My Neighbor Totoro

(Dilencongkan dari My Neighbour Totoro)


My Neighbor Totoro (Jepun: となりのトトロ, Hepburn: Tonari no Totoro, "Jiranku Totoro") merupakan sebuah filem anime fantasi dari tahun 1988 yang ditulis dan diarah oleh Hayao Miyazaki, terbitan Studio Ghibli untuk diedarkan oleh Tokuma Shoten. Ia mengisahkan dua adik-beradik bernama Satsuki dan Mei yang bersahabat dengan semangat hutan di kawasan desa Jepun selepas Perang Dunia Kedua. Filam ini memenangi anugerah Grand Prix Anime Animage, anugerah Filem Terbaik Mainichi dan anugerah Filem Terbaik Kinema Junpo, dan Anugerah Khas Blue Ribbon pada tahun 1988.

Tonari no Totoro
Poster Totoro
PengarahHayao Miyazaki
PenulisHayao Miyazaki
Dihasilkan olehToru Hara
DibintangiChika Sakamoto
Noriko Hidaka
Hitoshi Takagi
Tanie Kitabayashi
Shigesato Itoi
Sumi Shimamoto
SinematografiHisao Shirai
Disunting olehTakeshi Seyama
Muzik olehJoe Hisaishi
Diedarkan olehToho (Jepun)
Tarikh tayangan
16 April 1988 (Jepun)
Masa tayangan
86 minit
BahasaJepun

My Neighbor Totoro menerima sanjungan hebat daripada kalangan pengkritik, malah menjadi ikutan ramai setelah sekian lama dikeluarkan. Filemnya dan juga watak utamanya Totoro menjadi ikon budaya. Filem ini telah memperoleh kutipan seluruh dunia sebanyak US$41 juta setakat September 2019, di samping menjana kira-kira US$277 juta dari jualan video rumah dan US$1.142 billion dari jualan barang dagangan berlesen.

Majalah Empire menyenaraikan My Neighbor Totoro di tangga ke-41 dalam senarai "The 100 Best Films Of World Cinema" terbitan pada tahun 2010[1] manakala watak Totoro tersenarai di nombor 18 senarai "50 Best Animated Film Characters" oleh majalah yang sama.[2] Majalah Time Out pula menjadikan filem ini sebagai nombor satu dalam senarai filem animasi terulungnya.[3] My Neighbor Totoro juga merupakan filem animasi yang tertinggi rankingnya dalam tinjauan pengkritik mengenai filem terulung sepanjang zaman oleh Sight & Sound pada tahun 2012.[4] Watak Totoro juga diangkat sebagai maskot Studio Ghibli dan juga merupakan antara wajah-wajah anime yang paling terkemuka dalam bidang animasi Jepun. Watak Totoro menduduki tangga ke-24 dalam senarai 25 watak anime terunggul IGN.[5]

Plot sunting

Satsuki dan adiknya Mei berpindah bersama ayah mereka ke perkampungan tani sementara menunggu ibu mereka yang menerima rawatan di hospital. Tempat tinggal baharu mereka merupakan rumah usang yang dipenuhi oleh makhluk halus hitam yang kecil-kecil. Nenek jiran sebelah menerangkan kepada adik-beradik bahawa makhluk itu ialah "pari-pari jelaga" yang hanya boleh dilihat oleh kanak-kanak dan tidak akan membahayakan sesiapa, tetapi ia akan berpindah keluar sebaik sahaja rumah mereka dihuni orang baharu.

Nenek jiran sebelah mempunyai seorang cucu lelaki bernama Kanta yang bakal menjadi rakan sesekolah dengan Satsuki. Ketika sekolah Satsuki bercuti, Satsuki dan Mei mengambil kesempatan untuk menziarahi ibu mereka ke hospital untuk menceritakan tentang penemuan pari-pari jelaga di rumah baharu mereka di samping memberi semangat kepada si ibu untuk cepat sembuh.

