Muzium Warisan Sejarah Kuala Lipis

Muzium Warisan Sejarah Kuala Lipis terletak di Bukit Bius, Kuala Lipis, Pahang. Ia merupakan rumah kelahiran Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib bin Abdul Razak. Asalnya bekas rumah kediaman Setiausaha Kerajaan (SUK) Pahang.

Beberapa galeri disediakan seperti sejarah daerah Lipis, sejarah bangunan, sejarah penjajahan British, sejarah Kesultanan Melayu Pahang, tokoh politik daerah, pejuang kemerdekaan daerah, makanan tradisional Lipis dan sejarah perlombongan emas daerah Lipis.

Rumah banglo dua tingkat ini dibina pada 1920-an. Tun Abdul Razak Hussein semasa menjadi SUK Pahang pernah mendiami rumah ini. Ia juga merupakan tempat kelahiran anaknya Najib.

Yang Dipertua Majlis Daerah Lipis (MDL) Datuk Abu Jamal Nordin menyatakan kos pemuliharaan sejak 13 November 207 hingga 12 Mei 2008 ialah RM1 juta. RM640,000 diperlukan untuk kerja-kerja akhir melengkapkan muzium. 14 bangunan lain di Kuala Lipis turut diwartakan sebnagai bangunan warisan.

Pada 21 Mac 2010, Datuk Seri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor serta Tun Rahah Mohammad Noah meluangkan masa melawat muzium ini.[1]

RujukanSunting


Pautan luarSunting