Muzium Islam Melaka

Penubuhan Muzium Islam Melaka bertujuan menjadikannya sebagai pusat pengumpulan, penyelidikan, pemuliharaan dan pameran koleksi bahan yang berorientasikan Islam sejajar dengan peranan Melaka sebagai Pusat Penyebaran Islam di Nusantara suatu ketika dulu dan perkembangan Islam di Malaysia dewasa ini.

Muzium Islam Melaka

Muzium Islam Melaka ditempatkan di bangunan lama Pejabat Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Jalan Kota, Melaka. Rekabentuk dalaman muzium ini berkonsepkan imbasan suasana kegemilangan Islam di Melaka dan Nusantara dengan memaparkan gabungan identiti kesenian Islam secara global dan kesenian Islam di Nusantara khususnya Melaka.

Kaedah pameran dan penyampaian maklumat pula diolah melalui lapan ruang pameran utama yang jelas turutannya dengan tema-tema tertentu. Ini untuk memudahkan para pelawat memahami mesej, perjalanan sejarah dan pengalaman yang ingin disampaikan.

Antara koleksi yang dipamerkan adalah replica Al-Quran terawal, sejarah masjid, replica pedang Rasulillah S.A.W.


Bayaran Masuk sunting

Dewasa : RM3
Kanak-kanak/Pelajar(umur 7-12) : RM2

Waktu Operasi sunting

5.30 petang (Ditutup pada hari Isnin)

Lihat juga sunting

Pautan Luar sunting