Mustang (kuda)

(Dilencongkan dari Mustang)

Mustang adalah sejenis kuda feral rayau-bebas yang berasal dari barat Amerika Utara. Mustang telah dibawa masuk ke Amerika oleh Sepanyol. Mustang sering dianggap sebagai kuda liar, tetapi istilah yang lebih tepat adalah kuda feral.

Mustang

Satu kawanan kuda Mustang
Ciri-ciri unggul: Kecil, Kompak, tulang yang baik, sangat keras
Negara asal: Amerika Utara
Kuda (Equus ferus caballus)

Pada tahun 1971, Kongres Amerika Syarikat telah mengakui Mustang sebagai “simbol hidup dari semangat peneroka dan bersejarah dari Barat, yang mana terus menyumbang kepada kepelbagaian bentuk kehidupan dalam Negara dan memperkayakan kehidupan rakyat Amerika.” Pada hari ini, kawanan Mustang boleh dijejak sehingga ke kuda Iberia asal.

Kini, populasi Mustang diurus dan dilindungi oleh Biro Pengurusan Tanah. Kontroversi menyelubungi berhubung perkongsian tanah dan sumber-sumber oleh kuda Mustang rayau-bebas dengan binatang ternakan dari industri penternakan, dan juga kaedah-kaedah pengurusan jumlah populasi yang diuruskan oleh kerajaan Persekutuan.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Bacaan lanjut sunting