Muzik bambu banyak terkenal di negara-negara seperti Taiwan, Filipina, Indonesia dan Malaysia (Sabah). Keunikan masyarakat tradisi Sabah yang mempunyai kepelbagaian Alat Muzik menklasifikasikan alat muzik mereka di bawah nama Muzik Bambu.[1] Kebanyakaan alat-alat muzik di Sabah dibuat daripada bahan-bahan asli. Sebagai contoh, tongkungon, turali, suling (atau seruling), sompoton dan togunggak diperbuat daripada buluh.[2] Alat-Alat Muzik ini diklasifikasikan bergenre Muzik Malaysia. Muzik bambu juga menggunakan Notasi muzik bernombor sebagai medium membaca skor sesebuah lagu dalam bentuk orkestra atau kumpulan band.[3]

Klasifikasi Alat Muzik sunting

Alat Muzik yang Diperbuat daripada Buluh/Kayu
Kordofon (Bertali)
  • tongkungon,
  • gambus,
  • sundatang atau gagayan
  • Isun-Isun
Idofon (Ketukan)
  • Togunggak/ Tagunggak
  • Lontungi
  • Babadon
  • Binambad
  • Babangau
  • Marakas
  • Rek Bambu
  • Sarun
Membranofon (Kulit)
  • Tontog
  • Gendang
  • Kahon/Kajon
  • Bongou
  • Kantug
Erofon (Tiupan)
  • Sompoton,
  • Suling,
  • Bungkau/ Turinding
  • Wiwit Tombolog
  • Somporing
  • Turali
  • Panflute
Non-Bambu
  • Kulintangan
  • Tagung/ Gong

Pengenalan alat muzik sunting

SOMPOTON

Sompoton ialah sejenis organ mulut ataupun mouth organ yang popular di kalangan suku kaum Dusun dan Kadazan. Ianya dikatakan mempunyai kaitan rapat dengan ‘khene’ sejenis organ mulut yang terdapat di Laos.[4]

 

Sompoton diperbuat daripada beberapa batang ataupun pipa buluh kecil dari jenis bambu ‘sumbiling’ yang dipotong mengikut ukuran yang diperlukan. Diperbuat dari labu air yang telah dikeringkan. Lapan batang buluh kecil disusun dalam dua lapisan dan dimasukkan kebahagian buah labu tersebut dengan menebuk.[5] Gam kelulut digunakan untuk melekatkan batang-batang buluh tersebut juga untuk menahan angin dari keluar melalui celah-celah buluh apabila tiupan dilakukan. Salah satu daripada buluh ini tidak berfungsi hanya untuk memperseimbangkan kedudukan bentuk alat tersebut. Beberapa kepingan kecil plat buluh diletakkan pada dasar tiap-tiap tepian buluh untuk menghasilkan bunyi mengikut kod muzik yang telah ditentukan.[6]

Sompoton juga dikenali sebagai 'SUMPOTON' tetapi nama sompoton lebih kerap digunakan oleh masyarakat di sabah. Selain itu, Sompoton mempunyai pelbagai jenis dan berbeza mengikut variasi bilangan batang bambu (Lopong) ,contohnya

  • Sompoton 8 lopong(batang bambu) dimainkan untuk Redeem dan bass Sahaja
  • Sompoton 10 lopong(batang bambu) boleh memainkan melodi,kod,redeem dan bass.
  • Ada juga sompoton 12,14,16 lopong dan boleh dimainkan semua lagu.

BABADON / KULINTANGAN BAMBU sunting

Babadon diperbuat daripada buluh yang mempunyai saiz yang berbeza. Babadon dibuatkan seperti kulintangan. Tetapi bentuknya bagai Piano bambu. Bentuk Babadon/Binabad juga seperti Marimba yang terkenal di negara indonesia.

Alat muzik babadon tergolong dalam jenis idiophone. Babadon pada awalnya digunakan oleh para pedagang tempatan di Borneo khasnya Sabah hari ini (pedagang peralatan perkakasan termasuk alat muzik tradisi) untuk melaraskan ton atau nada sesebuah alat muzik seperti gong, sompoton sigi, togunggu/tagunggak, kurunggu dan beberapa alat muzik tradisi yang lain. Babad adalah perkataan bahasa Dusun yang bererti ‘susun’ dalam bahasa Melayu atau istilah ‘laras’ dalam bahasa Indonesia merupakan barisan kepingan buluh yang telah ditentukan terlebih dahulu nadanya dengan memotong kepingan tersebut dalam pelbagai saiz dan ukuran. Babadon juga digunakan sebagai alat muzik yang menggantikan gong dalam sesuatu majilis adat pada waktu dahulu. Ketika kumpulan muzik buluh ditubuhkan, alat muzik babadon juga telah dimasukkan bagi memperkayakan nada dalam mana-mana lagu yang dimainkan.[7]

