Myoui Mina (Bahasa Jepun: 名井 南; lahir 24 Mac 1997) lebih dikenali sebagai Mina ialah seorang penyanyi wanita Jepun yang berpangkalan di Korea Selatan. Beliau merupakan ahli kumpulan K-pop wanita, Twice yang ditubuhkan oleh JYP Entertainment melalui rancangan realiti tahun 2015, Sixteen.

Myoui Sharon Mina
名井 南
Myoui pada April 2019
Kelahiran
Mina Sharon Myoui

(1997-03-24) 24 Mac 1997 (umur 27)
KerakyatanJepun Jepun
Kerjaya muzik
GenreK-pop
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif2015–sekarang
Syarikat rakaman
JYP Entertainment
Pengkarya berkait
Nama Korea
Hangul묘이 미나
Hanja名井 南
Perumian SemakanMyoi Min-a
McCune–ReischauerMyoi Mina

Kehidupan awal sunting

Mina lahir pada 24 Mac 1997 di San Antonio, Texas dan berpindah ke Nishinomiya, Hyōgo ketika masih kecil. Beliau mempelajari tarian balet selama 11 tahun sebelum menyertai sekolah tarian Urizip untuk latihan tarian moden. Pada tahun 2013, beliau telah dihubungi oleh seorang staf JYP Entertainment semasa membeli belah bersama ibunya dan dijemput untuk menyertai JYP Entertainment Global. Beliau menjalani ujibakat JYP Entertainment di Jepun dan menyertai program pelatih di Korea Selatan pada 2 Januari 2014.[1]

Kerjaya sunting

Pada tahun 2014, Mina muncul dalam video muzik GOT7, "Stop Stop It" dan Junho, "Feel" (Bahasa Jepun). Pada tahun berikutnya, beliau muncul dalam video muzik Wooyoung, "R.O.S.E." (Bahasa Jepun) dan miss A, "Only You".

Mina diumumkan sebagai salah seorang peserta pertandingan Sixteen untuk menentukan ahli ahli kumpulan wanita JYP yang baru.[2] Rancangan ini bermula pada 5 Mei dan berakhir dengan beliau dinamakan sebagai salah seorang daripada ahli Twice. Pada 20 Oktober, Mina membuat kemunculan pertamanya sebagai ahli Twice menerusi album mini, The Story Begins dan lagu Like OOH-AHH.[3][4]

Filemografi sunting

Video muzik sunting

Tahun Tajuk Artis
2014 "Stop Stop It" GOT7
"Feel" (Bahasa Jepun) Junho (2PM)
2015 "R.O.S.E." (Bahasa Jepun) Wooyoung (2PM)
"Only You" miss A
2016 "Fire" J.Y. Park

Rujukan sunting

  1. ^ "트와이스TV' 미나 "11년 배운 발레 포기, 후회 없다"". Xports News (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 4 Februari 2016.
  2. ^ Yoo, Ji-hyae. "[단독] Mnet-JYP 손잡았다...걸그룹 제작 프로 론칭". Naver TV (dalam bahasa Korea). Naver Corporation. Dicapai pada 26 Oktober 2017.
  3. ^ Won, Ho-jung. "Twice's 'Story Begins'". K-pop Herald. Herald Corporation. Dicapai pada 26 Oktober 2017.
  4. ^ Lee, Sang-eun. "트와이스, 데뷔곡 '우아하게' 공개에 눈물바다 "초심 잃지 않겠다"". Kyeongin Ilbo (dalam bahasa Korea). Kyeongin Ilbo. Dicapai pada 26 Oktober 2017.

Pautan luar sunting