Myuchelys georgesi

Myuchelys georgesi (Cann, 1997) juga dikenali sebagai Kura-kura Sungai Bellinger, ialah spesies kura-kura dari keluarga Chelidae. Spesies ini bersaiz sederhana, (panjang karapas kura-kura betina mececah hingga 240 mm manakala jantan, 185 mm). Mereka berasal dari Australia terutamanya di kawasan berair di Sungai Bellinger yang terletak di New South Wales, Australia.[3] Dahulunya, spesies ini banyak ditemui di situ. Mereka memilih habitat berair yang dalam, jernih dan dasar yang berbatuan.[7]

Myuchelys georgesi

Kekurangan data  (IUCN 2.3)[1]
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Reptilia
Order: Testudines
Keluarga: Chelidae
Genus: Myuchelys
Spesies:
M. georgesi
Nama binomial
Myuchelys georgesi
(Cann, 1997)[2]
Sinonim[3][4][5][6]
  • Elseya sp. 3 IUCN Red List of 1996
  • Elseya georgesi Cann, 1997
  • Elseya sp. 3 IUCN Red List of 2000
  • Elseya latisternum georgesi Artner, 2008
  • Myuchelys georgesi Thomson & Georges, 2009

Etimologi sunting

Nama spesies, georgesi, diambil daripada nama herpetologis Australia, Arthur Georges.[8]

Taburan geografi sunting

Myuchelys georgesi boleh ditemui di Sungai Bellinger dan New South Wales, Australia.[3]

Habitat sunting

Mereka memilih habitat berair yang dalam, jernih dan dasar yang berbatuan.[9] Haiwan ini juga mencari habitat berair yang dipenuhi oksigen dan mampu bernafas melalui kloaka.[10]

Diet sunting

M. georgesi ialah haiwan maserba, dan kadang kala bersifat maging.[11] Kebanyakan sumber makanan mereka ialah haiwan makro-invertebrata. Namun, mereka juga menjadikan buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan sebagai makanan.

Pembiakan sunting

M. georgesi mula membina sarang telurnya pada bulan Oktober hingga Disember, dan sebanyak 10-15 telur dihasilkan.[9]

Status pemuliharaan sunting

Dalam kawasan taburan habitat mereka, haiwan ini masih lagi banyak dan mudah ditemui. Antara ancaman terhadapnya termasuklah pemusnahan habitat, sumber makanan dan kemasukan musang Eropah dalam kawasan mereka, serta persaingan biologi antara mereka dengan kura-kura spesies Emydura macquarii.[12]

Rujukan sunting

  1. ^ Rhodin, Anders G.J.; van Dijk, Peter Paul; Iverson, John B.; Shaffer, H. Bradley; Roger, Bour. (2011-12-31). "Turtles of the world, 2011 update: Annotated checklist of taxonomy, synonymy, distribution and conservation status" (PDF). Chelonian Research Monographs. 6: 000.213. doi:10.3854/crm.5.000.checklist.v4.2011. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2012-01-22. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ Cann , J. 1997. Georges short-necked turtle. Monitor (Victorian Herpetological Society, Melbourne) 9:18–23, 31–32.
  3. ^ a b c Fritz, Uwe; Havaš, Peter. (2007). "Checklist of Chelonians of the World" (PDF). Vertebrate Zoology. 57 (2): 328–329. ISSN 1864-5755. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2010-12-17. Dicapai pada 29 May 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  4. ^ "Elseya georgesi (Bellinger River Snapping Turtle, Georges' (Snapping) Turtle)". IUCN 2011. IUCN Red List of Threatened Species. Version 2011.2. Dicapai pada 13 May 2012.
  5. ^ "Myuchelys georgesi ". The Reptile Database. www.reptile-database.org.
  6. ^ Turtle Taxonomy Working Group [van Dijk, P.P., Iverson, J.B., Rhodin, A.G.J., Shaffer, H.B., and Bour, R.]. 2014. Turtles of the world, 7th edition: annotated checklist of taxonomy, synonymy, distribution with maps, and conservation status. [1] Chelonian Research Monographs 5(7):000.329–479, doi:10.3854/ crm.5.000.checklist.v7.2014.
  7. ^ Cann , J., Spencer, R.J., Welsh, M., and Georges, A. 2015. Myuchelys georgesi (Cann 1997) – Bellinger River Turtle. Chelonian Research Monographs 5(8):091.1–9, [doi:10.3854/crm.5.091.georgesi.v1.2015], [2].
  8. ^ Beolens, Bo; Watkins, Michael; Grayson, Michael. (2011). The Eponym Dictionary of Reptiles. Baltimore: Johns Hopkins University Press. xiii + 296 pp. ISBN 978-1-4214-0135-5. (Elseya georgesi, p. 99).
  9. ^ a b Cann, J. (1998). Australian Freshwater Turtles. Singapore: Beaumont Publishing. 292 pp. ISBN 978-9810406868.
  10. ^ King, P.; Heatwole, H. (1994). "Partitioning of aquatic oxygen uptake among different respiratory surfaces in a freely-diving pleurodiran turtle". Copeia 1994: 802-806.
  11. ^ Allanson, M.; Georges, A. (1999). "Diet of a sibling species pair of freshwater turtles, Elseya purvisi and Elseya georgesi (Testudinata: Chelidae), from eastern Australia". Chelonian Conservation and Biology 3: 473-476.
  12. ^ Georges, A.; Spencer, R.J.; Welsh, M.; Shaffer, H.B.; Walsh, R.; Zhang, X. (2011). "Application of the precautionary principle to taxa of uncertain status-the case of the Bellinger River Turtle". Endangered Species Research 14: 127-134.

Bacaan lanjut sunting

Cann, J. (1997). "Georges short-neck turtle, Elseya georgesi sp. nov.". Monitor: J. Victorian Herp. Soc. 9 (1): 18-23. (Elseya georgesi, new species).

Pautan luar sunting