Imam Muda Musim 1

(Dilencongkan dari Musim Pertama Imam Muda)

Musim Pertama rancangan realiti televisyen Imam Muda berlangsung dari awal Mac hingga 30 Julai 2010.

Juara Imam Muda akan mendapat biasiswa penuh di Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi, dilantik menjadi imam di mana-mana masjid utama di Wilayah Persekutuan berserta sebuah kereta. Selain itu mereka membawa pulang wang tunai RM20,000 di samping pakej menunaikan haji.

Peserta sunting

Sesi temuduga sunting

Ia terbuka kepada semua lelaki rakyat Malaysia berugama Islam dan berumur antara 18-27 tahun. Mereka boleh membaca Surah Al-Fatihah, Surah Lazim dan mempunyai pengetahuan agama Islam.

Sesi ujian dan temubual diadakan dari jam 8.00 pagi - 1 petang di:


Lebih 1000 orang menyertai uji bakat, namun hanya 10 yang terpilih menyertai.[1]

Keputusan sunting

Guru agama Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan muncul juara pertama. Hizbur Rahman Omar Zuhdi pula di tempat kedua.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ Sean Yoong (27 Jun 2010). "Malaysia reality TV seeks young male Muslim leader". Washington Post. The Washington Post Company. Dicapai pada 30 Jun 2010.[pautan mati kekal][pautan mati kekal]
  2. ^ "Malaysia hit show picks 'Imam Muda'". Al Jazeera. 31 Julai 2010. Dicapai pada 1 Ogos 2010.