Muzium Beruas
  • Artifak yang ditemui oleh orang kampung telah dikaji semula. Beberapa artifak-artifak sejarah telah ditemui. Artifak-artifak ini disimpan oleh Muzium Negara. Pihak Jabatan Muzium merasakan kesemua penemuan tersebut perlu ditempatkan di sebuah Muzium yang dinamakan Muzium Beruas, sementara kajian-kajian seterusnya dibuat dari semasa ke semasa.
  • Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia melalui Jabatan Muzium dan Antikuiti menggunakan peruntukan Rancangan Malaysia ke-6 telah membiayai Muzium Beruas.
  • 23 Mei 1995, Muzium Beruas diserahkan oleh Ketua Pengarah Muzium Negara kepada Kerajaan Perak.