ND Lala

Pelakon dan penyanyi lelaki Malaysia
(Dilencongkan dari N.D.Lala)

Dato' Amir Amzah bin Salleh, DIMP, atau lebih dikenali sebagai ND Lala (lahir 9 April 1961) merupakan seorang penyanyi Malaysia yang terkenal pada era 1980-an dan 1990-an menerusi muzik genre pop tradisional dan rakyat (folk). Beliau bergelar pengacara TV dan pelakon selain melibatkan diri dalam bidang perniagaan. Beliau juga ialah salah seorang penyanyi Malaysia yang berjaya melahirkan album solo di setiap 4 dekad berturut selain Dato' M. Nasir, Dato' Sharifah Aini, Anita Sarawak, Dato' Khatijah Ibrahim, Ramlah Ram, Dato' Jamal Abdillah dan Noraniza Idris.

Dato'
ND Lala
Nama lahirAmir Amzah bin Salleh
Juga dikenali sebagai
ND Lala
Kelahiran (1961-04-09) 9 April 1961 (umur 62)
Ipoh, Perak, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
GenreTradisional, Folk
PekerjaanPenyanyi, penulis lirik, pencipta lagu, penerbit album, pengacara TV, pelakon filem, drama TV, drama radio dan teater, penulis skrip drama dan filem, penulis skrip hiburan TV
Tahun aktif1982–kini
PasanganFauziah Sarman (k. 1989; c. 2023)
Anak-anak3 termasuk Shila Amzah

Dato' Amir Amzah Salleh atau ND Lala menerima Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato'. Beliau menerima Darjah Kebesaran sempena Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, di Istana Abu Bakar Pekan, pada 24 OKTOBER 2018. Pengurniaan darjah kebesaran disampaikan oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Muzik sunting

Sepanjang bergiat serius sebagai penyanyi sejak 1987, beliau telah melahirkan 8 buah album solo termasuk Rezeki pada tahun 2000. Album lain yang pernah dihasilkan oleh N.D Lala ialah Buah Hati Dikebas Orang, Balada Cintamu Balada Cintaku, Peel dan Bila Lagi . Beliau juga pernah menghasilkan album Ya Y.B dan Rumah Kita yang dijual di kalangan ahli-ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) sahaja.[1][pautan mati] ND berpeluang berkerjasama dengan penerbit handalan seperti Ahmad Nawab dan Adnan Abu Hassan ketika awal karier muziknya sebelum bertindak menerbitkan sendiri lagu-lagu dalam 4 album terakhirnya. Beliau juga antara penyanyi terawal yang mendapat sentuhan daripada komposer terkenal Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah) yang ketika itu belum begitu aktif menerbitkan album pop tradisional. Kejayaan beberapa buah lagu ND membuka pasaran yang baik untuk muzik tradisional pada tahun 1996. Antara lagu yang hit dendangan beliau ialah lagu "Mat Tahir Mata Air", "Diari YB", "Syair Cak Pong", "Zapin Berharap". Dua buah lagunya pernah memenangi Juara Lagu Kategori Etnik Kreatif pada 1995 dan 1996 selain pernah bertanding sebagai komposer untuk lagu nyanyian Noraniza Idris ("Hala Timur", 2002). Beliau juga pernah memenangi Anugerah Industri Muzik.[perlu rujukan]

Sebagai penyanyi beliau cukup terkenal dengan lagu-lagu bergenre tradisional yang berkonsepkan satira, komedi, rakyat dan pop. Malahan, namanya berjaya diletakkan sebaris dengan penggiat muzik tradisional era 90-an lain seperti Kopratasa (lagu puisi), M. Nasir (nusantara dan sufi), Sheqal (nusantara), To'ki (pop tradisional), Noraniza Idris (pop tradisional, etnik fusion) dan Zainal Abidin (etnik fusion).[perlu rujukan]

Pengacaraan sunting

Sebelum betul-betul aktif dalam industri rakaman, ND terlebih dahulu menceburi bidang pengacaraan apabila diberi peluang mengacarakan program Muzik Muzik selama satu musim pada tahun 1988. Beliau juga diberi peluang mengacarakan peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-3 anjuran TV3. Selain itu, ND Lala juga terkenal sebagai pengacara program pencarian penyanyi anjuran RTM iaitu Bintang RTM untuk edisi tahun 1993, 1995, 1997, 1999 dan 2001 di mana menerusi pertandingan ini lahirnya bakat baru seperti Nora Ariffin, Siti Nurhaliza, Alyah Abu Hasan dan Misha Omar. Dalam pada itu, ND juga pernah mengacarakan acara hiburan berprestij Anugerah Bintang Popular Berita Harian sebanyak tiga kali iaitu pada edisi 1988, 1992 dan 2001.[perlu rujukan]

