Mustaffa Noor

Pelakon lelaki Malaysia

Mustaffa Noor (1 Januari 1950 – 5 Januari 1990) ialah seorang pelakon Melayu yang dilahirkan di Malaysia dan mencipta nama pada pertengahan 1980-an.

Mustaffa Noor
Kelahiran(1950-01-01)1 Januari 1950
Meninggal dunia5 Januari 1990(1990-01-05) (umur 40)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1983–1990

Kerjaya

sunting

Pada awal 80an iaitu tahun 1983, Mustaffa pernah berkolaborasi dengan dua pelakon tersohor tanahair- Seniwati Uji Rashid dan Azean Irdawaty menjayakan drama RTM "Panggilan Pusara"- sebuah naskhah yang diterjemahkan daripada novel popular. Mustaffa memegang peranan sebagai suami Uji dan adik kepada Azean.

Mustaffa pernah membintangi drama bersiri terbitan RTM iaitu drama Opah sebagai Amar. Kemudian tempatnya diganti dengan Abu Bakar Kasim.

Mustaffa popular menerusi drama TV yang merupakan arahan pertama Shuhaimi Baba berjudul Maria pada 1984. Menerusi drama yang menggandingkan beliau bersama aktres Fatimah Abu Bakar (ibu kepada pelakon Sharifah Amani), Mustaffa mula meraih perhatian penerbit dan pengarah filem. Namun beliau hanya sempat membintangi sebuah filem iaitu filem Mawar Merah pada 1987.

Menerusi filem Mawar Merah, Mustaffa telah menerima anugerah Pelakon Lelaki Terbaik (FFM) pada Festival Filem Malaysia ke-7 menerusi lakonan mantapnya sebagai Sufyan; bapa saudara yang mencintai anak gadis kakaknya sendiri.

Mustaffa juga popular menerusi pementasan Rumah Kecil Tiang Seribu. Beliau merupakan antara aktor pertama yang dicalonkan untuk kategori Pelakon Filem Lelaki Popular menerusi edisi pertama Anugerah Bintang Popular Berita Harian pada 1987.

Kematian

sunting

Beliau meninggal dunia pada 5 Januari 1990 pada usia 40 tahun akibat kanser paru-paru.

Pautan luar

sunting