Myint Swe

jeneral tentera dan Pemangku Presiden Myanmar

Myint Swe (Bahasa Burma: မြင့် ဆွေ; disebut [mjɪ̰ɰ̃ sʰwè]; lahir 24 Jun 1951[1]) ialah seorang ahli politik Myanmar, yang kini berkhidmat sebagai Pemangku Presiden Myanmar. Beliau juga merupakan Naib Presiden Myanmar yang ketiga. Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai Pemangku Presiden Myanmar setelah peletakan jawatan Presiden Htin Kyaw pada 21 Mac 2018. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Menteri Wilayah Yangon dari 30 Mac 2011 hingga 30 Mac 2016. Pada 30 Mac 2016, beliau dilantik sebagai Naib Presiden Myanmar. Beliau adalah bekas pegawai tentera etnik Mon dalam Tentera Darat Myanmar dengan pangkat Leftenan jeneral.[2][3]

Myint Swe
Ralat Lua pada baris 853 di Modul:Lang: Tried to read nil global template.
Pemangku Presiden Myanmar
Memegang jawatan
1 Februari 2021
Pengerusi SACMin Aung Hlaing
Didahului olehWin Myint
Dalam jawatan
21 Mac 2018 – 30 Mac 2018
Kaunselor NegaraAung San Suu Kyi
Didahului olehHtin Kyaw
Digantikan olehWin Myint
Naib Presiden Pertama Myanmar ke-3
Memegang jawatan
30 Mac 2016
Berkhidmat dengan Henry Van Thio
PresidenHtin Kyaw
Diri sendiri (Pemangku
Win Myint
Didahului olehSai Mauk Kham
Ketua Menteri Wilayah Yangon
Dalam jawatan
30 Mac 2011 – 30 Mac 2016
Didahului olehJawatan ditubuhkan
Digantikan olehPhyo Min Thein
Butiran peribadi
Lahir (1951-06-24) 24 Jun 1951 (umur 69)
Parti politikParti Perpaduan dan Pembangunan Kesatuan
PasanganKhin Thet Htay
Anak-anak2
PendidikanAkademi Perkhidmatan Pertahanan
Perkhidmatan ketenteraan
Kesetiaan Myanmar
Perkhidmatan/
cawangan
Tentera Darat Myanmar
Tahun perkhidmatan1971-2010
PangkatLieutenant General.gif Leftenan Jeneral

Myint Swe diisytiharkan sebagai pemangku Presiden setelah rampasan kuasa Myanmar pada 1 Februari 2021, dan mengalihkan kekuasaan kepada Panglima Angkatan Tentera Myanmar Min Aung Hlaing.[4]

Kerjaya ketenteraanSunting

Beliau lulus dari Akademi Perkhidmatan Pertahanan pada 1971 sebagai sebahagian daripada pengambilan ke-15.[5] Beliau menjadi brigadier jeneral dan komander Divisyen Infantri Ringan 11 pada 1997. Beliau dilantik sebagai Komander Kawasan Tenggara dan juga sebagai anggota Majlis Keamanan dan Pembangunan Negara pada 2001. Beliau ditukarkan sebagai Komander Kawasan Yangon dan dinaikkan pangkat menjadi jeneral kuarter. Beliau juga bertindak sebagai Pengerusi Majlis Keamanan dan Pembangunan Bahagian Yangon.

Beliau menjadi Ketua Hal Ehwal Keselamatan Ketenteraan setelah Khin Nyunt dibebaskan pada 2004.[6] Beliau menjadi Ketua Biro Operasi Khas-5 (BSO-5) pada Januari 2006. Beliau adalah orang dari etnik Mon pertama yang dinaikkan pangkat sebagai Leftenan Jeneral pada 2005.[1] Dia dinaikkan pangkat menjadi Quartermaster General dan dikhabarkan akan menjadi yang berikutnya untuk menggantikan Maung Aye pada tahun 2009.[5][7]

Beliau melakukan 3 peristiwa besar semasa memerintah Kawasan Yangon, menangkap ahli keluarga Ne Win pada 2002 selepas diduga ada konspirasi rampasan kuasa, menangkap Khin Nyunt dan rakan-rakannya pada 2004 dalam pembersihan faksi Perisik Ketenteraan dan menghancurkan Revolusi Saffron pada 2007. Tindakannya selepas Taufan Nargis dikritik. Beliau berurusan dengan aktivis dengan keras pada masa pilihan raya umum sebelum 2010.[7]

