MyKad

(Dilencongkan daripada Mykad)

MyKad merupakan sekeping kad pengenalan pintar yang digunakan di Malaysia. Bersama-sama dengan pasport, Malaysia merupakan negara pertama di dunia yang menggunakan kad pengenalan dan pasport yang menggabungkan teknologi cip dan biometrik terkini untuk meningkatkan keselamatan dan kesahihan pemiliknya. Kad ini telah dilancarkan secara rasminya pada September 2001.

Contoh MyKad (muka hadapan) yang diterbitkan oleh JPN.

Perkataan ‘MyKad’ mempunyai maksud yang tersendiri. Perkataan ‘My’ bererti Malaysia dan juga kata ganti nama kepunyaanku dalam bahasa Inggeris. Perkataan ‘Kad’ pula boleh bermaksud kad ataupun singkatan kepada ‘Kad Akuan Diri’.

Fungsi utama kad ini ialah sebagai kad pengenalan diri. Ia mengandungi nama, alamat, gambar, nombor kad pengenalan, jantina dan agama yang terpapar di luar kad. Dulunya digelar Kad Pintar Pelbagaiguna Kerajaan (KPPK), kad ini mempunyai satu cip mikropemproses dan ingatan EEPROM 32k / 64k / 80k yang berupaya menyimpan pelbagai data dan aplikasi di dalamnya. Contohnya adalah maklumat biometrik (cap jari / imbasan iris), lesen memandu, PKI, duit MEPS, Touch 'n Go, kad ATM, maklumat kesihatan, Kad diskaun serta maklumat pasport.

Projek MyKad ini diuruskan oleh lima agensi kerajaan, semuanya mempunyai kemudahan mencapai maklumat dalam kad tersebut:

  • Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) - jabatan utama
  • Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
  • Polis Diraja Malaysia (PDRM)
  • Kementerian Kesihatan
  • Jabatan Imigresen

MyKad adalah wajib untuk semua warganegara bermula umur 12 tahun. Di bawah Akta Pendaftaran Negara 1959 (pindaan 2001), sesiapa yang gagal menunjukkan kadnya apabila diminta boleh dipenjara sehingga 3 tahun atau didenda antara RM 3,000 dan RM 20,000 atau kedua-duanya sekali. Kad ini harus diperbaharui pada umur 18 tahun.

Nombor kad pengenalan

sunting

Sejak 1990, setiap warganegara Malaysia diberikan satu set nombor 12-digit yang unik dalam format TTBBHH-NN-###J sebagai nombor kad pengenalan. Kumpulan digit pertama (TTBBHH) merupakan tarikh lahir pemilik KP. Kumpulan kedua (NN) pula merupakan kod negeri lahir , iaitu 01-13 untuk negeri-negeri, 14-16 untuk Wilayah Persekutuan dan kod 71 jika lahir di luar Malaysia. Bagi anggota polis, kod yang digunakan ialah 88 manakala untuk anggota tentera, kod yang digunakan ialah 99. Namun begitu apabila seseorang anggota polis atau tentera menamatkan perkhidmatan mereka, nombor kad pengenalan mereka akan ditukar kepada kod nombor asal tempat kelahiran mereka. Kumpulan nombor terakhir (###J) merupakan nombor siri yang dijana secara rawak oleh sistem komputer Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia.

Kod E Negeri
01, 21, 22, 23, 24 Johor
02, 25, 26, 27 Kedah
03, 28, 29 Kelantan
04, 30 Melaka
05, 31, 59 Negeri Sembilan
06, 32, 33 Pahang
07, 34, 35 Pulau Pinang
08, 37, 38, 39 Perak
09, 40 Perlis
10, 41, 42, 43, 44 Selangor
11,03,06, 45, 46 Terengganu
12, 47, 48, 49 Sabah
13, 50, 51, 52, 53 Sarawak
14, 54, 55, 56, 57 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
15, 58 Wilayah Persekutuan Labuan
16 Wilayah Persekutuan Putrajaya
88 Polis
99 Tentera
Sumber: Nombor Kod Negeri Kelahiran Dalam Kad Pengenalan Malaysia[1]

Untuk membezakan di antara pemegang MyKad lelaki dan perempuan, nombor terakhir dalam siri nombor kad pengenalan telah di sesuaikan mengikut jantina pemegang di mana sekiranya pemegang MyKad mempunyai siri nombor terakhir berangka genap, jantina pemegang adalah wanita. Manakala jika pemegang MyKad mempunyai siri nombor terakhir berangka ganjil, jantina pemegang adalah lelaki.

