenço, A Contribution to the History of University Museums and Collections in Europe, presentation at the UMAC 2002 Conference, Sydney/Canberra, Australia, 29/9-4/10/2002, available at http://publicus.culture.hu-berlin.de/umac/2002/lourenco.html.
  6. ^ "Go Colorado article". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-06-21. Dicapai pada 2019-11-04.
  7. ^ "The Association of Children's Museums website". Childrensmuseums.org. Dicapai pada 2013-08-19.
  8. ^ "The Art Institute of Chicago".
  9. ^ Sadzali, Asyhadi Mufsi. 2014. Museum untuk Kebangkitan Maritim Indonesia Kajian Kritis Komunikasi Museum Bertema Maritim di Indonesia. Tesis. Universitas Gadjah Mada

Pautan luar sunting

Di Brunei
Di Indonesia
Di Malaysia
Di Singapura