Muzium Negara Singapura

Muzium Negara Singapura ialah muzium yang tertua di Singapura. Sejarahnya bermula sejak tahun 1849, apabila ia bermula sebagai satu bahagian perpustakaan di Institusi Singapura dan dipanggil sebagai Perpustakaan dan Muzium Raffles. Selepas beberapa penempatan semula, pada 1887 ia berpindah ke sebuah tapak tetap di Stamford Road di Kawasan Rancangan Muzium.

Muzium Negara Singapura
موزيوم نڬارا سيڠاڤورا
  • National Museum of Singapore
  • 新加坡国家博物馆
Muka bangunan Muzium Negara
Map
Muzium Negara Singapura is located in Bumi
Muzium Negara Singapura
Muzium Negara Singapura (Bumi)
Lokasi muzium
Maklumat am
Nama lama
  • Perpustakaan dan Muzium Raffles
  • Muzium Sejarah Singapura
Ditubuhkan1849; 175 tahun yang lalu (1849)
Maklumat pentadbiran
PemilikLembaga Warisan Negara
Maklumat geografi
Negara Singapura
Kawasan perancangan
Kawasan Perancangan Muzium
Lokasi
93 Stamford Rd, Singapura 178897
Koordinat1°17′48.2″N 103°50′55.1″E / 1.296722°N 103.848639°E / 1.296722; 103.848639Koordinat: 1°17′48.2″N 103°50′55.1″E / 1.296722°N 103.848639°E / 1.296722; 103.848639
Maklumat pelawat
Laman sesawang
Ditetapkan14 Februari 1992
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Muzium tersebut menumpu pada pameran-pameran berkaitan sejarah Singapura. Ia adalah salah satu daripada empat muzium negara di dalam negara, tiga muzium lain merupakan dua Muzium Tamadun Asia di Bangunan Empress Place dan Sekolah Tao Nan Lama serta Muzium Seni Singapura. Nama "Muzium Negara" mula diguna pakai pada 1965; di antara tahun 1993 hingga Mac 2006, ia pernah dikenali sebagai Muzium Sejarah Singapura.

Muzium Negara Singapura menjalani proses baik pulih selama tiga setengah tahun dan dibuka semula pada 2 Disember 2006, dengan acara pembukan semula rasmi oleh Presiden ketika itu, S. R. Nathan.


Pautan luar

sunting