Mustaffa Kamil Ayub

ahli politik Malaysia

Mustaffa Kamil Ayub ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Pengerusi Institut Keusahawanan Negara (INSKEN).

Tuan Haji

Mustaffa Kamil Ayub
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat
Dalam jawatan
2007–2010
Berkhidmat dengan Mohamed Azmin Ali dan Lee Boon Chye
PresidenWan Azizah Wan Ismail
Digantikan olehNurul Izzah Anwar, Chua Tian Chang, Fuziah Salleh dan Mansor Othman
Butiran peribadi
Lahir1963 (61 tahun)
Kampong Gajah, Pasir Salak, Perak
Parti politik Parti Keadilan Rakyat
Alma materUniversiti Kebangsaan Malaysia
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
PekerjaanAhli Politik
ProfesionAhli Perniagaan

Latar Belakang sunting

Mustaffa Kamil mempunyai pengalaman sebagai pentadbir, pemimpin mahasiswa dan belia, politik dan korporat selama lebih 30 tahun. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Genetik) (Kepujian) UKM, Diploma Pendidikan (Matematik & English) UIAM, Diploma Kewangan Islam, IPI dan Sarjana Sains Politik, UKM.

Semasa belajar di UKM tahun 1986, Mustaffa menjadi pemimpin mahasiswa UKM.

Beliau pernah menyandang jawatan Penolong Pendaftar dan Ketua Jabatan Latihan Kepimpinan UIAM, Setiausaha Politik Kepada Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Pengarah Kumpulan Perangsang Selangor Berhad dan Pengerusi Akademi Pelatihan, Penerangan dan Penyelidikan Selangor (APSEL).

Bermula sebagai Ketua Murid SK Kg. Gajah, beliau menajamkan bakat kepemimpinannya sebagai Presiden Persatuan Pelajar Islam, Kelab Bola Tampar, Presiden St. John Ambulance dan Ketua Pengawas SMSAH, Presiden PMUKM, PKPIM, PEPIAT, Pengerusi Persidangan Antarabangsa IIFSO, Exco ABIM Pusat, Presiden Majlis Belia ASEAN, Pengerusi Forum Belia Komanwel, Timbalan Pengerusi Kongres Rakyat, Presiden Institut Masyarakat Madani (IMAD), Pengarah Yayasan Belia Malaysia (YBM) dan Pengerusi Yayasan Saksama Aman (YSA).

Politik sunting

Dalam poltik beliau adalah Timbalan Ketua Pemuda KEADILAN Pusat,  Setiausaha Agung KEADILAN Pusat, Naib Presiden KEADILAN Pusat, Pengerusi KEADILAN Negeri Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Perak. Pernah menjadi calon Pilianraya Umum sejak tahun 2008 hingga 2014.

Kerjaya sunting

Dalam bidang latihan dan pembangunan sumber manusia, beliau adalah Master Trainer Muslim Student Association of japan, Master Trainer bagi Program Latihan Kepimpinan Pelajar Brunei,  Master Trainer Young Executive Leadership Programme Singapore, dan sering diundang membentangkan kertaskerja tentang kepemimpinan, antaranya di Maldieves, Belanda, Indonesia, Brunei, Singapura, United Kigdom, Trinidad & Tobago, Taiwan dan Mongolia, selain di pelbagai seminar dan forum di seluruh negara. Beliau adalah ahli badan professional seperti Malaysia Training Association, Just World Trust, Majlis Perunding Belia Negara, BOD International Youth Centre dan Integriti Malaysia.

Pilihan raya sunting

Pada Pilihan raya umum Malaysia 2008 (PRU-12) beliau bertanding di parlimen Pasir Salak dan DUN Sungai Manik. Beliau tewas kepada penyandangnya Tajuddin Abdul Rahman dan Zainol Fadzi Paharudin dari BN-UMNO.

Karya sunting

Beliau juga adalah penulis 11 buah buku, antaranya ialah Gerakan Pelajar-Mahasiswa (1991), Menangani  Cabaran (1994), Dinamika Generasi Muda Menangani Cabaran Wawasan 2020 (1995), Leadership Dynamism (1996), Youth Renaissance (1997), Menerajui Perubahan Poltik Malaysia (2001), Masyarakat Madani dan Idealisme Politik (2004), Masa Depan Politik Alternatif (2002), Ahzab Moden dan Masa Depan Islam (2003), Gerakan Subuh (2017) dan terkini buku Membangun Insan dan Tamadun (2019), di samping bertindak sebagai editor beberapa buah buku dan majalah.

Rujukan sunting