Mutatis mutandis ialah frasa Medieval Latin yang membawa maksud "perubahan yang diperlukan telah dibuat" atau "sebaik sahaja perubahan yang diperlukan telah dibuat".[1][2][3] Ia kekal tidak diserap dalam bahasa Melayu dan oleh itu biasanya dicondongkan dalam tulisan. Ia digunakan dalam banyak negara bagi mengiktiraf bahawa perbandingan yang dilakukan memerlukan beberapa pemindaan yang ketara, yang dibiarkan tidak dinyatakan. Ia tidak dikelirukan dengan frasa yang serupa iaitu ceteris paribus, yang mengecualikan sebarang perubahan yang lain daripada yang disebut dengan jelas. Mutatis mutandis diganti secara mendadak oleh frasa bukan Latin yang setara, seperti tanpa hilang itlaknya,[4] namun masih digunakan dalam undang-undang, ekonomi, matematik, linguistik, dan falsafah. Khususnya dalam logik, ia ditemui apabila membincangkan faktual balas, sebagai trengkas bagi semua singkatan dan perubahan terbit yang telah dibincang sebelum ini.

Latin sunting

Frasa mutatis mutandis—kini kadangkala ditulis mūtātīs mūtandīs bagi menunjukkan kepanjangan vokal—tidak muncul dalam sastera klasik yang masih bertahan. Frasa ini dalam bahasa Latin Zaman Pertengahan, pertama kali dibuktikan dalam sumber-sumber British pada tahun 1272.[5]

Kedua-dua perkataan ialah partisipel bagi kata kerja Latin mutare ("bergerak; berubah; bertukar"). Mutatus, -a, -um ialah partisipel pasif sempurnanya ("diubah; telah diubah"). Mutandus, -a, -um ialah gerundifnya, yang berfungsi sebagai partisipel pasif kelak ("untuk diubah; akan diubah") dan sebagai kata sifat karyaan atau kata nama karyaan menyatakn keperluan ("perlu diubah; benda perlu diubah"). Frasa ini ablatif mutlak, menggunakan kasus ablatif untuk menunjukkan bahawa klausa itu syarat perlu bagi ayat selebihnya

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Fennell, Charles Augustus Maude, Ed. (1891). The Stanford Dictionary of Anglicised Words and Phrases. University Press, Cambridge. m/s. 563.
  2. ^ Adams, Kenneth A. (2004). A Manual of Style for Contract Drafting. American Bar Association. m/s. 160. ISBN 1590313801.
  3. ^ Mogck, Brian David (2008). Writing To Reason: A Companion for Philosophy Students and Instructors. John Wiley and Sons. m/s. 46. ISBN 1405170999.
  4. ^ "r/math - When do you say "Without Loss of Generality" (WLOG) in a proof?". reddit.
  5. ^ Oxford English Dictionary, 3rd ed. "mutatis mutandis, adv." Oxford University Press (Oxford), 2003.