Pada suatu hari, Mei bermain seorang diri di halaman rumah dan menemui suatu hidupan yang aneh, lalu mengejarnya ke dalam hutan tebal, di mana berbaringnya seekor lagi makhluk aneh yang mirip tetapi jauh lebih besar daripada makhluk yang tadi. Mei bertanya kepada makhluk besar apa namanya, dijawab dengan serangkai tiga raungan lantang yang didengarkan oleh Mei seperti "Totoro". Selepas itu, Mei dijumpai tertidur di tengah semak menceritakan tentang Totoro kepada Satsuki dan ayah, maka mereka pun masuk mencari-cari tetapi tidak terjumpa kelibatnya. Mei berkeras bahawa Totoro memang wujud, dan ayahnya pun memujuknya bahawa Totoro ialah penjaga hutan yang tidak boleh dijumpai sesiapa bila-bila masa pun. Sungguhpun begitu, Satsuki juga menaruh harapan untuk bertemu dengan Totoro.

Kemudian, pada suatu malam di musim tengkujuh, apabila Satsuki dan Mei menunggu kepulangan ayah di perhentian bas, munculnya Totoro yang menutup kepala dengan daun. Satsuki meminjamkan payung hitam milik ayah kepada Totoro yang lencun, dan Totoro pula membalas budi dengan bungkusan daun yang berisi benih pokok sebelum menaiki makhluk berupa campuran bas dan kucing, yakni 'Bas Kucing'.

Beberapa hari kemudian, Satsuki dan Mei menanam benih-benih berian Totoro di halaman rumah, tetapi ia masih tidak tumbuh-tumbuh setelah puluhan hari ditunggu, sehinggalah pada suatu malam apabila dua beradik dikejutkan dari lena oleh kehadiran Totoro dan kawan-kawannya di halaman mereka melakukan suatu upacara di tempat benih disemai. Di situlah Totoro menggunakan kuasa sakti untuk menumbuhkan pokok raksasa, dan dua beradik pun menemani Totoro dengan menaiki gasing ke udara dan menghinggapi puncak pokok sambil melayan Totoro meniup okarina. Keesokan harinya, pokok raksasa pun hilang, diganti oleh anak pokok baru bercambah, menggembirakan Satsuki dan Mei yang mengalami 'mimpi yang bukan mimpi'.

Beberapa bulan kemudian pada cuti musim panas, ketika Satsuki dan Mei menolong nenek menuai jagung, Kanta menyampaikan telegram kepada Satsuki mengenai ibunya yang semakin tenat. Satsuki cemas dan bergegas untuk menghubungi ayahnya melalui telefon. Mei ternyata sukar dipujuk tentang berita buruk itu, Satsuki hilang sabar dengan kerenahnya dan mereka pun bergaduh.

Satsuki yang selalunya cekal menjaga rumah walaupun di usia yang muda, kali ini diselubungi kekhuatiran kerana mungkin akan kehilangan ibunya. Setelah melihat keadaan kakaknya yang serba gusar, Mei bertindak melulu untuk pergi ke hospital seorang diri, tetapi cepat sesat kerana tidak tahu arahnya. Setelah menyedari adiknya hilang, Satsuki meluru ke hutan untuk meminta bantuan daripada Totoro. Totoro memanggil Kucing Bas untuk mengangkut Satsuki dalam usaha mencari Mei sehingga jumpa.

Akhirnya Mei dijumpai menangis kerana sesat sambil memegang sebatang jagung yang hendak diberikan kepada ibu. Maka Satsuki membawa Mei menaiki Bas Kucing ke hospital. Setibanya di hospital, mereka berjumpa dengan ibu dalam keadaan selamat dan menyampaikan jagung itu kepadanya sebelum pulang ke rumah dengan menaiki Bas Kucing dalam kesudahan gembira yang diraikan oleh Totoro yang meniupkan okarinanya di atas pokok.

