Perkataan muzik tema seringkali merujuk kepada sebuah rancangan radio, rancangan televisyen atau filem. Tema ini merupakan sebuah komposisi muzik yang ditulis khas buat sesebuah rancangan dan selalunya dimainkan semasa pembukaan rancangan tersebut dan/ataupun semasa penghujungnya. Jika lagunya diiringi oleh lirik, seringkali disamakan dengan rancangan itu, maka istilah lagu tema digunakan.

Perkataan lagu tema boleh juga digunakan untuk merujuk kepada sesebuah lagu yang telah dikaitkan dengan seseorang artis; seringkali dimainka apabila mereka melawat atau memasuki sesuatu tempat. Antara contoh yang boleh diberikan termasuklah: Presiden Amerika Syarikat dengan lagunya yang berjudul "Hail to the Chief"; Bob Hope dengan lagunya "Thanks for the Memory"; Frank Sinatra dengan lagunya "New York, New York" dan "My Way"; Liberace dengan lagunya "I'll Be Seeing You."

Peranan sesebuah lagu tema juga dikaitkan kepada leitmotif.


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.