Sebelum 1980, nombor kad pengenalan warganegara adalah dalam bentuk A####### di mana # merupakan nombor siri 7-digit yang mana nombor terakhir dalam siri nombor tersebut turut sama mempunyai peranan pembezaan jantina lelaki dan wanita seperti sini nombor baru MyKad.

sila bawa kad pengenalan dn IC anda..





Mulai 1 Januari 2005, semua bayi yang lahir turut diberikan kad pengenalan tanpa gambar berwarna merah jambu dipanggil MyKid. Perkataan 'Kid' bermaksud 'Kad Identiti Diri' dan juga bermaksud 'budak' dalam bahasa Inggeris. Tujuan MyKid adalah sebagai ganti sijil kelahiran, yang bermakna bayi tersebut tidak lagi mempunyai nombor sijil kelahiran, sebaliknya diberikan terus nombor kad pengenalan yang akan digunakan dalam MyKad.

Pada 1 Jun 2006, MyPR telah diperkenalkan sebagai mengganti kad pengenalan merah untuk pemastautin tetap Malaysia. 'My' membawa maksud yang sama seperti MyKad manakala 'PR' adalah singkatan kepada bahasa Inggeris, Permanent Resident.

MyPR berwarna merah sepenuhnya mengandungi semua data utama sama seperti pemegang MyKad. Namun begitu di belakang MyPR mempunyai cetakan data mengenai negara asal pemegang MyPR termasuk nombor permit permastautin tetap. Bermula dari tarikh 1 Jun 2006 juga, semua pemegang kad pengenalan merah lama diminta menukarkan kad mereka kepada MyPR sebelum 1 Julai 2007.

Penggunaan set nombor kad pengenalan 12 digit yang sama digunakan pada MyKad dan MyKid dan cuma dibezakan dengan kod tempat kelahiran mengikut tempat dilahirkan, biasanya kod 71 yang mewakili kelahiran di luar negeri.

Identifikasi PrivasiDiarkibkan 2009-02-21 di Wayback Machine

Privasi informasi maklumat disuratkan secara tersurat dan setelah itu ia telahpun tesirat semasa Pembentukan Formasi Federasi Persekutuan Malaysia dengan bersekutu dengan negara bahagian Sabah dan Sarawak adalah negara asal koloni-koloni Mahkota Kerajaan Imperial Empayar Tentera British di pulau Kalimantan, telahpun dimahkotakan sebagai sesebuah koloni mahkota pada tahun 1946, sebagai sebuah negara bahagian mengambil bahagian didalam Pembentukan Formasi Federasi Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Disebabkan kedua-dua negara bahagian Sabah dan Sarawak merupakan daripada koloni-koloni mahkota kerajaan imperialis empayar kerajaan british telah pun mengambil bahagian didalam Pembentukan Formasi Federasi Persekutuan Malaysia Sebagai Negara Bahagian ataupun dengan erti maksud lain dengan ketara sedang cuba untuk berusaha memaksudkan iaitu sebuah Negara Bahagian yang telahpun "dikelasifasikan" sebagai sesebuah kerajaan negeri daripada kerajaan negara mengambil bahagian semasa pembentukan formasi federasi persekutuan Malaysia memerintah dengan dasar-dasar penguatkuasa kuasa-kuasa undang-undang Pemerintahan sendiri selepas mendapatkan "kuasa mandat" daripada koloni mahkota kerajaan imperial empayar tentera british dan dimana Sarawak telahpun mendapatkan "kuasa mandatNya" pada tarikh 22 Julai 1963, Manakala-pula Sabah telahpun mendapatkan "kuasa mandatNya" pada tarikh 31 Ogos 1963 seterusnya berfungsi sebagai sesebuah entiti Kerajaan menggunakan dasar-dasar "kuasa mandat" Sebagai satu sistem pertahanan untuk dikuat-kuasa-kan pada sektor-sektor imigrasi ataupun diselaraskan sebagai "perisai'' berdasarkan "kuasa mandat" pemerintahan sendiri didalam sektor-sektor sistem keselamatan kawalan imigresen berlainan secara berasingan, warganegara yang memiliki kediaman asal di atas tanah-tanah di negara bahagian Sabah dan Sarawak dilambangkan dengan huruf "H" dan "K" masing-masing di sudut kanan bawah kad sebagai "lambang" "dikelasifasikan" kepada "simbolik" singkatan [1] "Mesin Enigma" Huruf Alphabet "dominan" "H" dan "K" dikelasifasi sebagai Identifikasi Privasi.

PPNHKP /163/795/1/SJ/109/13

sunting

[2]

Pautan luar

sunting
  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-27. Dicapai pada 2012-02-25.