Muzium Seni Asia merupakan sebuah muzium yang terletak di Universiti Malaya,Kuala Lumpur.

Muzium Seni Asia

Muzium Seni Asia telah dibuka secara rasmi pada tahun 1980 dan ditempatkan di dalam bangunan tiga tingkat yang terletak di antara Fakulti Undang-undang dan Fakulti Ekonomik dan Pentadbiran.

Muzium ini memuatkan sehingga 2,000 kepingan seramik dari Malaysia, Thailand, Kemboja, Vietnam, China, Jepun, India dan Iran.

Selain seramik, muzium ini juga mempunyai koleksi kendi terbesar di dunia dan artifak bersejarah seperti keris picit yang dikatakan dibentuk dengan menggunakan jari.

Pautan luar sunting