Jejak Dato' Abdullah diikuti oleh saudaranya, Dato' Mustapha. Beliau yang ketika itu menjadi Timbalan Menteri Besar, dilantik oleh Sultan Ibrahim menjadi Menteri Besar Johor mengantikan Dato' Abdullah.

Yang Berhormat Dato'

Mustapha Jaafar

SPMJ, PIS (Johor)
Menteri Besar Johor
Dalam jawatan
1928–1931
Didahului olehAbdullah Jaafar
Digantikan olehAbdul Hamid Yusof

Beliau yang lahir pada 1862 di Teluk Belanga, memulakan kerjaya sebagai kerani di Pejabat Dato' Bendahara. Pada 1903 beliau dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat dan Pemeriksa Besar Kira- Kira Kerajaan.

Pada 1 Julai 1931, Dato’ Mustapha telah bersara daripada jawatannya iaitu setelah berkhidmat lebih kurang 50 tahun sebagai pegawai kerajaan Johor.