My Indie Rock Darling

My Indie Rock Darling ialah filem bebas Malaysia 2007 arahan oleh Razaisyam Rashid. Filem ini mengisahkan tentang pengembaraan empat orang remaja ke Kuala Lumpur untuk menonton kugiran kegemaran mereka. Filem ini ialah satu rakaman kepada kebangkitan muzik indie sekitar 2005 hingga 2008.[1]

My Indie Rock Darling
PengarahRazaisyam Rashid
PenulisRazaisyam Rashid
Dihasilkan olehRewan Ishak
Syarikat
penerbitan
Redeoscape
Tarikh tayangan
2007
Masa tayangan
110 minit
NegaraMalaysia
BahasaInggeris

Pelakon sunting

  • Nas-T sebagai Nhaz
  • Fad Manaf sebagai Meng
  • Esham Shahlin sebagai Amy
  • Shafique Sharif sebagai Esman
  • Dira Abu Zahar sebagai Young Lady
  • Hedierman Abdul Rahman sebagai Baba
  • Mohd Khairul Ikhwan Rosli sebagai Karim
  • Ismawi Ishak sebagai Abang Rock
  • Cristina Suzanne Stockstill sebagai Hilda Nilsteroy
  • Abu Bakar Moin sebagai Pak Idris
  • Iddin Shah sebagai Abang Stopha
  • Nadzmi Musa sebagai Harun

Penerbitan dan keluaran sunting

Penggambaran dilakukan selama empat hari dan mengambil masa dua minggu untuk proses suntingan. Format asal ialah DV Pal. Filem ini pernah ditayangkan kepada umum di Urbanscape pada tahun 2008.

Rujukan sunting

  1. ^ 'My Indie Rock Darling' screening Time Out. Dicapai pada 13 Februari 2017.