Mustapha Nagoor

ahli politik Malaysia

YB Tuan Mustapha Nagoor adalah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai EXCO Negeri Sembilan dan ADUN Palong daripada BN-UMNO. Di peringkat parti, beliau ialah Ketua UMNO Bahagian Jempol[1].

YB Tuan

Mustapha Nagoor

DNS ANS (Negeri Sembilan); PJK
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan
Memegang jawatan
24 Ogos 2023
PortfolioPembangunan Belia dan Sukan
Menteri BesarAminuddin Harun
Kawasan pilihan rayaPalong
Anggota Dewan Undangan Negeri Sembilan
untuk Palong
Memegang jawatan
2018
Didahului oleh Lilah Yasin
Majoriti
  • 6,246 (2018)
  • 564 (2023)
Butiran peribadi
Parti politik UMNO

Latar belakang sunting

Mustapha dilahirkan pada 31 Julai 1967. Beliau melanjutkan pendidikan tinggi di Universiti Selatan Pasifik, Amerika Syarikat dan lulus sarjana pentadbiran perniagaan. Beliau juga mendapat pengajian di Universiti Tasmania dan memperoleh sarjana muda pentadbiran perniagaan.

Beliau juga pernah menjadi guru selama setahun pada 1987 hingga 1988 sebelum mengusahakan sebuah pusat tuisyen Institut Pertama pada 1988 hingga 1996. Beliau juga pernah menjadi jurulatih bagi kursus Jatidiri Pimpinan Perdana di bawah Kementerian Belia dan Sukan sekitar tahun 1995 hingga 1997.

Mustapha pernah dilantik sebagai jurulatih Biro Tatanegara dan fasilitator bagi penyedia latihan swasta dan kerajaan. Beliau juga menjadi pengarah urusan beberapa buah syarikat seperti AD Bestari (M) Sdn Bhd dan Pengarah MBN Consortium Sdn Bhd.

Mustapha pernah dilantik sebagai Pengerusi Persatuan Kami Anak Felda (KAF) Palong 3 dan AJK KAF Wilayah Raja Alias, serta sebagai Ahli Majlis Daerah Jempol.

Penglibatan dalam politik sunting

  • Ketua Penerangan UMNO Negeri Sembilan (2018-kini)
  • Pengerusi Biro Latihan Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan (2013-kini)
  • Naib Ketua UMNO Bahagian Jempol (2008-kini)
  • Ketua UMNO Cawangan Felda Palong 3 (2008-kini)
  • Timbalan Pengerusi Biro Latihan dan Keahlian Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan (2004-2008)
  • Setiausaha Badan Perhubungan Pemuda UMNO Negeri Sembilan (2001-2004)
  • Naib Ketua dan pemangku Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jempol (1998-2001)
  • Ketua Penerangan Pemuda UMNO Jempol (1996-1998)
  • Ketua Pemuda UMNO cawangan Felda Palong 3 (1995-1998)

Anugerah dan pengiktirafan sunting

  •   Negeri Sembilan
    • Darjah Setia Negeri Sembilan (D.N.S) 2005
    • Ahli Setia Negeri Sembilan (A.N.S) 2001
    • Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K) 1998

Rujukan sunting