Barisan pelakon suara sunting

Watak Audio Jepun asal Versi Inggeris (Streamline) Versi Inggeris (Disney)
Satsuki Kusakabe Noriko Hidaka Lisa Michelson Dakota Fanning
Mei Kusakabe Chika Sakamoto Cheryl Chase Elle Fanning
Profesor Kusakabe Shigesato Itoi Steve Kramer Timothy Daly
Mrs. Kusakabe Sumi Shimamoto Alexandra Kenworthy Lea Salonga
Kanta Toshiyuki Amagasa Kenneth Hartman Paul Butcher
Nanny Tanie Kitabayashi Natalie Core Pat Carroll
Totoro Hitoshi Takagi N/A Frank Welker
Bas kucing Hitoshi Takagi N/A Frank Welker

Muzik sunting

Dari LP "My Neighbor Totoro Image Song Collection", dikeluarkan pada November 1987.

  1. "Stroll (Lagu tema pembukaan)" (Jepun: さんぽ, Hepburn: Sanpo) oleh Azumi Inoue
  2. "The Village in May" (Jepun: 五月の村, Hepburn: Gogatsu no Mura)
  3. "A Haunted House!" (Jepun: オバケやしき!, Hepburn: Obakeyashiki!)
  4. "Mei and the Traveling Soot" (Jepun: メイとすすわたり, Hepburn: Mei to Susuwatari)
  5. "Evening Wind" (Jepun: 夕暮れの風, Hepburn: Yugure no Kaze)
  6. "Not Scared" (Jepun: こわくない, Hepburn: Kowakunai)
  7. "Let's Go to the Hospital" (Jepun: おみまいにいこう, Hepburn: Omimai ni Ikō)
  8. "Mak" (Jepun: おかあさん, Hepburn: Okaasan) oleh Azumi Inoue
  9. "A Little Monster" (Jepun: 小さなオバケ, Hepburn: Chiisana Obake)
  10. "Totoro" (Jepun: トトロ, Hepburn: Totoro)
  11. "The Huge Tree in the Tsukamori Forest" (Jepun: 塚森の大樹, Hepburn: Tsukamori no Taiju)
  12. "A Lost Child" (Jepun: まいご, Hepburn: Maigo) oleh Azumi Inoue
  13. "The Path of Wind (Instrumental)" (Jepun: 風のとおり道, Hepburn: Kaze no Torimichi)
  14. "A Drenched Monster" (Jepun: ずぶぬれオバケ, Hepburn: Zubunure Obake)
  15. "Moonlight Flight" (Jepun: 月夜の飛行, Hepburn: Tsukiyo no Hikō)
  16. "Mei is Missing" (Jepun: メイがいない, Hepburn: Mei ga Inai)
  17. "Catbus" (Jepun: ねこバス, Hepburn: Nekobasu)
  18. "I'm So Glad" (Jepun: よかったね, Hepburn: Yokattane)
  19. "My Neighbor Totoro (Lagu tema penutup)" (Jepun: となりのトトロ, Hepburn: Tonari no Totoro) oleh Azumi Inoue
  20. "Stroll" (Jepun: さんぽ(合唱つき), Hepburn: Sanpo) oleh Azumi Inoue dan Suginami Jidou Gasshoudan

Muzik oleh Joe Hisaishi

Rujukan sunting

  1. ^ "The 100 Best Films Of World Cinema – 41. My Neighbor Totoro". Empire. Diarkibkan daripada yang asal pada September 24, 2015. Dicapai pada November 8, 2015.
  2. ^ "The Best Animated Film Characters - 18. Totoro". Empire. Dicapai pada August 27, 2016.
  3. ^ Time Out's 50 greatest animated films, with added commentary by Terry Gilliam. Archived from the original October 9, 2009
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan sight-sound tidak disediakan
  5. ^ "Top 25 Anime Characters of All Time". IGN. October 21, 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada June 16, 2012. Dicapai pada April 28, 2020.

Pautan luar sunting