Muzium Lukut telah dibuka secara rasminya kepada orang ramai pada 9 April 1999 oleh Menteri Besar Negeri Sembilan ketika itu iaitu Tan Sri Isa Abdul Samad. Objektif kewujudan muzium ini ialah sebagai tanggungjawab bagi memulihara warisan sejarah negara dan memaparkan sejarah Lukut dari kurun ke-19 hingga 1880 iaitu sehingga Lukut diserap ke dalam Sungai Ujong, Negeri Sembilan. Muzium Lukut terletak kira-kira 12 km dari bandar Port Dickson, Negeri Sembilan dan 78 km dari Kuala Lumpur, Malaysia.

Muzium Lukut
Lukut Museum and Fort.JPG
Kota dan Muzium Lukut
Maklumat geografi
Lokasi
Lot 730, Kota Lukut, Lukut, 71010 Port Dickson, Negeri Sembilan
Maklumat pelawat
Laman sesawang
sunting
Lihat pendokumenan templat ini


Muzium Lukut dibuka dari jam 9:00 pagi hingga 6:00 petang setiap hari secara percuma. Muzium Lukut mempunyai beberapa galeri pameran antaranya Galeri A : Galeri Sejarah Lukut, Galeri B : Galeri Negeri Sembilan, Galeri C & D : Galeri Teknologi Pembuatan Masyarakat Tradisional.

Objektif PenubuhanSunting

  1. Mengimbas kembali sejarah kegemilangan Lukut serta tokoh-tokohnya dalam peristiwa sejarah negara untuk generasi seterusnya, serta menonjolkan elemen-elemen penting pertalian Lukut dengan senario politik di sekelilingnya.
  2. Memelihara dan mengumpul sejarah kebudayaan negara termasuk artifak, dokumen dan monumen serta lain-lain tinggalan Kota Lukut untuk terus dipelihara dan disimpan.
  3. Memperlihatkan fungsi dan kehebatan Kota Lukut sebagai sebuah kubu pertahanan yang melambangkan keunikan senibina tamadun Melayu.
  4. Menarik minat masyarakat dan para pelawat agar terus mencintai sejarah kebudayaan negara seterusnya mendapat pengiktirafan yang sewajarnya.
  5. Memberi maklumat kepada penyelidik dan pencinta sejarah yang seterusnya diharapkan dapat menggiatkan usaha-usaha ke arah pendokumentasian sejarah yang berkaitan.

PaparanSunting

 
Risalah Muzium Lukut

Muzium ini dibina bagi meletakkan pelbagai artifak yang ditemui di Kota Lukut, yang merupakan monumen sejarah yang perlu dipelihara untuk tatapan generasi akan datang. Pelbagai koleksi dan tokoh terbabit dalam sejarah Lukut dijelmakan semula dalam bentuk ilustrasi, gambar dan artifak. Kota ini menunjukkan bangsa Melayu mempunyai tamadun yang membanggakan. Sejak wujudnya Akta Warisan Kebangsaan 2005, Kota Lukut telah dipertanggungjawabkan di bawah Jabatan Warisan Negara. Manakala aspek urusan dan pentadbiran serta program Muzium Lukut pula telah dipertanggungjawabkan kepada Jabatan Muzium Malaysia.