Muzium Chetti adalah sebuah muzium di Bandaraya Melaka, Melaka, Malaysia. Muzium ini adalah mengenai masyarakat minoriti Chitty yang terdapat di Malaysia dan Singapura. Muzium ini terletak di kawasan Kampung Chitty.[2][3][4][5][6][7]

Muzium Chetti
موزيوم چيتي
Map
Maklumat umum
JenisMuzium
LokasiJalan Gajah Berang, Bandaraya Melaka, Melaka, Malaysia
Pembukaan5 August 2003
PengurusanValliammai A. Sinnaperumal (kurator)[1]

Sejarah sunting

Golongan Chitty sebelum ini berkeinginan untuk membina sebuah muzium tetapi ditekan oleh krisis kewangan Asia 1997. Lawatan pada Jun 2000 oleh Tan Sri Datuk Seri Haji Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka ketika itu, memperoleh pembiayaan yang diperlukan untuk menubuhkan muzium itu.[8][9] Pembinaan muzium ini dibiayai oleh Kerajaan Negeri Melaka dan siap pada September 2002. Ia dibina oleh Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM). Muzium ini dibuka pada 5 Ogos 2003 untuk memperkenalkan budaya masyarakat Chitty.[10]

Seni bina sunting

Muzium ini ditempatkan di rumah Chitty tradisional yang telah diubahsuai oleh PERZIM.

Pameran sunting

Muzium ini mempamerkan semua maklumat mengenai masyarakat Chitty. Ia menempatkan koleksi artifak dan arkib kehidupan seharian orang Chitty, mulai dari sejarah, kuil, pakaian, pemegang amanah, makanan, budaya, urusan agama dll.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Tidak bertutur bahasa Tamil". Utusan Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-12. Dicapai pada 2018-10-16.
  2. ^ "Sebelum Chetti masuk muzium". Free Malaysia Today.
  3. ^ "Chetty Museum - Malaysia TravelPedia". malaysiatravelpedia.com.
  4. ^ "Berita Harian - Jiwa Chetti Melaka". bharian.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-07. Dicapai pada 2018-10-16.
  5. ^ http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0227&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm
  6. ^ "Cambah seni budaya bangsa - Utusan Sarawak Online". utusansarawakonline.com.
  7. ^ "Chitty Village - Jalan Gajah Berang, Melaka". malaysia-traveller.com.
  8. ^ Daniel, Timothy P. (2005). Building Cultural Nationalism in Malaysia: Identity, Representation, and Citizenship. New York: Routledge. m/s. 108–109.
  9. ^ "Museum for Chitty Community", New Straits Times, m/s. 17, 15 May 2000, dicapai pada 20 July 2015 More than one of |work= dan |newspaper= specified (bantuan)Lebih daripada satu |work= dan |newspaper= dinyatakan (bantuan); Lebih daripada satu |accessdate= dan |access-date= dinyatakan (bantuan)
  10. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-07. Dicapai pada 2018-10-16.