Babadon telah diaplikasikan kedalam orkestra dan telah membuat persembahan kumpulan buluh kepada persembahan orkestra pada 1996 dan gabungan orkestra Barat pada tahun 2013 melalui seorang pelajar dari UNIMAS.  Babadon telah dilaraskan kepada bentuk yang lebih moden seperti susunan not yang terdapat pada alat muzik piano untuk memudahkan ia dimainkan serta menarik minat generasi muda untuk mempelajarinya.[8]

Fungsi Babadon boleh dibuatkan persembahan dan pertandingan the festival music bamboo. Selalunya babadon dapat mengantikan kulintangan untuk memainkan 'Sumazau', 'Limbai', 'Silat' serta 'Tingkad-tingkad'.


SULING sunting

 

Suling yang diperbuat daripada buluh pendek yang berwarna koko. Suling yang mempunyai lima lubang digelar tambunan manakala suling yang mengandungi enam lubang dipanggil penampang. Bunyi yang di hasilkan adalah sangat menenangkan.

Fungsi Suling dimainkan untuk keseronokan individu. Not- Not muzik manis instrumen ini biasanya didengar pada waktu malam selepas penduduk kampung telah pulang dari kerja - hari ini lebih kerap mendengar karaoke ... Ia dimainkan olehsemua kumpulan etnik Sabah.[9]

KAJON sunting

Kajon diperbuat daripada kayu. Gelaran lain ialah (Kajon),kahon dan gendang.

Fungsi Kajon menyempurnakan persembahan atau pertandingan dalam sesuatu band bambu itu. Iya dimainkan seperti gendang dan kompang.

TONTOG/GENDANG sunting

Gendang merupakan salah satu alat membranofon. Gendang berasal dari timur tengah.Gendang ini diperbuat daripada nangka atau kayu merbau untuk badannya manakala kulit kambing diregangkan di hujung alat gendang. Instrumen ini dikenali dengan nama yang berbeza dalam komuniti yang berbeza.

TONGGUNGGAK sunting

Dikenali sebagai tagunggak di kalangan suku kaum Murut, Togunggak di kalangan suku kaum Dusun/Kadazan atau 'Togunggu' di Penampang., Satu set alat-alat muzik ini merangkumi enam (togunggu') hingga tiga puluh (tagunggak) buah, bergantung kepada suku kaum. Muzik yang dikeluarkan menyerupai satu set gong sesuatu kumpulan, dengan setiap idiofon diselaraskan bunyinya mengikut gong sebenar yang dimainkan.


Fungsi idiofon bambu paluan ini dimainkan dalam kumpulan untuk mengiring tarian atau perarakan di pesta-pesta.

BANGAU sunting

Dikenali sebagai bungkau. Bangau distilahkan untuk pemain pemain sekolah di sabah. Imej menunjukkan perasmian sesuatu aktiviti oleh Jahid Jahim

Fungsi Bungau mempunyai 7 atau lebih bambu yang berbeza saiz kepanjangan, pecahan bambu yang ada melintang di bangau dan selipar dijadikan pemukul lubang .

TONGKUNGON sunting

Panjang tongkungon kira-kira dua kaki. Ianya dimainkan oleh kaum Dusun dan Kadazan di Tambunan, Penampang and Tuaran. Ianya diperbuat daripada buluh yang besar. Ia dibuat dari tiub buluh dengan jalur nipis dipotongpermukaannya untuk membentuk rentetan, yang boleh ditala dengan serpihan-serpihan kecil kayu / rotan pada akhir setiap tongkungon yang besar. Nama dan nombor tali inisesuai dengan gong utama.

Fungsi Tongkungon kebiasaannya dimainkan secara Solo dan hanya untuk hiburan persendirian. Walaupun begitu muzik yang dihasilkan oleh tongkungon juga boleh menemani tarian tanpa diiringi muzik berkumpulan Gong.[10]

TULARI sunting

Turali ialah sejenis alat erofon. Ia berasal dari Sabah dan cukup popular bagi masyarakat pribumi. Ianya diperbuat daripada buluh sumbiling. Tak seperti Suling, Tulari ini dimainkan melalui Hidung.

