Mutan merupakan album studio kelima oleh kumpulan Exists yang dikeluarkan pada tahun 1998. Lagu hit dari album ini ialah Dirantai Digelangi Rindu ciptaan Eddie Hamid.

Mutan
Album studio oleh
Dilancarkan pada26 November 1998
GenrePop rock, Pop Alternatif
Panjang48:51
SyarikatBMG Music
PenerbitAlong
Kronologi Exists
Jangan Gentar
(1997)
Mutan
(1998)
Ada
(2001)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Bermula dengan album ini, Exists hanya tinggal empat orang anggota berikutan pengunduran pemain keyboardnya, Ajai untuk menumpukan kerjayanya sebagai seorang komposer dan jurutera muzik di salah sebuah syarikat rakaman tanah air. Album ini merupakan album studio terakhir Exists yang bernaung di bawah syarikat rakaman BMG Music sebelum tamat kontrak pada tahun 2000.

Album ini diedarkan di Indonesia pada tahun 1999 dengan judul Dirantai Digelangi Rindu dan telah terjual sebanyak 100,000 unit.

Senarai runut sunting

No.TajukSeni kataGubahanMasa
1."Kapal Terbang Kertas"Roshi LeeG-nola4:39
2."Siapa Selain Aku?..."Musa, RosmanSaari Amri5:20
3."Dan Ku Lihat Keagungan Tuhan"Roshi LeeLY5:08
4."Kotak Hujan"Roshi LeeG-nola4:37
5."Terseksa Lagi Batinku"Azam DungunSaari Amri5:29
6."Pancut Ke Siling"Roshi LeeG-nola, Foo3:40
7."Vs."Roshi LeeMusa, Along, Ujang3:48
8."Emily"Andi Rahman4:10
9."Hero (Siapa Dia...?)"Roshi LeeAlong, Musa, Ujang, Ezad4:56
10."Manifesto Luar Biasa"Roshi LeeFoo4:37
11."Dirantai Digelangi Rindu"Man Toba, RosmanEddie Hamid4:27
Jumlah masa: 50:51


Line-up sunting

  1. Mohd Rohaizad bin Lazim (Ezad) - vokal
  2. Azhrul bin Nasir (Along) - gitar
  3. Musa bin Radhi (Musa) - bass
  4. Saharudin bin Saniman (Ujang) - dram

Anugerah & pencalonan sunting

Separuh Akhir Muzik Muzik 14 sunting

Tahun Judul Kategori
1999 Dirantai Digelangi Rindu Balada

Pautan luar sunting