My (stesen radio)
My (dahulu dikenali sebagai My FM)[1] merupakan stesen berbahasa Cina di Malaysia yang mula bersiaran pada 1 Ogos 1998. Ia adalah stesen radio ketiga yang berbahasa Cina di Malaysia, dan stesen radio swasta bahasa itu yang kedua, selepas Redi-FM (sekarang 988) memulakan siaran pada Disember tahun sebelumnya, setelah sebelum ini menjadi stesen radio tiga bahasa. Ia menggantikan TalkRadio yang muncul di gelombang FM Malaysia pada bulan Februari 1997 setelah sebelum ini menjadi salah satu saluran bunyi sahaja di Astro.
Bandar | Kuala Lumpur Kota Kinabalu Kuching |
---|---|
Kawasan penyiaran | Malaysia, Singapura dan Brunei |
Slogan | MY, 好玩! (MY, lebih menyeronokkan!) |
Tarikh siaran pertama | 1 Jun 1996 (Saluran Astro 853) 1 Januari 1997 (Talk Radio) 1 Ogos 1998 (My Semenanjung Malaysia) 25 Oktober 2010 (My Sarawak) 1 Disember 2010 (My Sabah) |
Tarikh siaran terakhir | 1 Oktober 2023 (My Sabah & Sarawak) |
Bahasa | Bahasa Mandarin (Utama) Bahasa Kantonis (Utama) Bahasa Hakka (Siaran Sabah) |
Pengenal terdahulu | Talk Radio (1 Januari 1997 - 31 Julai 1998) My FM (1 Ogos 1998 - 31 Disember 2017) |
Pemilik | Astro Radio (Measat Radio Communications Sdn Bhd) |
Saluran kembar | |
Siaran web | audio1 |
Tapak web | my |
MY terus mendominasi pasaran pendengar berbangsa Cina sebagai stesen radio berbangsa Cina nombor satu dengan dua juta pendengar setiap minggu pada 2013. Fokus stesen radio ini adalah untuk semua golongan umur, tetapi setelah Astro Radio memperkenalkan radio Melody FM (akhiran FM digugurkan mulai Januari 2018), ia telah bertukar kepada stesen radio untuk pendengar muda. MY kini merupakan salah satu daripada dua radio berbahasa Cina yang dimiliki oleh AMP Radio Networks, setelah Melody FM mula bersiaran pada Ogos 2012. Beberapa penyampai dari stesen radio MY juga berpindah ke radio yang baru ditubuhkan itu.
Dengan perubahan nama kepada MY pada Januari 2018 yang turut menyaksikan perubahan logo dan tumpuan kepada media digital, cogankata baru MY untuk tahun 2018 adalah MY 好玩! (MY, lebih menyeronokkan!)[perlu rujukan]
Pada 1 Oktober 2023, My FM serta Hitz FM Sabah & Sarawak ditamatkan siaran. Kandungan siaran ini akan digantikan dengan siaran Semenanjung.
Pergantian nombor Sunting
Pada 1 Jun 1996, My dapat boleh didengar melalui Astro di saluran 308.
Pada 1 November 1999, My telah dinomborkan semula dari saluran 308 ke saluran 109.
Pada tanggal 1 Oktober 2007, My akan diubah nombor memperkenalkan menjadi 3 digit iaitu 853.
Frekuensi Sunting
Radio Sunting
MY Malaysia (1996-kini) Sunting
Frekuensi | Kawasan | Pemancar | Kuasa Pemancar |
---|---|---|---|
101.8 MHz | Lembah Klang | Gunung Ulu Kali | 2 kW |
99.7 MHz | Alor Setar, Kedah dan Perlis | Gunung Jerai | 2 kW |
Pulau Pinang | |||
100.2 MHz | Taiping, Perak | Bukit Larut | 2 kW |
100.6 MHz | Ipoh, Perak | Gunung Kledang | 2 kW |
100.6 MHz | Seremban, Negeri Sembilan | Gunung Telapak Buruk | 2 kW |
106.4 MHz | Melaka dan Johor Utara | Gunung Ledang | 2 kW |
95.4 MHz | Johor Bahru, Johor dan Singapura | Gunung Pulai | 2 kW |
Kota Batam, Kepulauan Riau, Indonesia | |||
100.1 MHz | Langkawi, Kedah | Gunung Raya | 2 kW |
101.1 MHz | Kuantan, Pahang | Bukit Pelindung | 2 kW |
101.2 MHz | Kuala Terengganu, Terengganu | Bukit Jerung | 2 kW |
102.3 MHz | Kota Bharu, Kelantan | Bukit Panau | 2 kW |
Televisyen Sunting
Platform TV | Saluran |
---|---|
Astro/NJOI | 853 |
MY Sarawak (2010-1 Oktober 2023) Sunting
Frekuensi | Kawasan siaran | Tapak pemancar | Kuasa Pemancar |
---|---|---|---|
96.9 MHz | Kuching, Sarawak | Bukit Djin | 2 kW |
103.2 MHz | Miri, Sarawak | Bukit Lambir | 2 kW |
MY Sabah (2010-1 Oktober 2023) Sunting
Frekuensi | Kawasan siaran | Tapak pemancar | Kuasa Pemancar |
---|---|---|---|
104.0 MHz* | Kota Kinabalu, Sabah | Bukit Karatong | 2 kW |
100.6 MHz* | Sandakan, Sabah | Bukit Trig | 2 kW |
- MY Sabah 104.0 MHz dari Bukit Karatong diganggu oleh Sabah V FM 104.1 MHz dari Bukit Pompod yang meliputi Kota Belud, Sabah dan kawasan sekitarnya namun, boleh didengari secara online melalui Aplikasi SYOK.
- MY Sabah 100.6 MHz dari Bukit Trig diganggu oleh Radio IKIM 100.7 MHz dari Gunung Andrassy meliputi Tawau, Sabah dan kawasan sekitarnya namun, boleh didengari secara online melalui Aplikasi SYOK.
Radio internet Sunting
Siarkan dalam talian di laman web dan Aplikasi SYOK
Rujukan Sunting
- ^ Astro.com.my. "Astro Radio refreshes 11 brands to deliver better value to fans | Press Release | Mediaroom | Astro". www.astro.com.my. Dicapai pada 2018-01-12.