Keluarga sunting

Beliau menikahi wanita bernama Fauziah Sarman pada tahun 1989 setelah berkenalan ketika sama-sama terlibat dalam program Mekar Sejambak di Radio Televisyen Malaysia. Mereka dikuarniakan empat cahaya mata, Nur Shahila (lahir 1990), Amir Syafiq (lahir 1993), Amir Syahir (lahir 1995) dan Nur Syuhada (lahir 1998) [2]. Nur Shahila atau lebih dikenali sebagai Shila Amzah merupakan penyanyi terkenal yang mencipta nama di peringkat antarabangsa.[perlu rujukan]

Pada tahun 1995 dalam album solonya ND Lala. menampilkan anak pertamanya, Shila yang baru berusia 4 tahun setengah untuk berduet dengannya melalui lagu "Jenguk-Jenguklah Anak-Anak Kita". ND Lala telah membawa Shila menyertai pertandingan nyanyian dari umur 7 hingga 9 tahun. ND Lala melatih dan membimbing anaknya menyanyi pelbagai jenis lagu daripada lagu-lagu tradisional hingga lagu-lagu pop.[perlu rujukan]

Pada tahun 1999, ND Lala mencipta lagu khas untuk anaknya berjudul "Ibu". Demo lagu itu dibawa ke semua syarikat rakaman yang ada di Malaysia, namun tidak ada satu syarikat pun yang mahu mengambil Shila sebagai artis rakaman mereka. ND Lala telah mencagar tanah bapa mertuanya untuk membuat pinjaman bank sejumlah RM 100,000 bagi menerbitkan album anaknya. ND Lala menjadi penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik untuk kesemua lagu dalam album tersebut.[perlu rujukan]

Album Shila yang berjudul Terima Kasih Guru itu telah diedarkan pada tahun 2000. Album itu telah dilancarkan oleh Menteri Pendidikan dan isteri Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia. Lagu "Ibu" ciptaan ND Lala telah menjadi popular terutamanya melalui stesen radio paling popular pada masa itu iaitu radio Era. Nama pentas Shila pada masa itu ialah Shila Tekno. Shila mula popular sebagai artis kanak-kanak dan berjaya ke peringkat akhir Anugerah Bintang Popular.[perlu rujukan]

Setelah Shila popular dengan beberapa album pada tahun 2008 ND Lala membawa Shila menyertai pertandingan nyanyian peringkat antarabangsa yang disertai oleh 23 buah negara. Pertandingan itu ialah Shanghai World Star Quest. Shila telah dinobatkan sebagai juara. Di sinilah ND Lala mengenali ramai penerbit dan komposer-komposer terkenal termasuk penerbit dari negara China. Pada tahun 2012, ND Lala telah membawa Shila menyertai pertandingan nyanyian peringkat Asia. Pertandingan yang diadakan di Shanghai dan dianjurkan oleh Shanghai Media Group itu dinamakan ASIAN Wave. Shila telah berjaya menjadi juara.[perlu rujukan]

ND Lala dan Shila tinggal di China dari tahun 2012 hingga 2015 sebelum berpindah ke Hong Kong. ND Lala dan Shila tinggal di Hong Kong hingga kini. Shila kini merupakan penyanyi paling popular di Asia dan mendapat gelaran ASIAN Sweet Heart.[perlu rujukan]

Diskografi sunting

Album solo sunting

  • Buah Hati Dikebas Orang (1987)
  • Balada Cintamu Balada Cintaku (1990)
  • Peel (1993)
  • Peel 2: Kata Tak Sekata (1994)
  • Bila Lagi (1996)
  • Ya Y.B (1998)
  • Rezeki (2000)
  • Rumah Kita (2012)

Single sunting

  • "Buah Hati Di Kebas Orang"
  • "Alah Emak Kahwinkan Aku"
  • "Tahun Melawat Malaysia"
  • "Sebuah Lakunan Cinta"
  • "Jangan Suka Mengata"
  • "Mat Tahir Mata Air"
  • "Haruskah Kita Berpura"
  • "Ingat Mengingat"
  • "Dondang Sayang Anak Emak" (duet bersama biduanita Rosiah Chik)
  • "Pandu Cermat, Hati-hati" (menampilkan Tushee)
  • "Kata Tak Sekata"
  • "Diari Y.B"
  • "Cok Cok Kendung"
  • "Masa Bercinta"
  • "Syair Cak Pong"
  • "Bila Lagi?"
  • "Kisah Benar"
  • "Jenguk-jenguklah Anak Kita" (menampilkan Shila Amzah)
  • "Zapin Berharap"
  • "Yang Benar"
  • "Joget Sayang Y.B"
  • "Rezeki"
  • "Cerita Rekaan"
  • "Rumah Kita"
  • "PM Kita Untuk Semua"

Filemografi sunting

Filem sunting

Televisyen sunting

  • Penghujung Rindu (1982-1983)
  • Drama Minggu Ini - Nasinya Tumpah (1986)
  • Penjara Hati

Anugerah dan pencalonan sunting

Rujukan sunting