Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia

(Dilencongkan dari NAHRIM)

Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia atau singkatannya NAHRIM ialah sebuah institut kerajaan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia yang menerajui dalam penyelidikan dan perundingan hidraulik dan persekitaran air.

NAHRIM menawarkan perkhidmatan perundingan kepakaran dalam semua bidang kejuruteraan hidrulik termasuk kejuruteraan sungai, kejuruteraan pantai/pelabuhan, pembangunan sumber air dan kualiti air dan alam sekitar.

Sejarah sunting

 
Stesen pencerapan data milik NAHRIM di Terengganu

NAHRIM ditubuhkan pada bulan September 1995 di bawah Kementerian Pertanian Malaysia. Pada bulan April 2004, NAHRIM telah diletakkan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Pada bulan Februari 2008, sebuah kementerian baharu iaitu Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air telah menempatkan institusi ini di bawah kementerian tersebut.

Pautan luar sunting