Panjang alat ini ialah kira-kira satu meter dan ada yang mencapai dua meter. Lebih panjang alat tersebut maka bunyi yang dihasilkan ialah ‘low pitch’ manakala makin pendek alat tersebut akan menghasilkan bunyi yang lebih tinggi ‘pitch’.[11] Lazimnya, Turali dimainkan ketika masyarakat etnik Kadazan-Dusun menghadapi mala petala seperti kematian. Etnik Rungus di Kudat dan etnik Lundayeh di Sipitang juga merupakan alat Muzik yang digunapakai di masa-masa menyambut ketibaan tetamu undangan di majlis majlis keramaian.

ANGKLUNG sunting

 

Alat ini ramai dikenali di indonesia, tetapi pemain muzik di sabah juga mengunakan alat ini kerana alat ini mencantikan lagi kesedapan lagu yang dimainkan tersebut.

Fungsi Angklung di perbuat dari bambu, mempunyai beberapa saiz untuk digetarkan.

SUNDATANG/GAGAYAN sunting

 

Sundatang ialah sejenis alat bertali yang berkembang di Sabah yang diperbuat daripada kayu keras yang ditebuk badannya dan menggunakan prinsip yang sama seperti alat muzik Sarawak (Sape).[12] Kayu yang digunakan untuk menghasilkan sundatang ialah dari kayu bernama tembailing atau kayu nangka. Ia mempunyai dua atau tiga tali loyang diperbuat dari akar polon.Sundatang merupakan alat muzik yang bertali dan biasanya sebanyak 2 tali akan digunakan untuk menghasilkan alat muzik sundatang ini. Kayu yang digunakan untuk membuat sundatang juga hendaklah menggunakan kayu yang keras agar ianya tahan lama.

Fungsi:Kebiasaannya sundatang digunakan dan dimainkan ketika masa lapang agar dapat menghilangkan rasa bosan. Kadangkala sundatang juga dimainkan dipersembahan kebudayaan[13].Sundatang juga sering dipersembahkan untuk muzik hiburan. Pada masa silam dahulu sundatang dipersembahkan bagi menandakan kesedihan di atas kematian seseorang dari keluarga Seseorang dari keluarga terdekat.

Cara bermain sunting

Sompoton mempunyai 7 not.[14] Tiupan terhadap Sompoton boleh menghebus dan menarik nafas berulang-ulang kali.

Bangau juga mempunyai 7 not. Not-notnya telah dilebelkan mengikut saiz kepanjangannya.

Suling dan teruli menggunakan nafas. Alat ini sesuai dimainkan Melodi lagu. Alat muzik ini mengantikan suara penyanyi.


Kumpulan Muzik Bambu di Sabah sunting

  1. Kinabalu Merdu Sound https://www.youtube.com/watch?v=aDtU7QAbJGY
  2. Suara Buluh Perindu https://www.youtube.com/watch?v=lA8ejhrpR1U
  3. Sarakit Bambu

Galery walk & lagu² muzik bambu sunting

Senarai lagu-lagu:

  • Sayang Kinabalu
  • Jambatan Tampaluri
  • Aki Odu
  • Tanak Kampung
  • Gangnam Style
  • Cinta terbaik
  • Kotobian doid tadau kaamatan
  • Rumandawi
  • xiao-xiao ping kuo
  • Tak tungtuang
  • (lain-lain lagi)

Rujukan sunting

  1. ^ Alat Muzik Bambu di Youtube, disiarkan pada 24 November 2019 dari Chanel Azleezah Kaimi.
  2. ^ "Warisan Budaya Bangsa"
  3. ^ "Irama daripada buluh jadi orkestra alam"dikarang oleh Berita Harian, oleh Mohd Izham Unnip Abdullah - Julai 25, 2016
  4. ^ Pengenalan Sompoton.
  5. ^ Sompoton, dari faizuddin blogspot.
  6. ^ Keunikan sejarah Sompoton,dan cara buat yang unik, dihasilakn oleh bilangbosku.com pada 12 April 2020.
  7. ^ "Babadon" karya music world.
  8. ^ Lihat kumpulan babadon di Youtube.
  9. ^ Suling dari JKKN Malaysia.
  10. ^ Tongkungong dari JKKN Malaysia.
  11. ^ Tulari dari JKKN Malaysia.
  12. ^ Lihat Sapeh, Sape dan Sundatang.
  13. ^ Sundatang
  14. ^ Cara Bermain sompoton. Klik Sini.

Lihat juga sunting

  1. Irama daripada buluh jadi orkestra alam [1]
  2. Kinabalu Bamboo Orchestra (OMBAK)[2]

Sumber sunting