Muzium Nelayan Tanjung Balau
Muzium Nelayan Tanjung Balau ini merupakan satu-satunya muzium yang menceritakan tentang sejarah peradaban nelayan di Malaysia. Ia dibina di Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor, Malaysia oleh Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora). Muzium ini menyimpan dan mempamerkan pelbagai khazanah sejarah nelayan tradisional di Malaysia terutamanya di Pantai Timur seperti sejarah upacara nelayan, perahu tradisional, jaring, pancing, bubu dan lain-lain. Kompleks muzium ini mempunyai 4 galeri tambahan lain iaitu Galeri Geologi, Galeri Keselamatan Laut, Galeri Kapal Karam Desaru dan Galeri Terowong Masa KEJORA.
Muzium Nelayan Tanjung Balau | |
---|---|
![]() | |
Maklumat umum | |
Jenis | Muzium |
Lokasi | Tanjung Balau, Daerah Kota Tinggi, Johor, Malaysia |
Negara | Malaysia ![]() |
Koordinat | 1°37′N 104°15′E ![]() |
Pembinaan bermula | 20 Ogos 1990 |
Disiapkan pada | 8 Julai 1992 |
Pembukaan | 1992 |
Pembiayaan | MYR1.48 juta |
Butiran teknikal | |
Keluasan tingkat | 8 hektar |
Maklumat lain | |
![]() | |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Sejarah
suntingPembinaan muzium ini bermula pada 20 Ogos 1990 dan disiapkan pada 8 Julai 1992 dengan jumlah kos MYR1.48 juta. Ia dirasmikan oleh DYMM Tuanku
Pameran
suntingMuzium ini turut membincangkan mengenai kaedah dan kemahiran nelayan dahulu serta pengetahuan yang mereka perlukan untuk belayar. Antaranya adalah pengetahuan dalam melihat bintang serta maksud yang dibawa oleh keadaan bintang tersebut. Selain itu, ia turut menerangkan mengenai amalan-amalan para nelayan dahulu kala sebelum mereka turun ke laut.
Waktu beroperasi
suntingMuzium ini dibuka setiap hari Isnin hingga Ahad dari 9:00 a.m. hingga 6:00 p.m.[1] kecuali pada Hari Jumaat, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. Tiket masuk adalah sepertimana berikut :-
A) Warganegara :
i) Dewasa (18 - 39 Tahun) : RM 5.00
ii) Kanak-Kanak (7 - 12 Tahun) : RM 2.00
iii) OKU & Warga Emas : PERCUMA
iv) Pelajar Sekolah Beruniform : RM 1.00
B) Bukan Warganegara :
i) Dewasa (18 - 39 Tahun) : RM 10.00
ii) Kanak-Kanak (7 - 12 Tahun) : RM 5.00
iii) Warga Emas (40 Tahun ke atas) : RM 10.00
iv) OKU : Percuma
Muzium Nelayan Tanjung Balau turut menerima tempahan mengadakan aktiviti berkumpulan seperti Explorace dan pelbagai aktiviti menarik yang lain.Muzium ini dikawalselia oleh seorang Penolong Kurator iaitu Encik Muhammed Iqbal bin Rosli bersama 4 anggota tetap muzium iaitu 2 pembantu muzium, seorang pembantu am pejabat dan seorang pekerja awam. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pihak KEJORA di talian 07-8843000.
Pautan luar
sunting- Facebook Muzium Nelayan Tanjung Balau
- Muzium Nelayan Tanjung Balau[pautan mati kekal]
- Muzium Nelayan Tanjung Balau
- ^ Mohd. Arsad, Maznah (23 February 2010). "Muzium paparkan kehidupan nelayan" (dalam bahasa Malay). Utusan Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-10-21. Dicapai pada 20 October 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)