Muzium Samudera

muzium di Melaka Tengah, Melaka, Malaysia
(Dilencongkan dari Muzium Samudera Fasa II)

Muzium Samudera terletak berhampiran muara Sungai Melaka di Bandar Raya Melaka, negeri Melaka, Malaysia.[1][2][3] Ia bertujuan menggambarkan tentang peranan negara Malaysia dalam sejarahnya sebagai pusat perdagangan masa lampau melalui Kesultanan Melayu Melaka dan perkembangan kegiatan maritim serantau sepanjang zaman kesultanan tersebut serta penjajahan Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun di Tanah Melayu. Turut dipamerkan ialah lukisan, peta lama, model kapal dan artifak berkaitan maritim dan perdagangan di Melaka.

Pintu masuk Muzium Samudera Fasa I berbentuk kapal Portugis di Jalan Quayside, Melaka.

Ia merupakan muzium paling dilawati dalam Melaka dengan sebanyak kira-kira 20,000 orang pengunjung sebulan.[4]

Bahagian sunting

Fasa pertama sunting

Bahagian pertama menempatkan replika kapal kerakah Flor de la Mar milik Portugis pada Zaman Penjelajahan, replika ini berukuran 34 meter tinggi, 36 meter panjang dan 8 meter lebar. Fasa ini dibina pada awal tahun 1990 dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 13 Jun 1994.

Fasa kedua sunting

 
Muzium Samudera II, Melaka.

Fasa kedua muzium ini terletak di bangunan gudang lama Guthrie dibaik pulih Jabatan Kerja Raya bersebelahan replika Flor de La Mar, ia merupakan struktur bersambungan dari binaan Muzium Samudera terdahulu. Muzium ini diperlengkapkan dengan pameran alam samudera. Ia meliputi beberapa tema seperti penerokaan samudera, kehidupan di laut, khazanah dari laut dan yang terbaru sekali adalah pameran WWF.

Fasa kedua muzium ini telah dibuka kepada orang ramai bermula dari 23 Mei 1998. Majlis pra-pembukaannya telah disempurnakan oleh YB Datuk Poh Ah Tiam, Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar. Ruang pamerannya menggunakan teknologi audio dan pencahayaan khas yang moden dangan tema-tema yang berkaitan dengan dunia maritim.

Pameran-pameran yang ada dalam fasa ini lebih menumpu kepada keperibadian alam samudera dan kaitannya dengan alam kemanusiaan yang mengambil kira proses ketamadunan dan perubahan teknologi yang seiring dengan arus pembangunan moden negara.

Waktu operasi sunting

  • Isnin hingga Khamis: 9.00 pagi - 5.30 petang
  • Jumaat hingga Ahad: 9.00 pagi - 9.00 malam

Bayaran masuk ialah RM 10.00 (dewasa) dan RM 5.00 (kanak-kanak).

Hubungi sunting

Kurator
Kompleks Muzium Maritim
Perbadanan Muzium Melaka
Tel: 06-2830926
E-mel: admin@perzim.gov.my

Rujukan sunting

  1. ^ "Virtual Museum Melaka". virtualmuseummelaka.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-03. Dicapai pada 2015-02-07.
  2. ^ "Maritime Museum Melaka - Malaysia Tourist & Travel Guide". attractionsinmalaysia.com.
  3. ^ http://www.malacca.ws/attractions/maritime-muzeum.htm
  4. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-08. Dicapai pada 2015-07-26.CS1 maint: archived copy as title (link)

Pautan luar sunting