Muzium Negeri Terengganu

Muzium Negeri Terengganu yang lebih dikenali dengan nama Muzium Losong dalam kalangan penduduk tempatan ini[3] terletak di kawasan seluas 23 hektar di Kampung Bukit Losong, Paloh, Kuala Terengganu.[4] Arkitek yang memjalankan projek ialah Raja Kamarul Bahrin iaitu pemilik Senibahri Arkitek.

Muzium Negeri Terengganu
موزيوم نڬري ترڠڬانو
Logo Muzium Negeri Terengganu
Map
Maklumat am
Ditubuhkan1976
JenisMuzium sejarah
Maklumat pentadbiran
PengarahHaji Che Muhamad Azmi bin Ngah[1]
Maklumat geografi
Negara Malaysia
Negeri
Bandar raya
Lokasi
Kampung Bukit Losong, Paloh, Kuala Terengganu, Terengganu
Maklumat pelawat
Bilangan pelawat
159,000 orang (2018)[2]
Laman sesawang
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Visi & Misi sunting

Berikut adalah[5]
Visi

  • Menjadikan Muzium Negeri Terengganu Muzium Terbaik di Malaysia Menjelang 2020

Misi

  • Memperkasakan Muzium Sebagai Pusat Rujukan Warisan Sejarah dan Budaya Negeri Melalui Amalan Pemuziuman Yang Kreatif dan Inovatif Kepada Stakeholder dan Pelanggan

sunting

Berikut adalah[6]

Bentuk Lambang sunting

  • Berbentuk 6 segi melambangkan 6 daerah dalam Negeri Terengganu.

Ukiran Tepi Keliling sunting

  • Berukiran awan larat perang melambangkan seni tradisi Terengganu.

Tanah Hijau sunting

  • Simbol keislaman yang berkekalan dari zaman dahulu lagi.

Jata Kebesaran Negeri Terengganu sunting

  • Mahkota yang mengandungi pedang, keris panjang, cokma, Al-Quran, buku undang-undang, tampan wali, bulan bintang melambangkan pemerintahan DiRaja yang beragama Islam.

Batu Bersurat sunting

  • Melambangkan warisan sejarah kedatangan Islam di Terengganu.

Keliling Tepi Putih Hitam sunting

  • Putih menunjukkan negeri di bawah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan
  • Lingkungan hitam menunjukkan rakyat

Sejarah sunting

Muzium Negeri Terengganu ini ditubuhkan pada tahun 1976 di bawah Enakmen Bil. 9 Tahun 1976. Kemudian, ianya berkuatkuasa pada 1 November 1977 selepas Dewan Undangan Negeri meluluskannya pada 28 Disember 1976.

Perjalanan muzium ini bermula dengan sejarah Syed Hussein Ghulam Al Bukhari menjumpai Batu Bersurat Terengganu di Kampung Buloh, Hulu Terengganu pada tahun 1902. Pada tahun 1923, Batu Bersurat itu kemudiannya dibawa ke Singapura untuk disimpan dan dipamerkan di Muzium Gambar Raffles. Pembentukan sebuah jawatankuasa yang menguruskan hal ehwal berkaitan penubuhan Muzium Negeri dilakukan pada 3 Februari 1974.

Pentadbiran Muzium Negeri terletak di bawah bidang kuasa Bahagian Pentadbiran, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu. Pada tahun 1979, usaha mengumpulkan bahan bersejarah telah dipergiatkan. Pada tahun 1981, Muzium Negeri diterajui oleh seorang kurator yang telah dilantik. Kemudian jawatan ini telah ditingkat kepada jawatan Pengarah ketika menjelang tahun 1985.

Pada bulan Julai 1992, Muzium Negara telah menyerahkan kembali Batu Bersurat Terengganu kepada Kerajaan Negeri Terengganu. Pada bulan April 1994, segala urusan pentadbiran, pengurusan dan pameran telah berpindah ke lokasi Kompleks Muzium Negeri Terengganu sekarang ini.[7]

Pada 16 Jun 2020, Muzium Negeri Terengganu mula dibuka kepada orang ramai walaupun Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) telahpun bermula pada 10 Jun 2020 yang lalu disamping mematuhi prosedur keselamatan yang ditetapkan.[8]

Rujukan sunting

  1. ^ Pengurusan Tertinggi Muzium
  2. ^ Muzium Negeri Sasar 200,000 Pelawat Tahun 2019
  3. ^ Cantiknya Muzium Negeri Terengganu
  4. ^ "Sejarah Muzium". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-06-22. Dicapai pada 2019-06-22.
  5. ^ "Profil Muzium". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-06-22. Dicapai pada 2019-06-22.
  6. ^ "Makna Logo Muzium". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-06-22. Dicapai pada 2019-06-23.
  7. ^ "Sejarah Muzium". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-06-22. Dicapai pada 2019-06-22.
  8. ^ FB Terengganu State Museum - Posting bertarikh 24 Jun 2020

Pautan luar sunting