Muzium Albert Hall

Muzium Albert Hall (juga dikenali sebagai Muzium Kerajaan Pusat) merupakan sebuah muzium di bandaraya Jaipur di negeri Rajasthan, India. Bangunan ini terletak di dalam kawasan Taman Ram Niwas dan ia adalah contoh yang baik untuk senibina Indo-Saracen. Direka oleh jurutera berketurunan Inggeris, Sir Samuel Swinton Jacob dan dibuka sebagai muzium awam pada tahun 1887. Antara koleksi artifak yang tersimpan dalam muzium ini adalah lukisan, permaidani, patung logam dan kristal yang berwarna-warni.

Muzium Albert Hall
Pemandangan Muzium Albert Hall ketika waktu malam
Map
Maklumat am
Ditubuhkan6 Februari 1876
JenisMuzium sejarah
Maklumat geografi
Lokasi
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Menara kubah muzium.

Pada asalnya, Maharaja Ram Singh ingin menjadikan muzium ini sebagai dewan bandar tetapi penggantinya, Madho Singh II, memutuskan supaya ia dijadikan sebagai sebuah muzium untuk kesenian Jaipur dan dimasukkan sebagai sebahagian daripada Taman Ram Niwas yang baru. Nama bangunan ini diambil sempena nama Raja Edward VII (turut dikenali sebagai Albert Edward) yang pernah berkunjung di Jaipur sebagai Putera Wales ketika itu. Batu asas bangunan muzium ini diletakkan oleh beliau pada 6 Februari 1876.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ "Jaipur City (or Jainagar)". Gazetir Imperial India. 1909. m/s. 402.

Pautan luar sunting