Kerjaya politikSunting

Ketua Menteri Wilayah YangonSunting

Beliau dicalonkan sebagai Ketua Menteri Wilayah Yangon selepas pilihan raya umum oleh Presiden Thein Sein. Beliau diberi tip untuk dicalonkan untuk menjadi Naib Presiden Burma setelah pengunduran diri Tin Aung Myint Oo pada 2012, tetapi tidak memenuhi syarat berdasarkan Perlembagaan Burma, kerana salah satu menantunya merupakan warganegara Australia pada masa itu.[8]

Naib PresidenSunting

Pada 11 Mac 2016, Ahli Parlimen Perhimpunan Kesatuan yang dilantik oleh tentera mencalonkannya sebagai salah seorang Naib Presiden Myanmar. Beliau mendapat 213 undi pada 15 Mac 2016 dan menjadi Naib Presiden Pertama Kabinet Htin Kyaw.[9] Beliau dilantik pada 30 Mac 2016.

Pemangku PresidenSunting

Pada 21 Mac 2018, berikutan pengunduran Htin Kyaw sebagai Presiden Myanmar secara tiba-tiba, Myint Swe mengangkat sumpah sebagai Pemangku Presiden di bawah Perlembagaan Myanmar, yang juga meminta Majlis untuk memilih Presiden baru dalam masa tujuh hari selepas pengunduran diri Htin Kyaw.

Pada 1 Februari 2021, Myint Swe kembali menjadi pemangku Presiden setelah Win Myint disingkirkan dari pejabat oleh Angkatan Tentera Myanmar selepas rampasan kuasa.[4]

Kehidupan peribadiSunting

Myint Swe adalah seorang berketurunan Mon.[8] Beliau berkahwin dengan Khin Thet Htay.

RujukanSunting

  1. ^ a b "Lt Gen Myint Swe" (dalam bahasa Inggeris). Alternative Asean Network on Burma. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Jun 2014. Dicapai pada 2 Julai 2008.
  2. ^ "ဒုသမ္မတအဖြစ် ရွေးချယ်တင်မြှောက်ခံရသူ ကိုယ်ရေးအချက်အလက် အကျဉ်း". Myanmar Ahlin (dalam bahasa Inggeris). 12 Mac 2016. Dicapai pada 12 Mac 2016.
  3. ^ "CONSOLIDATED LIST OF FINANCIAL SANCTIONS TARGETS IN THE UK". Her Majesty's Treasury (dalam bahasa Inggeris). UK Government. 20 April 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Januari 2013. Dicapai pada 24 Julai 2011.
  4. ^ a b "Rampasan kuasa: Tentera Myanmar isytihar darurat satu tahun". Astro Awani. 2 Februari 2021. Dicapai pada 4 Februari 2021.
  5. ^ a b Lwin, Min (27 Jun 2008). "Lt-Gen Myint Swe: Future No 2?". The Irrawaddy (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 Julai 2008.
  6. ^ "Myint Soe". www.altsean.org (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Jun 2014. Dicapai pada 14 Julai 2014.
  7. ^ a b "Myint Swe Nominated as New Vice-President". The Irrawaddy (dalam bahasa Inggeris). 10 Julai 2012. Dicapai pada 14 Julai 2014.
  8. ^ a b Sean Gleeson (11 Mac 2016). "Myint Swe revealed as military VP pick" (dalam bahasa Inggeris). Frontier Myanmar.
  9. ^ "Myanmar military picks hardliner Myint Swe to work with Suu Kyi's proxy president". South China Morning Post (dalam bahasa Inggeris). 11 Mac 2016.
Jawatan politik
Gelaran Baru Ketua Menteri Wilayah Yangon
2011-2016
Diikuti oleh:
Phyo Min Thein
Didahului oleh
Sai Mauk Kham
Naib Presiden Pertama Myanmar
2016-kini
Pemegang jawatan kini
Didahului oleh
Htin Kyaw
Presiden Myanmar
(Pemangku)

2018
Diikuti oleh:
Win Myint
Didahului oleh
Win Myint
Presiden Myanmar
(Pemangku)

2021-kini
Pemegang jawatan kini